Sunday, 24 February 2013

ANALISIS TERKINI ! BN DAHULUI PR !!!

Perbalahan demi perbalahan dingin didalam PR akhirnya akan membawa kepada titik mula perpecahan antara 3 parti pembangkang iaitu PAS , DAP dan PKR . Masing-masing mempunyai agenda tersendiri untuk melihat bagaimana kerajaan yang sedia ada digulingkan.


Analisis yang dibuat oleh pemerhati politik luar dan dalam negara jelas menunjukan bahawa Dap adalah sebuah parti politik yang bercorak PERKAUMAN.Pembuktianya adalah,Dap sengaja mendesak Pas bagi meluluskan penggunaan kalimah Allah didalam kitab bible versi Bahasa Melayu. isu tersebut juga dimainkan oleh rakan sekutunya didalam PakatanRakyat iaitu PKR.

Dap sedar bahawa didalam Pas masih terdapat lagi golongan Anwarinas, dan menggunakan tekanan Anwar Ibrahim untuk mendesak Pas agar meluluskan permintaan mereka.Sedangkan dalam pada masa yang sama PKR juga memerlukan ahli Pas sebagai penyokong PKR untuk memenangi banyak kerusi didalam PRU-13 akan datang. Maka Dap menggunakan kesempatan tersebut.


Jika kita perhatikan angka kemenangan Pakatan rakyat di bawah, Dap adalah pemegang angka kemenangan tertinggi iaitu 24 kerusi jika dibandingkan dengan PKR 15 kerusi,manakala Pas pula 18 kerusi.

Ini menunjukan bahawa sekiranya PR memerintah negara, adakah Dap akan memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. Begitu juga dengan Pas,sungguhpun bagai dikata,Pas tidak ingin kerusi Perdana Menteri, tetapi Pas juga mempunyai hati dan perasaan untuk tidak membenarkan Dap mengepalai tanahair.


Menurut sumber itu lagi, keyakinan terhadap kemenangan besar BN kali ini banyak dibantu oleh faktor kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan kejayaan program-program transformasi yang telah dan sedang dijalankan oleh kerajaan ketika ini.

Peningkatan sokongan terhadap kepimpinan beliau juga disebabkan percakaran dalam gabungan pembangkang yang sedikit sebanyak menggugat keyakinan rakyat. Selain itu kegagalan mereka dalam memenuhi janji-janji dan mengemukakan janji-janji baru yang tidak munasabah turut membuatkan rakyat sangsi dengan matlamat dan hala tuju gabungan pembangkang dalam mentadbir negara. - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive