Tuesday, 5 February 2013

TERKINI !!! Samseng DAP Pulau Pinang Ganggu #JelajahAnakMalaysia

PULAU PINANG - Cabaran dan dugaan terus diharungi oleh para peserta Jelajah Anak Malaysia dalam misi jelajah yang memasuki hari keempat pada semalam.


Kejadian yang berlaku di pasar malam Simpang Empat sudah pasti menjadi pengalaman berharga buat peserta Jelajah Anak Malaysia.

Ketika sedang membuat kajian soal selidik, mereka telah didatangi oleh individu tidak dikenali yang cuba membuat provokasi.

Samseng politik itu secara tiba-tiba menghambur kata-kata kesat dan hinaan kepada peserta yang sedang menemu ramah pengunjung pasar malam.

Ternyata provokasi gagal kerana peserta bersikap bijak dengan tidak melayan dan sebaliknya cuba mententeramkan keadaan tegang itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive