Friday 25 May 2012

KEBENGONGAN KARPAL SNGH SEMAKIN MENYERLAH??


Apa motif sebenar si Karpal Singh nak sensasikan  isu ni? Tapi bagus jugak sebab nampak sangat pemimpin2 PR memang tak sekepala, tidur satu bantal tetapi yang pasti mimpi mereka sampai bila2 takkan sama. 

Beberpa laporan terkini akhbar pasal isu ni.

Utusan melaporkan:

Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurutnya, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun beliau secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon bukan Melayu.

"Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan.

Malaysiakini melaporkan:

Berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu, kata ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang.
Anggota Parlimen Ipoh Timor itu bagaimanapun berkata, perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa jawatan itu terbuka kepada semua warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan kediamannya. - Mkini.

Harakahdaily pulak melaporkan:

Dewan Ulamak PAS Pusat berpendapat mana-mana bangsa boleh dilantik menjadi Perdana Menteri asalkan mereka beragama Islam.

Timbalan Ketuanya, Datuk Ahmad Yakub (gambar) berkata, dalam Islam soal bangsa tidak menjadi isu utama, sebaliknya ketakwaan kepada Allah dan menjalankan segala perintah-Nya lebih penting.

“Kita jangan terikut-ikut sangat dengan soal bangsa sebab dalam Islam semua bangsa adalah sama. - .Kalau tengok dari 3 laporan tu, memang tak perbezaan langsung, seiya sekata, tak kira apa bangsa memang sebenarnya pun boleh jadi PM kalau dapat sokongan majoriti di Parlimen. Semdiri fikirlah!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive