Friday 11 May 2012

BIAR BETUL !!! Dr Mahathir sokong saya saman Utusan - Azmin Ali

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali 'terkejut' apabila mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan beliau mengambil tindakan mahkamah susulan laporan media mengaitkan beliau sedang melakukan aksi seks dengan seorang perempuan.

Malah, Azmin juga turut mengucapkan terima kasih kepada Mahathir yang menasihatinya supaya menyaman media berkenaan yang membuat dakwaan demikian.

NONE"Dr Mahathir pun sokong saya. Saya terkejut. Beliau kata, 'Azmin, saya cadangkan Azmin saman media sebab mengaibkan Azmin' dan beliau sendiri tidak percaya dengan gambar-gambar," katanya secara sinikal.

"Saya tweet kepada Tun, mengucapkan terima kasih kerana menasihati saya. Kalau Tun Mahathir simpati dengan saya, takkan Tan Sri Khalid tak simpati dengan saya," katanya dalam sidang media petang ini.

Azmin menjawab soalan pemberita berhubung tanggapan umum bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid "tidak mempertahankan" beliau susulan laporan muka depan Utusan Malaysia yang memaparkan gambar lelaki miripnya dengan seorang wanita melakukan aksi seks.

Memetik kata-kata seorang pengamal media India MD Akhbar yang menegaskan kuasa dan pengaruh media terletak kepada kredibiliti maklumat yang disampaikan, Azmin mendakwa jualan dan edaranUtusan Malaysia merudum ekoran "kredibiliti kewartawanan".

"Kalau fitnah dan pembohongan (berleluasa), tidak ada lagi kredibiliti dan pengaruh... Media yang disokong oleh rakyat, nak kuat kena ada kredibiliti dan adil (dalam laporan)," katanya sambil menegaskan tidak gusar dengan serangan media arus perdana terhadapnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive