Thursday, 10 May 2012

Tuduh Muslim kafir, Kenapa Majlis Fatwa senyap? - Pas


MENUDUH seorang yang Islam sebagai kafir, bermakna kekafiran itu akan terkena pada dirinya sendiri. Perkara ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri.

Saya sebagai Pesuruhjaya Pas Perak sangat kesal dengan kenyataan Tan Sri Rahim Noor, bekas Ketua Polis Negara dan kesal dengan media-media yang menyiarkan kenyataan melampau tersebut.

Selama ini, kita melihat beberapa kenyataan menghina Islam, undang-undang Islam dan para ulama sudah bermain di lidah-lidah pimpinan Umno dan Barisan Nasional sendiri. Ada di antara mereka yang mempermainkan hudud, menghina Islam dan mengeluarkan fatwa-fatwa yang sesat. Apa yang kita kesali, kenyataan mereka ini disiarkan oleh media dan disebarkan kepada masyarakat umum.

Antara yang terbaru, Pas telah dianggap sebagai parti ajaran sesat. Terbaru, menuduh pula Mursyidul Am Pas sebagai “Bapa Kafir”. Persoalannya, kenapakah kenyataan seperti ini pula yang disiarkan oleh media, dan ke manakah perginya Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan Perhimpunan Bersih 3.0?

Apabila kita mengkaji sirah para nabi AS, ada dari kalangan mereka yang dituduh sebagai gila, ahli sihir dan jahat. Nabi Muhammad SAW sendiri dituduh cuba menyesatkan masyarakat Mekah dengan ajaran-ajaran yang baru.

Kerajaan banyak melakukan kemungkaran seperti rasuah, menipu dalam pilihan raya, kronisme dan banyak lagi. Mereka juga menggunakan unsur-unsur hiburan haram untuk meraih undi. Adakah kita hanya sekadar berdiam diri? Tuduhan melulu Rahim Nor juga sepatutnya diambil tindakan yang sewajarnya, bukan hanya berdiam diri.

Justeru rakyat Malaysia perlu sedar, bahawa kewajipan mereka untuk menukar kerajaan yang zalim seperti ini. Rakyat perlu sedar bahawa mencegah kemungkaran itu satu kewajipan yang disuruh oleh Islam. Rakyat perlu sedar bahawa mereka wajib untuk memperjuangkan keadilan, dan menghapuskan kezaliman.

Abu Bakar Hussian, Pesuruhjaya Pas Perak

pT
Bagaimana pula bila Pengerusi PAS sendiri mengelarkan orang2 UMNO  kafir? Sedangkan semuanya beragama Islam, mengikut sunnah serta ajaran Nabi Muhammad S.A.W, berpandukan Kitab AlQuran, menjalani ibadah yang disyariatkan oleh Allah SWT. Bila terkena balik, sibuk membidas. Bukan nak menegur dengan berhikmah seperti apa diajar oleh agama.Fikir-fikirkanlah!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive