Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw berkata, sebagai seorang kawan dan pemimpin dalam parti, beliau sangat berharap agar Tunku Abdul Aziz tidak meneruskan hasrat meninggalkan parti itu.
“Sudah tentu saya sedih jika beliau ingin meneruskan hasrat meninggalkan DAP. Saya sangat berharap beliau berfikir semula dan kembali ke pangkuan parti,” katanya.
Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu akan cuba bertemu dengan Tunku Abdul Aziz bagi membincangkan perkara tersebut.
“Walaupun beliau berbeza pendapat secara terbuka, kami tidak ingin beliau meninggalkan parti dan sebaliknya ingin beliau terus menjadi Naib Pengerusi DAP,” katanya.
No comments:
Post a Comment