Thursday 31 May 2012

BIAR BETUL !!! SHEIKH KADIR # KELUAR PARTI KERANA NAK TUBUH PARTI

Ada angin senja yang berhembus membawa khabar bekas MT Umno yang sudah tidak lagi mempercayai kepada parti itu dan telah mengucapkan selamat tinggal kepada parti yang disertai lebih 50 tahun itu, Kadir Sheikh Fadzil akan menubuhkan parti politik baru sebagai platform barunya untuk berjuang membela rakyat dan serentak itu mendedahkan kebusukan Umno.

Kadir dikata mengambil keputusan itu selepas beliau gagal untuk menyalin Ngo Angkatan Amanat Merdeka (Amanah) sebagai parti politik apabila mendapat bantahan daripada kebanyakan anggota Ngo berkenaan.

Sebelum ini Kadir yang juga timbalan presiden Amanah dikatakan telah mencadangkan kepada Tengku Razaleigh berbuat demikian tetapi permintaan itu tidak disetujui Tengku Razaleigh kerana beliau menghormati majoriti ahli yang mahu Amanah kekal sebagai sebuah Ngo bebas tanpa berparti.

Bekas menteri penerangan itu kini dikatakan sedang memikirkan apakah nama parti politik baru itu. Khabar angin tersebut secara langsung menjelaskan Kadir masih belum puas berjuang menerusi parti politik. Kadir yang meninggalkan Umno kerana menyedari parti itu sudah jauh terpesong dari perjuangan asal serta amalan politik wang dalam parti itu, kebelakangan rancak memburukkan parti tersebut.

Tindakan terbaru beliau kini sudah mulai turun ke gelanggang dan berada sepentas dengan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari Pas. Di Kedah minggu lalu beliau berceramah bersama Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan timbalannya Muhammad Sabu. Katanya puluhan ribu hadir mendengar syarahan Kadir dan sambutan hangat itu semakin menghairankan beliau untuk bersama Pakatan Rakyat.

Sebelum itu beliau telah mengunjungi ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut dan beramah mesra dan bertgukar-tukar fikiran dengan Abdul Hadi Awang, Mahfuz Omar dan lain-lain.

Beliau juga pada malam Sabtu lalu turun ke Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru dalam majlis countdown Bersih dan ikut sama berucap. Sebelum ini Kadir menegaskan beliau akan berada di barisan hadapan dalam himpunan Bersih: Duduk dan Bantah 3.0 pada 29 April nanti.

Dalam pada itu ada desas desus menyebut kemungkinan sekiranya usaha Kadir untuk menubuhkan parti politik gagal beliau akan memilih untuk menyertai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat. Penyertaan itu bagi membolehkan beliau bertanding dalam pilihan raya. Disebut-sebut juga Pas telah menawar keahlian kepada Kadir.

Untuk Kadir berundur dari langkah 'songsangnya' sekarang kerana meninggal parti yang pernah meletakkan beliau sebagai menteri, tidak mungkin lagi kerana beliau sudah menapak dan terlanjur begitu jauh.

Sumber : Mso

2 comments:

  1. Buat Parti Tipuware (tupperware) aje lah...

    ReplyDelete
  2. Parti Angkatan Katak SeMalaysia

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive