Friday, 11 May 2012

'Pengebumian simbolik Lim Guang Eng' - Pemuda Pas PP marah PERKASA !!!


Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengecam tindakan PERKASA mengadakan upacara pengebumian simbolik di hadapan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam.

Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata PERKASA sepatutnya mempertahankan hak-hak Melayu tetapi tindakan ahli-ahlinya itu tidak mencerminkan budaya atau kesopanan masyarakat tersebut.

NONEAfnan berkata tindakan PERKASA itu telah 'dinyalakan api perkauman'
yang bertentangan dengan semangat perlembagaan persekutuan dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Oleh itu, kata beliau, pihaknya ingin menasihatkan ahli PERKASA supaya menggunakan otak dan bertindak secara rasional bagi mencerminkan identiti dan tingkah laku Melayu Muslim yang sebenarnya.

Jika tidak, tambahnya, PERKASA akan dikebumikan oleh rakyat.

Afnan merujuk kepada tindakan kira-kira 30 ahli PERKASA yang muncul di rumah Lim di Jalan Pinhorn dan di pejabat kerajaan negeri di Komtar untuk membantah kepimpinan Lim di Pulau Pinang sejak 2008.

Mereka mengadakan "upacara pengebumian" di depan rumah Lim sambil membawa gambarnya berkalung bunga, melambangkan "kematiannya" kepada masyarakat Melayu.

pT
Apa bezanya masa  ADAM ADLI meletakkan kalungan bunga pada gambar Najib masa demo PTPTN hari tu? Pemuda PAS tidak pulak menegur perbuatan Adam Adli? Kalau perbuatan PERKASA itu salah, perbuatan Adam Adli juga salah, kerana dua dua perbuatan adalah sama. Janganlah ada sikap double standard dalam menegur perbuatan yang salah. Fikir-fikirkanlah!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive