Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A Samad Said berkata, perbuatan tersebut tidak seharusnya berlaku kerana Ambiga telah berusaha untuk memperbaiki kesejahteraan rakyat di negara ini.
Menurutnya, pihak berwajib seharusnya membela nasib Ambiga kerana tindakan beberapa pihak yang membuat demonstrasi di kediaman Ambiga.
"Bukan hanya Ambiga seorang yang menuntut pilihan raya bersih dan adil, sebaliknya ia disokong pelbagai pihak termasuk 19 ahli jawatan kuasa Bersih dan 84 pertubuhan bukan kerajaan serta ribuan rakyat di negara ini," katanya pada sidang media, semalam.
Beberapa peniaga dari Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) telah bertindak membuka gerai di sekitar kawasan kediaman Ambiga sebagai simbolik menuntut ganti rugi berjumlah lebih RM200,000 daripada 200 aduan penjaja kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman gara-gara perniagaan mereka terganggu ekoran Bersih 3.0.
Seramai 20 orang termasuk dari Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tunku Abdul Rahman berkumpul dan membuka gerai burger selama satu jam bermula jam 2 petang.
Tambahnya, perbuatan mengganggu Ambiga perlu dihentikan serta-merta.
pT
No comments:
Post a Comment