Monday, 21 May 2012

BIAR BETUL !!! Apakah Peranan Jentera UMNO Kelantan Menangani Fenomena Ini???


TANAH MERAH, 20 Mei:Sekeluarga 28 ahli Umno Tanah Merah, menyertai PAS di Kampung Kelewek, Bukit Panau, Kelantan dan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelmarin.
Borang tersebut diserahkan oleh anak perempuan Arifin Awang atau lebih dikenali dengan panggilan Abe Pin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Speaker Dun, Mohd Zaki Ibrahim, Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Adun Gual Ipoh, Wan Yusuf Wan Mustapha, Ketua Sukarelawan PKR, Nik Mahmod Nik Hasan, dan aktivis dan pengerak utama Pakatan Rakyat Tanah Merah, Datuk Dr Nik Saidina.
pT

Memang betul jentera UMNO Kelantan tiada kuasa untuk menghalang fenomena seperti di atas.Tetapi APAKAH usaha pemimpin-pemimin serta orang-orang kanan yang sering mengutip segala projek dari BN untuk mengurangkan fenomena 'UMNO masuk PAS' ini? Apa yang pT lihat sikap sambil lewa mereka  ini akan melambatkan usaha untuk mengambil serta menukar Kerajaan Pas Kelantan kepada Kerajaan BN pada PRU13 nanti menjadi bertambah sukar. Fikir-fikirkanlah!!!

1 comment:

  1. Yang aku tahu peranan mereka2 yang bergelar orang2 kuat umno ialah mencari segala macam projek. Projek bilis ke projek jerung ke semua disapu. Itulah peranan orang2 kanan dan kiri para pemimpin umno Kelantan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive