Thursday, 17 May 2012

TIADA TOLERANSI BAGI YANG LANGGAR UNDANG2 - MENTERI AMARAN

PUTRAJAYA: Sesiapa yang melanggar undang-undang dan menyebabkan huru-hara semasa perhimpunan Bersih 3.0 akan didakwa, termasuklah anggota polis.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, siasatan polis dibahagikan kepada tiga kategori - penunjuk perasaan, penganjur dan orang yang memulakan serta dan anggota pasukan yang bertugas.

"Ia tidak kira siapa mereka. Jika mereka telah melanggar undang-undang, mereka akan didakwa," katanya, sambil menambah setelah siasatan selesai, ia kemudiannya akan dibawa ke Peguam Negara untuk memutuskan sama ada terdapat kes untuk pendakwaan.

Hishammuddin berkata siasatan polis terhadap perhimpunan 28 April dibuat dengan memburu 141 pesalah yang didakwa dan gambar mereka telah disiarkan.

Hanya 26 daripada mereka telah menyerah diri atau ditahan selepas diberi tempoh menyerah diri yang berakhir, Selasa. 

"Saya mahu menegaskan bahawa tiada seorang (yang melakukan kesalahan) akan terkecuali. Kita tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa (melanggar undang-undang dan melakukan kekecohan). Adalah penting berpegang kepada undang-undang untuk menegakkan kebenaran dan menjaga kepentingan mereka yang perlu diberi perlindungan," katanya.

"Biar polis menjalankan tugas mereka. Mereka ada visual dan akan menyiasat dari situ. Orang awam juga boleh membantu dengan tampil memberi bukti (sebarang salah laku). - sinarharian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive