Monday, 14 May 2012

Waris dapat injunksi halang roboh Madrasah Salihiah


Waris pemilik asal tapak Madrasah Salihiah Kanchut di Alor Setar berjaya dalam usaha awal mereka menghalang kerajaan negeri Kedah merobohkan madrasah itu bagi tujuan pembinaan pusat beli-belah.

Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun membuat keputusan itu selepas membenarkan injunksi interim yang difailkan Jamludin Murad, 58, Fadzil Ishak, 61, Fidel Firaidi Mustafa, 49, dan Fidel Firaidid Mustafa, 49.

See, yang membuat keputusan itu dalam kamar, turut memerintahkan wang pampasan RM1.43 juta yang dibayar Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) tidak dilupuskan.

Pada 6 Mei lalu, plaintif memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di Alor Setar dan mendakwa pindah milik tapak madrasah berkenaan (kepada pihak pemaju) dibuat secara tidak sah di bawah Kanun Tanah Negara dan menuntut tanah tersebut dikembalikan kepada MAIK.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, bagaimanapun membuat kenyataan bahawa perobohan madrasah itu akan tetap diteruskan kerana warisnya hanya memfailkan injunksi yang mempertikai penjualan tanah wakaf berkenaan.

--Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive