Tuesday, 29 May 2012

ASPEK KESELAMATAN PENTING ELAK KEMALANGAN - PKR



PUTRAJAYA - Kerajaan harus mempertingkatkan tahap keselamatan sukan terutamanya program membabitkan sukan bermotor di negara ini.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, ini adalah soal keselamatan dan kerajaan tidak seharusnya berkompromi dengan mana-mana pihak yang menganjurkan sukan bermotor.

Menurutnya, kurang pemantauan dari segi aspek keselamatan boleh mengundang sebarang kecelakaan yang semestinya tidak diingini semua pihak.

"Kita tidak mahu kejadian penonton cedera ketika menonton perlumbaan drag semasa Himpunan Jutaan Belia, Sabtu lalu berulang.

“Perkara ini amat menyedihkan apabila saya difahamkan seramai 22 orang cedera termasuk empat parah dalam kejadian itu. Penganjur harus bertanggungjawab kerana ia membabitkan nyawa dan keselamatan orang awam yang menyaksikan perlumbaan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat tiga mangsa yang kini menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

“Kerajaan dan penganjur seharusnya menanggung kos perubatan seumur hidup terhadap mangsa yang parah dalam kemalangan itu.

“Ini kerana salah seorang daripada mereka mengalami pendarahan kepala, hati dan patah kedua-dua kaki,” katanya.

Nurul Izzah berkata, pihak berkuasa juga hendaklah mengambil tindakan sepatutnya kepada penganjur sekiranya bersalah dan tidak mematuhi piawaian perlumbaan drag itu.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seramai 22 penonton perlumbaan drag tercedera apabila sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan itu terbabas ke tebing pembahagi jalan di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19.

Seramai 19 mangsa yang dirawat sebagai pesakit luar dibenarkan pulang, manakala tiga lagi yang parah dirawat di Hospital Putrajaya.

Sementara itu, peguam N Surendran juga menawarkan khidmat guaman kepada mangsa yang telah membuat laporan polis.

pT
Sama-samalah kita panjatkan doa agar mangsa kemalangan tersebut cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Kepada kelaurga mangsa, banyak2 lah bersabar kerana semua ini telah tertulis akan berlaku. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. fikir-fikirkanlah!!!

2 comments:

  1. kenapa polis yg parah kena belasah oleh peserta bershit 3.0 bapak dia tak ambil tanggungjawab? podaah...ckp pandai otak tadak

    ReplyDelete
  2. pkr memang dari dulu lagi hanya pandai cakap.asyik bangkang segala apa isu tak kira la isu apa sekali pun.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive