Thursday 17 May 2012

2 x 5 FAM & BAM - PERSATUAN YANG MERAPU??



Tribunal: FAM tolak permintaan Annuar
PENGERUSI Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan, tiada ruang bagi Timbalan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa yang mahu Jawatankuasa Eksekutif badan induk bola sepak itu menubuhkan sebuah tribunal timbang tara untuk meneliti semula kesnya.

Taufik berkata, tidak logik perkara ini ditimbulkan kerana dalam kes timbang tara pihaknya perlu mempunyai dua faktor sekiranya bercadang untuk membuat permohonan tersebut.

"Faktor pertama sekiranya wujud perselisihan faham antara persatuan itu dengan pihak FAM manakala faktor kedua apabila jawatankuasa rayuan mendengar rayuan yang dikemukakan Annuar tetapi tidak memihak kepada beliau, barulah boleh mewujudkan timbang tara itu.

"Tapi dalam kes Annuar, perkara sebegini tidak berlaku kerana Annuar tidak dibenarkan membuat sebarang rayuan terhadap hukumannya itu, jadi macam mana beliau mahu ditubuhkan tribunal timbang tara? Bagi saya peluangnya dalam hal ini sangat tipis," kata Taufik.

Beliau berkata demikian apabila Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan meminta FAM menubuhkan tribunal timbang tara bagi membincangkan semula hukuman penggantungan dua tahun enam bulan yang dikenakan terhadapnya, kelmarin.

Ditanya sekiranya Annuar membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Lausanne Switzerland, beliau berkata: "Macam mana beliau nak kemukakan rayuan sedangkan di sini pun beliau tidak berjaya."
Kecewa dengan BAM, jurulatih Korea letak jawatan
KUALA LUMPUR - Selepas pengunduran ketua jurulatih beregu wanita negara, Rexy Mainaky, bulan lepas, kini giliran jurulatih beregu lelaki dari Korea Selatan, Yoo Yong Sung pula berbuat demikian atas alasan kecewa dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Yong Sung berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada BAM awal bulan ini semasa berlangsungnya Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia 2012 di Johor Baharu.

"Saya tidak mempunyai hak dalam persatuan dan saya amat kecewa dengan itu.

Apabila saya datang ke Malaysia, BAM telah mengadakan banyak mesyuarat...mereka ada pelan A tetapi kemudian mereka mahu saya buat pelan B," katanya.

Yong Sung berkata apabila baru tiba di sini, beliau sungguh bersemangat mengenai prospek melatih pemain tetapi mendakwa beliau tidak diberi sebarang peluang untuk melatih mana-mana pemain tertentu.

"Jadi, saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan," katanya kepada pemberita melalui seorang jurubahasa di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive