KUALA LUMPUR - Sekumpulan ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mahu membuat laporan bagi meminta polis menyiasat dakwaan usaha pihak tertentu yang cuba mencetuskan kekecohan di rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa pihaknya mendapat maklumat ada pihak yang cuba mencetuskan kekecohan di rumah Ambiga esok.
"Kita minta polis siasat perkara itu. Pada maklumat kita, selain daripada peniaga-peniaga yang akan membuka pasar malam di sini, ada pihak lain yang akan turut serta untuk membuat kacau,” katanya kepada pemberita selepas hadir untuk menyatakan sokongan moral kepada Ambiga di rumahnya di Bukit Damansara pagi tadi.
pT
Apa la hang ni Nurul Izzah, lepas hang kutuk macam2 polis, belasah polis, maki polis..lepas tu senang2 hang nak pi buat report. Tapi jangan bimbang sebab Ambiga pernah dianugerahkan sebagai “Wanita Berani Antarabangsa Tahun 2010” dari Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton. Sudah tentu Ambiga bukan jenis penakut menghadapi apa jua bentuk serangan. Kalau dia jenis penakut sudah tentu dia tidak berani mengepalai BERSIH memburuk-burukkan kerajaan bagi pihak parti-parti pembangkang.
No comments:
Post a Comment