Thursday 10 May 2012

BERSIH 3.0 - Hanif Wajar Undur Diri - Hasbullah Mohd Ridzwan


KUALA LUMPUR, - Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menolak sekeras-kerasnya perlantikan Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel bebas bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran dan keganasan pihak polis terhadap peserta himpunan aman Bersih 3.0 baru-baru ini.

Perlantikan beliau dan 5 orang lagi ahli panel diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin semalam.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa Hanif bukanlah orang yang paling sesuai untuk mengetuai panel itu.

“Ini disebabkan beliau sendiri merupakan mantan Ketua Polis Negara dan berkemungkinan berlaku ‘bias’ terhadap sesi siasatan bebas tersebut,” kata Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar).

Sebelum ini, katanya Hanif juga telah berlaku ‘bias’ apabila menyokong kenyataan pihak kerajaan yang mengatakan ada unsur-unsur untuk menggulingkan kerajaan di dalam himpunan Bersih 3.0.

Hasbullah berkata, pihaknya berpandangan panel siasatan itu sudah pasti tidak akan menemukan sebarang unsur-unsur keganasan daripada pihak polis di dalam menangani peserta Bersih 3.0 kerana pengerusi panel sudah dilihat tidak bebas dan terlalu memihak kepada kerajaan.

Oleh itu, kata beliau Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta Hanif untuk mengundurkan diri secara terhormat daripada mengetuai panel bebas itu dan pihak kerajaan diminta untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang lebih telus untuk menyelesaikan permasalahan itu.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive