Friday, 11 May 2012

Polis tolong ambik tindakan terhadap PERKASA PP - DAP


DAP hari ini menggesa polis mengambil tindakan terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berikutan tindakan anggotanya berhimpun di hadapan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata barisan pemimpin DAP kesal dengan tindakan lebih 70 anggota Perkasa Pulau Pinang yang telah menganggu ketenteraman Ketua Menteri dan anggotanya.

Dalam sidang media di George Town hari ini, beliau turut meminta polis memberikan penjelasan kerana didakwa tidak mengawal himpunan Perkasa dan hanya mengiringi kumpulan itu ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) tanpa mengambil sebarang tindakan.

Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi berkata perbuatan anggota PERKASA itu boleh dikenakan tindakan kerana melanggar Kanun Keseksaan.

ADUN Seri Delima R.S.N. Rayer berkata DAP sedang menimbangkan untuk memfailkan injunksi bagi menghalang Perkasa supaya tidak lagi mengacau kententeraman Ketua Menteri dan anggota keluarganya dan memfailkan saman jika polis tidak mengambil tindakan terhadap anggota PERKASA berkenaan.

Semalam lebih 70 anggota PERKASA berhimpun secara aman di hadapan kediaman Ketua Menteri dan Komtar bagi mendesak Lim meletak jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat negeri ini.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive