Thursday, 31 May 2012

BIAR BETUL !!! PARLIMEN BUBAR JUN 2012??


Kini semua orang tertunggu-tunggu tarikh Pilihan Raya Umum ke 13. Bagi ahli politik ianya lebih mendebarkan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berangan-angan untuk menjadi calun. Semua orang sedang menunggu pengumuman dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Bermacam-macam ramalan dan tekaan tentang tarikh pilihanraya yang bakal diadakan. Dari tahun lepas lagi ramalan telah dibuat tapi sehingga kini belum menjadi kenyataan lagi.

Ada yang meramalkan bulan Mac 2012. Ianya telah berlalu tekini ramalan dan tekaan di teruskan lagi. Banyak yang meramalkan pada September 2012 sebelum Belanjawan 2013 di bentangkan. Jika tidak berlaku juga mereka meramalkan Perdana Menteri akan mengadakan pilihanraya sehingga tamat tempuh.

Berdasarkan faktor dan keadaan terkini Perdana Menteri di rasakan akan membuat kejutan untuk membubarkan Parlimen pada Jun 2012. Ini berdasarkan beberapa sebab dan faktor yang boleh diambil kira untuk Perdana Menteri mempercepatkan Pilihan Raya Umum.

1. Perdana Menteri dikatakan telah membatalkan semua jadual lawatan ke luar negara pada Jun ini.

2. Penyenaraian Felda Global Venture Berhad dan pemberian Durian Runtuh untuk Warga Felda

3. Cadangan pemberian BR1M bagi kali kedua mungkin akan dibuat bagi menarik sokongan rakyat kerana ianya paling berkesan

4. Isu pembelian kapal selam Scorpene yang semakin panas yang melibat pendedahan demi pendedahan. Juga akan membawa kesan jika pilihanraya lewat diadakan.

5. Pendedahan dan isu-isu baru yang tidak henti-henti dan bertali arus oleh media Kerajaan terhadap Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan pemimpin pembangkang yang lain.

6. Jika Pilihan Raya Umum di buat selepas Hari Raya akan menyebabkan pemimpin parti terpaksa berbelanja lebih kerana terpaksa mengadakan majlis sambutan Hari Raya. Kesan tidak baiknya, ada kemungkinan anak-anak atau keluarga yang berkunjung berpeluang mempengaruhi keluarga untuk mengundi pembangkang.

7. Perdana Menteri juga terpaksa berjanji lebih jika Pilihan Raya Umum diadakan selepas belanjawan.

9. Semakin lambat Pilihan Raya semakin dilupakan pemberian yang telah diberikan seperti BRIM, Durian Runtuh dan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam

10. Kesan Perhimpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Sejuta Belia juga akan di lupakan.

Jika Pilihan Raya Umum diadakan cepat mungkin akan dapat meredakan suhu politik Malaysia. Hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu tarikhnya bila.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive