Showing posts with label Bubar. Show all posts
Showing posts with label Bubar. Show all posts

Wednesday, 3 April 2013

#PRU13 : Mustapha 'Tok Nujum' Pas Salahkan Umno Kerana Bubar Parlimen !!! #TolakPR #ManifestoBukanJanji


Mustapha Ali macam Tuk Nujum, segala perkara dia boleh tafsir walaupun dia di luar UMNO, Hebat. 
Dendam PAS pada UMNO tak pernah reda. Ada saja benda yang tak kena pada PAS. 

Ajaibnya pengikut dan ahli PAS yang dungu tu boleh terima saja apa-apa statement yang mereka luahkan. Apa lagi semua rakyat sekarang ini lah masa nya PAS, DAP dan PKR dihumbankan jauh dari tanah air yang berdaulat ini. 

Undilah dengan cara berhemah, berpayung dibawah Kerajaan yang membela Islam, Melayu dan Raja. Yang rugi, adalah mereka-mereka yang bernafsukan haiwan dan tidak berfikiran waras.

Jadikan PRU13 nanti sebagai peristiwa yang terbaik untuk menukar kerajaan Kelantan sekarang kepada kerajaan pimpinan Umno/BN. Kuasa memilih pemerintah berada di tangan rakyat Kelantan, pastikan PRU13 tidak berlalu sia-sia, tidak kira bila ia menjelma. Bijak memilih, negeri Kelantan berubah !!!

Thursday, 28 March 2013

#PRU13 : Bimbang Tewas, Punca PR Mahu Bubar 22 April !!! #TolakPR #Vote4BN


Sudah acap kali khalayak di dendangkan dengan propaganda pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak takut untuk membubarkan Parlimen kerana bimbang dengan kekuatan PR.

Propaganda sedemikian sedikit sebanyak termakan juga oleh sesetengah penyokong PR menyebabkan mereka lupa bahawa empat buah negeri yang dikuasai PR iaitu Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang hingga sekarang belum ada satu pun yang di bubarkan.

Walhal, jika PR merasakan PM takut membubarkan Parlimen, logiknya PR yang kelihatan seperti sudah tidak sabar untuk menghadapi pilihan raya patutnya sejak berbulan-bulan lalu sudah mengambil inisiatif sendiri segera membubarkan DUN di semua negeri PR, bukan begitu?

Bagi BN pula, soal bila Parlimen akan dibubarkan tidak pernah menjadi isu apatah lagi untuk dipropagandakan.

Jika 6 bulan lepas atau sebulan lalu mahupun esok atau lusa Parlimen dibubarkan, berdasarkan kaji selidik dan trend sokongan rakyat kepada BN, tiada masalah untuk BN mendapat hampir 2/3 kerusi Parlimen atau lebih sedikit.

Tapi disebabkan tumpuan utama tetap fokus untuk bekerja untuk rakyat, selagi masa masih berbaki selagi itu kerja buat dan jasa bakti terus dilaksanakan. Lagi semakin lama PR berteka-teki lebih bagus untuk BN sementelah di waktu kritikal ini makin ramai pemimpin PR yang pancit sebelum wisel permulaan ditiupkan.

Hakikatnya, tujuan sebenar PR menghambur celaan, sindiran dan propaganda mengenai isu pembubaran Parlimen tujuannya sekadar untuk mewujudkan persepsi kononnya PR benar-benar kuat. Dengan demikian, masalah pertelingkahan sesama sendiri dalam PR akan terkalih dari perhatian umum.

Menariknya di sebalik propaganda itu semua, ada sumber dalaman PR memberitahu semua keempat-empat negeri yang diperintah oleh gabungan tidak berdaftar itu telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan DUN hanya selepas Parlimen dibubarkan.

Tarikh yang telah mereka sepakati ialah 22 April 2013. Persoalannya kenapa 22 April 2013, mengapa tidak dua tiga bulan lalu atau sebelum bulan Mac 2013 berakhir?

Ada muslihatnya. PR menjangkakan Parlimen mungkin akan dibubarkan pada seawal April 2013, jadi bila Parlimen di bubarkan semua negeri yang dikuasai PR tidak akan turut sama membubarkan DUN.

Dengan lain perkataan, PR mahu membubarkan DUN lewat dari pembubaran Parlimen dan proses pengundian pula akan dijalankan selepas selesai pengundian di negeri-negeri lain.

Mereka percaya langkah ini dapat mengurangkan risiko kalah teruk dan mengurangkan impak terhadap prestasi PR di DUN-DUN negeri yang sedang dikuasai sekarang.

Perkhabaran ini tidak mengejutkan kerana sudah lama PR memberi bayangannya tetapi cuba diselubungi dengan propaganda kononnya BN pula yang takut berdepan dengan penghakiman rakyat. Realitinya yang takut tewas dan ditolak rakyat ialah PR.

Sebab itu di Selangor, Menteri Besarnya sering berdolak-dalik sekejap kata mahu bubar DUN selepas Chap Goh Mei, sekejap panggil sidang akhbar untuk pembubaran kemudian tiada pengumuman dilakukan, alih-alih semuanya hanya gempak sahaja bertujuan untuk mengaburi mata umum dari mengesan ketakutan PR berdepan dengan PRU 13.

Walau apa pun, PRU 13 tetap akan tiba jua bila sampai masanya, apa sahaja taktikal strategi atau game plan yang dimainkan oleh PR, kata putus bila tarikh pengundian sama ada serentak atau berasingan tetap di tangan SPR selaku badan bebas yang mengendalikan pilihan raya.

Wednesday, 20 March 2013

Ekoran Parlimen Bubar Hari Ini !! - Kenyataan Terkini Pejabat PM @NajibRazak




Ekoran dari khabar angin yang bertiup kencang mengatakan PM Najib telah membubarkan parlimen, lihat transkrip di bawah..berdozen blog-blog pembangkang memainkan khabar angin ini..

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dijalankan.

``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.

Friday, 24 August 2012

TERDEKAT !!! PARLIMEN AKAN DIBUBARKAN ???




Ada maklumat dari sumber yg boleh dipercayai, parlimen akan dibubarkan dlm masa terdekat. Arahan telah dikeluarkan kpd menteri kabinet, khususnya Komponen BN agar siap sedia. Perisik BN dari SB, Military dan survey yg dibuat ini masa yg sesuai. Laporan telah dihantar kpd Majlis Keselamatan Negara.

Ikut laporan, sokongan Cina kpd Najib meningkat manakala melayu kekal pada tahap sekarang. Yang menariknya kata maklumat ini, usaha pecah belah PAS-DAP melalui isu hudud mula berhasil. Watak penting spt Ust Nasharudin Mat Isa, Karpal Singh dan beberapa kepimpinan PAS akan terus di eksploitasikan.

Lepas ini beberapa tokoh ulama spt Mufti, Ust Fathul Bari, Ulama yg kononnya bebas politik, tok guru pondok dll akan diheret secara agresif dlm isu hudud. BN perlukan lonjakan 5% lagi sokongan melayu utk kekal memerintah.

Thursday, 31 May 2012

BIAR BETUL !!! PARLIMEN BUBAR JUN 2012??


Kini semua orang tertunggu-tunggu tarikh Pilihan Raya Umum ke 13. Bagi ahli politik ianya lebih mendebarkan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berangan-angan untuk menjadi calun. Semua orang sedang menunggu pengumuman dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Bermacam-macam ramalan dan tekaan tentang tarikh pilihanraya yang bakal diadakan. Dari tahun lepas lagi ramalan telah dibuat tapi sehingga kini belum menjadi kenyataan lagi.

Ada yang meramalkan bulan Mac 2012. Ianya telah berlalu tekini ramalan dan tekaan di teruskan lagi. Banyak yang meramalkan pada September 2012 sebelum Belanjawan 2013 di bentangkan. Jika tidak berlaku juga mereka meramalkan Perdana Menteri akan mengadakan pilihanraya sehingga tamat tempuh.

Berdasarkan faktor dan keadaan terkini Perdana Menteri di rasakan akan membuat kejutan untuk membubarkan Parlimen pada Jun 2012. Ini berdasarkan beberapa sebab dan faktor yang boleh diambil kira untuk Perdana Menteri mempercepatkan Pilihan Raya Umum.

1. Perdana Menteri dikatakan telah membatalkan semua jadual lawatan ke luar negara pada Jun ini.

2. Penyenaraian Felda Global Venture Berhad dan pemberian Durian Runtuh untuk Warga Felda

3. Cadangan pemberian BR1M bagi kali kedua mungkin akan dibuat bagi menarik sokongan rakyat kerana ianya paling berkesan

4. Isu pembelian kapal selam Scorpene yang semakin panas yang melibat pendedahan demi pendedahan. Juga akan membawa kesan jika pilihanraya lewat diadakan.

5. Pendedahan dan isu-isu baru yang tidak henti-henti dan bertali arus oleh media Kerajaan terhadap Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan pemimpin pembangkang yang lain.

6. Jika Pilihan Raya Umum di buat selepas Hari Raya akan menyebabkan pemimpin parti terpaksa berbelanja lebih kerana terpaksa mengadakan majlis sambutan Hari Raya. Kesan tidak baiknya, ada kemungkinan anak-anak atau keluarga yang berkunjung berpeluang mempengaruhi keluarga untuk mengundi pembangkang.

7. Perdana Menteri juga terpaksa berjanji lebih jika Pilihan Raya Umum diadakan selepas belanjawan.

9. Semakin lambat Pilihan Raya semakin dilupakan pemberian yang telah diberikan seperti BRIM, Durian Runtuh dan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam

10. Kesan Perhimpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Sejuta Belia juga akan di lupakan.

Jika Pilihan Raya Umum diadakan cepat mungkin akan dapat meredakan suhu politik Malaysia. Hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu tarikhnya bila.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive