Showing posts with label DUN. Show all posts
Showing posts with label DUN. Show all posts

Sunday, 7 April 2013

#GE13 : Kepada Yang Belum Ketahui , Jumlah Kerusi Parlinen Dan DUN #PRU13 #Vote4BN # ManifestoBN


Mari Mengundi...

Jumlah kerusi Parlimen dan DUN yang akan dipertandingkan pada Pilihanraya umum tahun 2013 (PRU 13) di Malaysia.

Dibawah adalah gambaran dan fakta sebenar mengenai jumlah kerusi Parlimen (P) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan pada PRU 13 mengikut negeri.

Jumlah Parlimen Dan DUN PRU 13

Perlis, 3 (P) 15 (DUN)

Kedah, 15 (P) 36 (DUN)

Pulau Pinang, 13 (P) 40 (DUN)

Perak, 24 (P) 59 (DUN)

Selangor, 22 (P) 56 (DUN)

Kuala Lumpur, 11 (P)

Putrajaya, 1 (P)

Labuan, 1 (P)

Negeri Sembilan, 8 (P) 36 (DUN)

Melaka, 6 (P) 28 (DUN)

Johor, 26 (P) 56 (DUN)

Pahang, 14 (P) 42 (DUN)

Terengganu, 8 (P) 32 (DUN)

Kelantan, 14 (P) 45 (DUN)

Sarawak, 31 (P) 71 (DUN)

Sabah, 25 (P) 60 (DUN)

Jumlah: 222 kerusi Parlimen, 576 DUN

Thursday, 28 March 2013

#PRU13 : Bimbang Tewas, Punca PR Mahu Bubar 22 April !!! #TolakPR #Vote4BN


Sudah acap kali khalayak di dendangkan dengan propaganda pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak takut untuk membubarkan Parlimen kerana bimbang dengan kekuatan PR.

Propaganda sedemikian sedikit sebanyak termakan juga oleh sesetengah penyokong PR menyebabkan mereka lupa bahawa empat buah negeri yang dikuasai PR iaitu Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang hingga sekarang belum ada satu pun yang di bubarkan.

Walhal, jika PR merasakan PM takut membubarkan Parlimen, logiknya PR yang kelihatan seperti sudah tidak sabar untuk menghadapi pilihan raya patutnya sejak berbulan-bulan lalu sudah mengambil inisiatif sendiri segera membubarkan DUN di semua negeri PR, bukan begitu?

Bagi BN pula, soal bila Parlimen akan dibubarkan tidak pernah menjadi isu apatah lagi untuk dipropagandakan.

Jika 6 bulan lepas atau sebulan lalu mahupun esok atau lusa Parlimen dibubarkan, berdasarkan kaji selidik dan trend sokongan rakyat kepada BN, tiada masalah untuk BN mendapat hampir 2/3 kerusi Parlimen atau lebih sedikit.

Tapi disebabkan tumpuan utama tetap fokus untuk bekerja untuk rakyat, selagi masa masih berbaki selagi itu kerja buat dan jasa bakti terus dilaksanakan. Lagi semakin lama PR berteka-teki lebih bagus untuk BN sementelah di waktu kritikal ini makin ramai pemimpin PR yang pancit sebelum wisel permulaan ditiupkan.

Hakikatnya, tujuan sebenar PR menghambur celaan, sindiran dan propaganda mengenai isu pembubaran Parlimen tujuannya sekadar untuk mewujudkan persepsi kononnya PR benar-benar kuat. Dengan demikian, masalah pertelingkahan sesama sendiri dalam PR akan terkalih dari perhatian umum.

Menariknya di sebalik propaganda itu semua, ada sumber dalaman PR memberitahu semua keempat-empat negeri yang diperintah oleh gabungan tidak berdaftar itu telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan DUN hanya selepas Parlimen dibubarkan.

Tarikh yang telah mereka sepakati ialah 22 April 2013. Persoalannya kenapa 22 April 2013, mengapa tidak dua tiga bulan lalu atau sebelum bulan Mac 2013 berakhir?

Ada muslihatnya. PR menjangkakan Parlimen mungkin akan dibubarkan pada seawal April 2013, jadi bila Parlimen di bubarkan semua negeri yang dikuasai PR tidak akan turut sama membubarkan DUN.

Dengan lain perkataan, PR mahu membubarkan DUN lewat dari pembubaran Parlimen dan proses pengundian pula akan dijalankan selepas selesai pengundian di negeri-negeri lain.

Mereka percaya langkah ini dapat mengurangkan risiko kalah teruk dan mengurangkan impak terhadap prestasi PR di DUN-DUN negeri yang sedang dikuasai sekarang.

Perkhabaran ini tidak mengejutkan kerana sudah lama PR memberi bayangannya tetapi cuba diselubungi dengan propaganda kononnya BN pula yang takut berdepan dengan penghakiman rakyat. Realitinya yang takut tewas dan ditolak rakyat ialah PR.

Sebab itu di Selangor, Menteri Besarnya sering berdolak-dalik sekejap kata mahu bubar DUN selepas Chap Goh Mei, sekejap panggil sidang akhbar untuk pembubaran kemudian tiada pengumuman dilakukan, alih-alih semuanya hanya gempak sahaja bertujuan untuk mengaburi mata umum dari mengesan ketakutan PR berdepan dengan PRU 13.

Walau apa pun, PRU 13 tetap akan tiba jua bila sampai masanya, apa sahaja taktikal strategi atau game plan yang dimainkan oleh PR, kata putus bila tarikh pengundian sama ada serentak atau berasingan tetap di tangan SPR selaku badan bebas yang mengendalikan pilihan raya.

Monday, 25 March 2013

DUN N9 Pertama Bubar Secara Automatik Lusa !!!

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan perlu menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan DUN itu terbubar dengan sendiri pada 27 Mac ini jika tiada pengumuman dibuat pembubarannya esok.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ini kerana DUN sekarang akan tamat tempohnya esok selepas lima tahun bersidang.

Pihak SPR pula, tambah beliau, mempunyai masa selama 60 hari daripada tarikh pembubaran untuk mengadakan pilihan raya.

"Speaker (Negeri Sembilan) akan menulis surat kepada SPR memaklumkan DUN Negeri Sembilan terbubar. SPR pula mempunyai masa 60 hari untuk untuk mengadakan pilihan raya," katanya kepada Malaysiakini.

Negeri Sembilan dengan 36 kerusi DUN adalah negeri pertama yang terbubar secara automatik pada 27 Mac ini selepas cukup tempoh lima tahun.

Sebanyak 21 kerusi di negeri itu dikuasai BN dan 15 kerusi lagi dikuasai Pakatan Rakyat dengan DAP menguasai sepuluh kerusi, PKR empat kerusi dan PAS pula satu kerusi.

Tuesday, 2 October 2012

PM CABAR PEMBANGKANG BUBAR DUN NEGERI SEBELUM PEMBUBARAN PARLIMEN

Skrip yang sama dimainkan sekali lagi Lim Kit Siang menerusi laman sesawang Roketkini.com. Kit Siang seakan- akan dilihat menuduh DS Najib sebagai bacul kerana sehingga kini masih belum membubarkan parlimen.

Jika dinilai semula, sememangnya kuasa untuk membubarkan parlimen berada di tangan DS Najib selaku Perdana Menteri. Namun harus diingat, kuasa untuk membubarkan DUN pula berada di tangan Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Sehubungan itu, bagi membuktikan kejantanan, PM dengan ini mendesak pemimpin tertinggi negeri- negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat seperti Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor mengambil inisiatif membubarkan dahului DUN negeri tanpa perlu menantikan pembubaran parlimen.

Sementelah lagi, kalaupun parlimen dibubar, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat pernah menegaskan bahawa mereka tidak akan turut sama untuk membubarkan DUN. (KLIK SINI)

Justeru itu, PM lihat desakan yang ditujukan Kit Siang itu kepada DS Najib adalah satu desakan berunsur politik dan cubaan meracun fikiran rakyat.

Like Father, Like Son.

Itulah yang PM cuba tegas di sini. Anak dan bapa sama sahaja. Selagi boleh temberang, seluruh alam mau diputar.


Sumber : penggempurmutiara

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive