Showing posts with label ge13. Show all posts
Showing posts with label ge13. Show all posts

Sunday, 5 May 2013

#PRU13 : LIVE!!! Kempen Terakhir Calon BN Parlimen Pengkalan Chepa Dicemari Gelagat Penyokong Pas #TukarKelantan #Vote4BN #tolakPAS

Kempen terakhir calon parlimen Pengkalan Chepa Datuk Dali Hussin dan calon Dun Chempaka Wan Razman Wan Abd Razak di kedai makan berhampiran Tapak Umno Pengkalan Chepa.

Mereka berdua berharap penduduk di dalam Parlimen Pengkalan Chepa dapat membantu mereka bagi memenangi dan berpihak kepada BN dari tangan Pas.

Di malam terakhir  ini suasana kemeriahan dengan kenderaan menenuhi jalan-jalan di seluruh pelusuk Kelantan. Kedua-dua parti dilihat menggunakan kenderaan dengan bendera parti masing-masing.
Menjadikan lalulintas  di sekitar Kota Bharu sesak teruk .

Di Tapak Umno Pengkalan Chepa berhimpun penyokong Umno BN untuk mendengar taklimat terakhir oleh calon BN Pengkalan Chepa. Tetapi konvoi bermotor dari Pas telah membuat provoke terhadap penyokong BN. Mujurlah anggota keselamatan dapat mengawal keadaan yang tegang.

Apapun selamat mengundi kepada seluruh raktyat Kelantan yang layak mengundi. Jadikan PRU13 ini suatu peristiwa terbaik untuk TUKAR kerajaan Pas kepada BN!!!!

Saturday, 4 May 2013

#PRU13 : LIVE!!! Perarakan Penyokong BN Pengkalan Chepa Menambah Derita Pas Kelantan #tolakPR #Vote4BN #tolakPAS #TukarKelantan

Perarakan kereta penyokong BN Pengkalan Chepa menerima sambutan luar biasa. Sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini di Kelantan pada musim pilihanraya sebelumnya.

Penulis beranggapan ini satu fenomena luar jangka oleh rakyat bangkit menunjukkan keinginan untuk merubah dan menukar kerajaan PAS Kelantan kepada Barisan Nasional. INI KALI LAH!

Hampir 600 buah kenderaan dan kehadiran hampir 4000 orang memberi sokongan. Sambutan yang luar biasa oleh seluruh penduduk di parlimen Pengkalan Chepa. Perarakan dilepaskan oleh calon Parlimen Pengkalan Chepa Datuk Dali Hussin.

Perarakan yang julung-julung kali diadakan di Parlimen Pengkalan Chepa menambah derita Pas Pengkalan Chepa serta calon mereka termasuk tokguru yang semakin uzur.

Gelombang Merah BN Perintah Kelantan Berubah!!!

Thursday, 2 May 2013

#PRU13 : [FOTO] Terkini!!! Petugas Pas Tumbangkan Papan Tanda 'Haram Undi Pas' #GE13 #tolakPAS #TukarKelantan

Beberapa hari lepas dua papan tanda 'HARAM UNDI PAS telah dipasang di tepi Jalan Kemumin Sabak. Di khabar kan beberapa pemimpin Pas Pengkalan Chepa panas punggong kerana papan tanda tersebut. Di beritakan mereka berbincang apa tindakan terhadap papan tanda tersebut. Lawak molek.

Apa yang dihairankan papan tanda puak-puak Pas pun kebih teruk dari papan tanda tersebut tapi penyokong-penyokong cerdik Umno tidak cepat melatah apa lagi bertindak seperti pak lebsi mereka.

Malam tadi lebih kurang pukul 1.30 pagi semasa PT melalui jalan tersebut ternampak kenderaan pacuan 4 roda Unit Amal Pas berhenti berhampiran papan tanda tersebut. Mungkin merekalah yang mencabut  papan tanda itu. Kerana pada hari ini papan tanda itu telah pun menyembah bumi.

Inilah perangai sebenar puak-puak hijau ni...kalau terkena batang hidung sendiri sanggup mereka bertindak merosakkan serta bertindak membuang apa yang orang lain lakukan kepada parti mereka.

Nampak alim berserta dengan kopiah putih tapi perangai hanya Allah saja yang nengetahui.

Lihat fioto di bawah, semua ni kerja malaun orang suruhan Nik Aziz...buatla apapun yang penting 5 Mei seluruh raktyat Kelantan memilih BN dan Pas akan rebah tersungkur . Insyaallah !!!!

#PRU13 : Gempar!!! Ceramah Ustad Hassan Basri Diganggu Penyokong Tegar Pas Pulau Melaka #GE13 #tolakPAS #TukarKelantan

Semalam julung-julung kalinya ceramah UMNO telah diadakan di Pulau Melaka lubuk Pas dan juga tempat tinggal Nik Aziz .

Turut hadir calon parlimen Pengkalan Chepa Datuk Dali Hussin dan juga calon Dun Panchor Rosli Hassan serta peceramah terkenal Ustad Hassan Basri bekas ahli Pas.

Apa yang dikongsikan dengan pembaca ialah kehadiran hampir 1000 orang mendengar  ceramah yang penuh dengan fakta. Mungkin kerana keberanian Ustad Hassan Basri membuka pekung Pas menyebabkan segelintir penyokong taksub Pas menganggu dan membuat provoke.

Mujurlah kehadiran anggota keselamatan dapat meredakan keadaan yang semakin panas gara-gara penyokong Nik Aziz yang tidak dapat terima bila ribuan penyokong Umno hadir di lubuk mereka.

Tapi di tempat yang berlainan iaitu di cermah Pas oleh calon mereka iaitu Nik Amar hanya di hadiri sekitar 50 orang sahaja di Taman Kurnia Pengkalan Chepa.  Bukti rakyat Pengkalan Chepa sudah bosan dan bersedia untuk menukar Kerajaan Pas kepada kerajaan BN.

Khabarnya Nik Amar terpaksa menyorok di tempat gelap kerana malu ceramahnya tiada sambutan.

Monday, 29 April 2013

#GE13 : [ FOTO] Kantoi!!! Sendiri Koyak Bendera Orang Lain Yang Dituduh ??? #tolakPAS #TukarKelantan

Ini kerja orang Umno, itulah dakwaan tidak berasas penyokong Pas bila bendera mereka telah ditoreh di sebuah pos mereka berhampiran Kota Bharu tiga hari lepas.

Tapi yang menghairankan ialah kenapa tiada repot polis yang dibuat terhadap mereka yang bertanggungjawab oleh penyokong Pas?? Kalau betul orang-orang Umno yang melakukan kenapa Pas tidak membuat repot polis ? Atau mereka takut terkantoi!!!

Adakah ini merupakan sandiwara puak-puak langau hijau untuk menghuru-harakan keadaan?? Mungkin juga kerana puak-puak mereka ketandusan isu untuk meraih sokongan rakyat Kelantan agar menyokong mereka di PRU13 .

Cukup-cukuplah menipu, wahai Pas, takkanlah selama 23 tahun tak puas- puas lagi kot ??

Wednesday, 24 April 2013

#GE13 : Blogger Sebar 'Mengundi Awal' Diburu Polis Malaysia,#tolakPR #Vote4BN

Kuala Lumpur, 24 April - Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak diarah mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) semalam seperti yang didakwa beberapa blogger, kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yoosuf hari ini.

Justeru, katanya polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebar dakwaan itu mengikut Seksyen 233 (1(a)) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Menggambarkan bahawa polis diarah untuk mengundi awal pada semalam (23 April) adalah sesuatu yang mengelirukan dan salah fakta," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang membuat spekulasi mengenai undi pos yang telah disalah tafsir sebagai undi awal boleh dikategori sebagai memberi maklumat salah.

Dalam pada itu, Ramli berkata Bukit Aman telah menerima 245 laporan polis berhubung PRU13 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 632.

Beliau juga memberitahu bahawa 1,430 aktiviti membabitkan PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu ceramah (680), perjumpaan dan mesyuarat (219), kunjungan rumah ke rumah (44), kempen (199) dan lain-lain sebanyak 288.

"Jumlah tangkapan terkumpul sejak hari penamaan calon ialah 22 dengan tujuh tangkapan dibuat semalam termasuk dua di Perak dan lima di Negeri Sembilan melibatkan kesalahan pilihan raya," katanya.

Beliau turut mengingatkan calon supaya tidak berkempen di balai-balai polis seperti yang berlaku semalam.

"Balai polis bukanlah tempat untuk memperkenalkan diri kerana kami mempunyai banyak lagi urusan lain terutama untuk menguruskan hal-hal laporan mangsa-mangsa sesuatu kejadian," katanya. - BERNAMA

Tuesday, 16 April 2013

#PRU13 : Berehey Perkasa Akan Tetap Pertahan Kerusi Pasir Mas Guna Simbol Katak Puru Hijau ??? #GE13 #vote4BN

KOTA BAHARU, 16 April (Bernama) -- "Saya tetap akan bertanding atas tiket Bebas walaupun menggunakan simbol katak puru pada pilihan raya kali ini," kata penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali hari ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata demikian setelah tidak dinamakan sebagai calon rakan Barisan Nasional (BN) Kelantan pada pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini, beliau dikatakan antara calon Bebas yang akan diberi peluang bertanding atas tiket BN tetapi Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika mengumumkan senarai calon BN di Kelantan Selasa, menyatakan Che Johan Che Pa daripada Umno bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas.

Ketika ditemui pemberita setibanya dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini Selasa, Ibrahim berkata beliau tetap mahu mempertahankan kerusi itu dan simbol yang bakal digunakannya kelak bergantung kepada kelulusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya dalam kempennya kelak, beliau akan mendedahkan prestasi rekod khidmatnya sebagai wakil rakyat kawasan itu selain memimpin Perkasa sejak empat tahun lepas.

Jika dipilih kembali sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum ini, Ibrahim berkata beliau mahu meneruskan agenda perjuangan Melayu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim sebagai calon bebas bertanding atas tiket PAS mengalahkan calon BN Ahmad Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.

Ketika ditanya pemilihan bekas anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin yang juga Naib Presiden Perkasa sebagai 'calon rakan BN' bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Selangor, Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi peluang kepada Zulkifli.

BERNAMA

PT
Padan-padanlah Tok Him weh.. cukup lah dengan jadi presiden perkasa..bagilah peluang kepada orang muda pula untuk berkhidmat kepada rakyat Kelantan. Lagi pun siapa yang tak kenal Tok Him ..manusia paling hebat dalam hal lompat melompat ni..jadi mungkin Pengerusi BN Kelantan suadah ada yang terbaik untuk mewakili UMNO/BN bagi PRU13 nanti. Terimalah hakikat PRU13 ni bukan milik Datuk lagi. Umum memang mengetahui Tok Him mempunyai aura yang masih kuat dalam dunia politik tetapi UMNO/BN Kelantan sudah ada calon terbaik untuk melawan Pas pada PRU 13 nanti.

#GE13 : Terkini !!! Senarai Nama Calon BN Kelantan , DAA Tiada Dalam Senarai ? #PRU13 #Vote4BN

Senarai calon BN yang akan bertanding di PRU13 nanti...

P.019 Tumpat : Mansor Salleh
N.1 Pengkalan Kubor: Noor Zahidi Omar
N.2 Kelaboran: Wan Hanapi Wan Yaacob
N.3 Pasir Pekan: Nik Noriza Nik Salleh
N.4 Wakaf Bharu: Mohd Rosdi Abdul Aziz

P.20 Pengkalan Chepa: Dali Hussin
N.5 Kijang: Zaluzi Sulaiman
N.6 Chempaka: Wan Razman Wan Abd Razak
N.7 Panchor: Che Rosli Hassan

P.21 Kota Bharu: Mohd Fatmi Che Salleh
N.8 Tanjong Mas: Kanidy Omar
N.9 Kota Lama: Tan Ken Ten
N.10 Bunut Payong: Mohd Fakhurazi

P.22 Pasir Mas: Che Johan Che Pa
N.11 Tendong: Hanafi Mamat
N.12 Pengkalan Pasir: Tuan Anuwa Tuan Mat
N.13 Chetok: Aimi Jusoh

P.23 Rantau Panjang: Ghazali Ismail
N.14 Meranti: Mohd Afandi Yusoff
N.15 Gual Periok: Shaari Mat Hussain
N.16 Bukit Tuku: Mohd Zain Ismail

P.24 Kubang Kerian: Anuar Safian
N.17 Salor: Mohamad Nordin Awang
N.18 Pasir Tumboh: Mohd Shamsul Mohd Yusoff
N.19 Demit: Wan Mohd Nazi Wan Hamat

P.025 Bachok: Awang Adek Husin
N.20 Tawang: Mohd Zain Yasim
N.21 Perupok: Mohammad Zaidi Sidek
N.22 Jelawat: Ilias Husain

P.26 Ketereh: Annuar Musa
N.23 Melor: Mohd Othman Omar
N.24 Kadok: Mohamad Basri Awang
N.25 Kok Lanas: Md Alwi Che Ahmad

P.27 Tanah Merah: Ikmal Hisham Abdul Aziz
N.26 Bukit Panau: Baharudin Yusof
N.27 Gual Ipoh: Mohd Bakri Mustapha
N.28 Kemahang: Dayang Saniah Awang Hamid

P.28 Pasir Puteh: Tuan Mustaffa Tuan Mat
N.29 Selising: Zulkifli Ali
N.30 Limbongan: Mohd Rujhan Salleh
N.31 Semerak: Zawawi Othman
N.32 Gaal: Redzuan Stapha

P.29 Machang: Ahmad Jazlan Yaakub
N.33 Pulai Chondong: Ab Halim Ismail
N.34 Temangan: Azemi Mat Zin
N.35 Kemuning: Eriandi Ismail

P.30 Jeli: Mustapa Mohamed
N.36 Bukit Bunga: Mohd Adhan Kechik
N.37 Air Lanas: Mustapa Mohamed
N.38 Kuala Balah: Abdul Aziz Derashid

P.31 Kuala Krai: Tuan Aziz Tuan Hamat
N.39 Mengkebang: Azizzuddin Hussein
N.40 Guchil: Nik Sapeia Nik Yusof
N.41 Manek Urai: Che Jalal Muda
N.42 Dabong: Ramzi Ab Rahman

P.32 Gua Musang: Tengku Razaleigh Hamzah
N.43 Nenggiri: Mat Yusoff Ghani
N.44 Paloh: Nozula Mat Diah
N.45 Galas: Ab Aziz Yusoff

Friday, 12 April 2013

Video Penuh 11 Minit Pak Mustape Pas ???


PAS wajar laksanakan hukuman HUDUD keatas Stopa....

Hukuman yang dikenakan keatas orang yang berzina. Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar`iyah bahwa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah, maka wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100x sebat. Firman Allah dalam Surah an-Nur ayat 2 yang bermaksud, "Penzina wanita dan penzina lelaki, hendaklah kamu dera, masing-

masing seratus dera".



Anwar Ibrahim pastinya tersenyum puas waktu ini kerana PAS tidak lagi boleh mengatakan Anwar Ibrahim tidak layak sebagai Pemimpin Pakatan Rakyat kerana PAS juga mempunyai pemimpin yang bermasaalah moral.

Pendek kata PAS tidak boleh mengatakan Anwar Ibrahim tidak layak sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Menang PRU 13 ini. 
Sedarlah wahai puak puak PAS, siapa PKR tu jangan jadi BODOH!

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara





Thursday, 11 April 2013

#GE13 : Terkini !!! Senarai Calon PR #PRU13 Ramai Kecewa Angkara Raja Goyang #tolakPR #Vote4BN

Senarai Terkini Calon Pakatan Rakyat Pada Pru 13 Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim mengumumkan Khalid Ibrahim mewakili KEADILAN mempertahankan parlimen Bandar Tun Razak.

“Orang seperti ini boleh diamanah menjaga wang dan kerajaan negeri Selangor. Jadi, kita perlu khidmat dia. Saya mahu dia jadi calon Bandar Tun Razak.

"Kalian boleh bangga sekiranya dia mewakili kita di Bandar Tun Razak,” kata Anwar pada ceramah ‘Jelajah Pakatan Harapan Rakyat dan Pengumuman Calon Wilayah Persekutuan’ di Padang Bolasepak Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, malam tadi.

Pada pilihanraya umum ke-12, Khalid mengalahkan calon BN dari MCA, Tan Chai Ho dengan majoriti 2,515 undi. Sementara itu, penyelaras KEADILAN Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong diumum sebagai calon di P116 Wangsa Maju.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi antara paling lantang memperjuangkan isu Felda.

“Dia ada rekod kesungguhan. Suara dia paling keras dan tegas mempertahankan nasib peneroka Melayu Felda,” kata Anwar disambut tepukan hadirin.

Manakala Ketua Staf Pejabat (Chief of Staff) Anwar, Ibrahim Yaacob dicalonkan semula di Parlimen P118 Setiawangsa. Ibrahim, graduan Kewangan dari Wesley College, Perth dan Curtin University merupakan sukarelawan di pejabat Anwar sejak enam tahu lalu.

Turut diumumkan dua penyandang untuk mempertahankan parlimen dimenangi KEADILAN di Wilayah Persekutuan pada pilihanraya umum ke-12, iaitu Nurul Izzah di Lembah Pantai dan Tian Chua (Batu).

Di parlimen Tanjung Malim, bekas timbalan menteri, Tan Yee Kew hampir pasti disahkan bertanding setelah Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab diletakkan di DUN Behrang, di bawah parlimen sama. Yee Kew bakal ditentang veteran MCA, Ong Ka Chuan yang dipercayai disenaraikan semula oleh pimpinan parti itu.

Sementara itu, bekas Pengerusi Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB), Abdul Rahman Maidin sah diletakkan di parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang menurut sumber dalam PAS yang memetik satu sumber terkini yang disahkan.

Rahman yang kini aktif membantu PAS dari segi mengujudkan imej yang baik dan mesra ekonomi dijangka bakal memberikan impak baru kepada penampilan PAS. Di Sarawak pula, Calon PAS diketuai oleh AJK PAS Pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, seorang peguam yang akan bertanding di parlimen Kota Samarahan.

Kerusi lain yang akan ditandingi ialah parlimen Batang Sadong yang akan diwakili Pengarah Pilihanraya PAS Sarawak, Dr.(H) Mohd Jolhi. PAS Sarawak juga turut menurunkan dua calon muslimat iaitu di parlimen Tanjung Manis yang akan diwakili Jurina Mut yang juga Setiausaha Dewan Muslimat

PAS negeri dan bekas calon PAS di Tanjung Datu pada pilihanraya negeri lalu iaitu Nani Sahari di parlimen Mukah. Selain itu PAS juga turut bertanding di Parlimen Igan yang akan diwakili oleh Ajiji Fauzan.

Lebih menarik pada kali ini, bekas personaliti TV Al-Hijrah, Mohd Zaid @ Robby Tandang bertanding di parlimen Sibuti. Selain itu, buat pertama kalinya PAS mencalonkan ahli DHPP Sarawak di parlimen Julau, Dr Ambrose Labang Jamba.

Beliau adalah bekas pegawai tadbir Sarawak. Inilah senarai calon terkini Pakatan Rakyat :

Perlis Indera Kayangan (3 kerusi)

P 001 - Padang Besar - Azamhari Mahmood (PAS) P 002 - Kangar - Dr Juanda Jaya (KEADILAN - belum diumumkan) atau Baharuddin Ahmad (PAS) - belum diputuskan P 003 - Arau - Tuan Guru Haron Din (PAS)

Kedah Darul Aman (15 kerusi)

P 004 - Langkawi - (KEADILAN - belum diperolehi) P 005 - Jerlun - (PAS - belum diperolehi) P 006 - Kubang Pasu - (PAS - belum diperolehi) P 007 - Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria (PAS - penyandang) P 008 - Pokok Sena - Mahfuz Omar (PAS - penyandang) P 009 - Alor Setar - Gooi Hsiau Leung (KEADILAN) P 010 - Kuala Kedah - Dr Azman Ismail (KEADILAN) P 011 - Pendang - Mohamad Sabu (PAS) P 012 - Jerai - Mohd Firdaus Jaafar (PAS - penyandang) P 013 - Sik - (PAS - belum diperolehi) P 014 - Merbok - Nor Azrina Surip (KEADILAN) P 015 - Sungai Petani - Johari Abdul (KEADILAN - penyandang) P 016 - Baling - Brig Jen (B) Mohd Najmi Ahmad (PAS) P 017 - Padang Serai - N Surendran (KEADILAN) P 018 - Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (KEADILAN - bertukar dari parlimen Machang)

Kelantan Darul Naim (14 kerusi)

P 019 - Tumpat - Kamaruddin Jaffar (PAS - penyandang) P 020 - Pengkalan Chepa - (PAS - belum diperolehi) P 021 - Kota Bharu - Takiyuddin Hassan (PAS - bertukar dari DUN Bunut Payong - belum disahkan) P 022 - Pasir Mas - Siti Zailah Mohd Yusof (PAS - bertukar dari parlimen Rantau Panjang - belum disahkan) P 023 - Rantau Panjang - Abdul Fatah Haron (PAS - bertukar dari DUN Bukit Tuku - belum disahkan) P 024 - Kubang Kerian - Mumtaz Md Nawi (PAS) P 025 - Bachok - Ariffin Mahmod (PAS) P 026 - Ketereh - Ab Aziz Abdul Kadir (KEADILAN - penyandang - belum diumumkan) P 027 - Tanah Merah - Nik Mahmood (KEADILAN - belum disahkan) P 028 - Pasir Puteh - (PAS - belum diperolehi) P 029 - Machang - Dr Wan Zawawi Wan Ismail (KEADILAN - belum diumumkan) P 030 - Jeli - Abdullah Yaacob (PAS - bertukar dari DUN Air Lanas - belum disahkan) P 031 - Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Ramli (PAS - penyandang) P 032 - Gua Musang - (PAS - belum diperolehi)

Terengganu Darul Iman (8 kerusi)

P 033 - Besut - (PAS - belum diperolehi) P 034 - Setiu - (PAS - belum diperolehi) P 035 - Kuala Nerus - Dr Khairuddin At-Takiri (PAS) P 036 - Kuala Terengganu - Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS) P 037 - Marang - Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS - penyandang) P 038 - Hulu Terengganu - (PAS - belum diperolehi) P 039 - Dungun - Wan Hassan Mohd Ramli (PAS) P 040 - Kemaman - Kamaruddin Chik (KEADILAN)

Pulau Pinang Pulau Mutiara (11 kerusi)

P 041 - Kepala Batas - Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) P 042 - Tasek Gelugor - Abdul Rahman Maidin (PAS - belum disahkan) P 043 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP - penyandang) P 044 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (KEADILAN - penyandang) P 045 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP - penyandang) P 046 - Batu Kawan - Dr P Ramasany (DAP - penyandang) P 047 - Nibong Tebal - Dr Mansor Othman (bertukar dari DUN Penanti) P 048 - Bukit Bendera - Zairil Khir Johari (DAP - belum disahkan) P 049 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP - penyandang - belum disahkan) P 050 - Jelutong - Jeff Ooi Chuan Aun (DAP - penyandang) P 051 - Bukit Gelugor - Karpal Singh (DAP - penyandang) P 052 - Bayan Baru - Sim Tze Tzin (KEADILAN - bertukar dari DUN Pantai Jerejak) P 053 - Balik Pulau - Mohamad Bakhtiar Wan Chik (KEADILAN)

Perak Darul Ridzuan (24 kerusi)

P 054 - Gerik - Norhayati Kassim (PAS - belum diumumkan) P 055 - Lenggong - Razman Zakaria (PAS - belum disahkan) P 056 - Larut - Fauzi Shaari (PAS) P 057 - Parit Buntar - Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS - penyandang) P 058 - Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty (KEADILAN) P 059 - Bukit Gantang - Idris Ahmad (PAS) P 060 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP - penyandang) P 061 - Padang Rengas - Dr Meor Ahmad Isharra Ishak (KEADILAN) P 062 - Sungai Siput - Dr Michael Jeyakumar (PSM - penyandang) P 063 - Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail (KEADILAN - belum disahkan) P 064 - Ipoh Timur - Thomas Su (bertukar dari DUN Pasir Pinji - belum disahkan) P 065 - Ipoh Barat - Wong Kah Woh (DAP - bertukar dari DUN Taman Canning - belum disahkan) P 066 - Batu Gajah - V Sivakumar (bertukar dari DUN Tronoh - belum disahkan) P 067 - Kuala Kangsar - Drs Khalil Idham Lim (bertukar dari DUN Titi Serong) P 068 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP - penyandang) P 069 - Parit - Mohamad Ismi Muhamad Taib (PAS) P 070 - Kampar - (DAP - belum diperolehi) P 071 - Gopeng - Dr Lee Boon Chye (KEADILAN - penyandang) P 072 - Tapah - Kapt (B) M R Summugam (KEADILAN - belum diumumkan) P 073 - Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayyub (KEADILAN) P 074 - Lumut - Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid (PAS - menggunakan lambang KEADILAN) P 075 - Bagan Datoh - Madzi Hassan (KEADILAN) P 076 - Teluk Intan - M Manogaran (DAP - penyandang) P 077 - Tanjong Malim - Tan Yee Kew (KEADILAN)

Pahang Darul Makmur (14 kerusi)

P 078 - Cameron Highlands - (KEADILAN - belum diperolehi) P 079 - Lipis - (PAS - belum diperolehi) P 080 - Raub - Mohd Ariff Sabri Abd Aziz (DAP) P 081 - Jerantut - (PAS - belum diperolehi) P 082 - Indera Mahkota - Fauzi Abdul Rahman (KEADILAN) P 083 - Kuantan - Fuziah Salleh (KEADILAN - penyandang) P 084 - Paya Besar - Murni Hidayah Anuar (KEADILAN) P 085 - Pekan - Fariz Musa (KEADILAN) bertembung dengan Mohamad Bukhairy Sofian (GM13) P 086 - Maran - (PAS - belum diperolehi) P 087 - Kuala Krau - (KEADILAN - belum diperolehi) P 088 - Temerloh - Nasrudin Hassan (PAS) P 089 - Bentong - Wong Tack (DAP) P 090 - Bera - Zakaria Abdulhamid (KEADILAN) P 091 - Rompin - (PAS - belum diperolehi)

Selangor Darul Ehsan (26 kerusi)

P 092 - Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari (KEADILAN) P 093 - Sungai Besar - (PAS - belum diperolehi) P 094 - Hulu Selangor - Khalid Jaafar (KEADILAN - belum diumumkan) P 095 - Tanjong Karang - (PAS - belum diperolehi) P 096 - Kuala Selangor - Dr Dzulkefly Ahmad (PAS - penyandang) P 097 - Selayang - William Leong Jee Ken (KEADILAN - penyandang) P 098 - Gombak - Azmin Ali (KEADILAN - penyandang) P 099 - Ampang - Zuraida Kamaruddin (KEADILAN - penyandang) P 100 - Pandan - Rafizi Ramli (KEADILAN) P 101 - Hulu Langat - (PAS - belum diperolehi) P 102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP - penyandang) P 103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP - penyandang) P 104 - Kelana Jaya - Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN - bertukar dari DUN Sri Setia - belum disahkan) P 105 - Petaling Jaya Selatan - Hee Loy Sian (KEADILAN - penyandang) P 106 - Petaling Jaya Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP - penyandang) P 107 - Subang - Sivarasa Rasiah (KEADILAN - penyandang) P 108 - Shah Alam - Khalid Samad (PAS - penyandang) P 109 - Kapar - (KEADILAN - belum diperolehi) P 110 - Klang - Charles Anthony Santiago (DAP - penyandang) P 111 - Kota Raja - Dr Siti Mariah Mahmud (PAS - penyandang) P 112 - Kuala Langat - (KEADILAN - belum diperolehi) P 113 - Sepang - (PAS - belum diperolehi)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (13 kerusi)

P 114 - Kepong - (DAP - belum diperolehi) P 115 - Batu - Tian Chua (KEADILAN - penyandang) P 116 - Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (KEADILAN) P 117 - Segambut - Lim Lip Eng (DAP - penyandang) P 118 - Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (KEADILAN) P 119 - Titiwangsa - Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (PAS) P 120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun (DAP - penyandang) P 121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (KEADILAN - penyandang) P 122 - Seputeh - Ong Kian Ming (DAP - belum disahkan) P 123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP - penyandang) P 124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (KEADILAN - penyandang) P 125 - Putrajaya - Husam Musa (PAS - kekal bertanding di DUN Salor) P 166 - Labuan - Ibrahim Menudin (KEADILAN) atau Hadnan Mohamad (PAS) - masih menunggu keputusan rasmi

Negeri Sembilan Darul Khusus (8 kerusi)

P 126 - Jelebu - (PAS - belum diperolehi) P 127 - Jempol - Wan Aishah Wan Ariffin (PAS) P 128 - Seremban - Teo Kok Seong (DAP - bertukar dari DUN Bahau) P 129 - Kuala Pilah - Nazeri Yunus (KEADILAN - belum disahkan) P 130 - Rasah - Anthony Loke Siew Fook (DAP - penyandang) P 131 - Rembau - (KEADILAN - belum diperolehi) P 132 - Telok Kemang - Kamarul Baharin Abbas (KEADILAN - penyandang - belum disahkan) P 133 - Tampin - (PAS - belum diperolehi)

Melaka Darul Azim (6 kerusi)

P 134 - Masjid Tanah - (PAS - belum diperolehi) P 135 - Alor Gajah - (DAP - belum diperolehi) P 136 - Tangga Batu - Rahim Ali (KEADILAN) P 137 - Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin (KEADILAN) P 138 - Kota Melaka - Sim Tong Him (DAP - penyandang) P 139 - Jasin - (KEADILAN - belum diperolehi)

Johor Darul Takzim (26 kerusi)

P 140 - Segamat - Dr Chua Jui Meng (KEADILAN) P 141 - Sekijang - Julailey Jemadi (KEADILAN) P 142 - Labis - (DAP - belum diperolehi) P 143 - Pagoh - (PAS - belum diperolehi) P 144 - Ledang - Hassan Karim (KEADILAN) P 145 - Bakri - Er Teck Hwa (DAP - penyandang) P 146 - Muar - Nor Hizwan Ahmad (KEADILAN) P 147 - Parit Sulong - Khairuddin Abd Rahim (PAS - belum disahkan) P 148 - Ayer Hitam - Hu Pang Chaw (PAS - belum diumumkan) P 149 - Sri Gading - Mohd Khuzzan Abu Bakar (KEADILAN) P 150 - Batu Pahat - Dr Idris Jauzi (KEADILAN) P 151 - Simpang Renggam - Suhaizan Kaiyat (PAS) P 152 - Kluang - Liew Chin Tong (DAP - bertukar dari parlimen Bukit Bendera) P 153 - Sembrong - Onn Abu Bakar (KEADILAN) P 154 - Mersing - Shahar Abdullah (PAS - belum diumumkan) P 155 - Tenggara - Salleh Farmin (PAS - belum diumumkan) P 156 - Kota Tinggi - Onn Jaafar (PAS - belum diumumkan) P 157 - Pengerang - Anis Afida Mohd Azli (PAS - belum disahkan) P 158 - Tebrau - Steven Choong Siow (KEADILAN) P 159 - Pasir Gudang - Dr Ahmad Faidi Saidi (KEADILAN) P 160 - Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein (KEADILAN) P 161 - Pulai - Salahuddin Ayub (PAS - bertukar dari parlimen Kubang Kerian) P 162 - Gelang Patah - Lim Kit Siang (DAP - bertukar dari parlimen Ipoh Timur) P 163 - Kulai - Yeo Tung Siong (DAP - belum disahkan) P 164 - Pontian - Dayangku Intan Tengku Abd Hamid (KEADILAN - belum disahkan) P 165 - Tanjong Piai - Mahdzir Ibrahim (DAP)

Sabah Negeri Di Bawah Bayu (25 kerusi)

P 167 - Kudat - Musalim Tanjul atau Chong Kah Kiat (KEADILAN) P 168 - Kota Marudu - Anthony Mandiau atau Maijol Mahap (KEADILAN) P 169 - Kota Belud - Saidil Simoi atau Munirah Majilis (KEADILAN) P 170 - Tuaran - Ansari Abdullah atau Wilfred Bumburing (APS-KEADILAN - penyandang, keluar BN) P 171 - Sepanggar - Dr Chong Eng Leong (KEADILAN - belum diumumkan) P 172 - Kota Kinabalu - Dr Hiew King Chiew (DAP - penyandang) P 173 - Putatan - Mazhry Nasir atau Yahya Lampong (KEADILAN - belum disahkan) P 174 - Penampang - Darell Leiking (KEADILAN - belum disahkan) P 175 - Papar - (KEADILAN - belum diperolehi) P 176 - Kimanis - Jaafar Ismail (KEADILAN - belum disahkan) P 177 - Beaufort - Lajim Ukin (PPPS-KEADILAN - penyandang, keluar BN) P 178 - Sipitang - Ramli Dua (KEADILAN - belum disahkan) P 179 - Ranau - Jonathan Yassin (KEADILAN) P 180 - Keningau - Ahmadshah Tambakau (KEADILAN - belum disahkan) P 181 - Tenom - Adris Taripin (KEADILAN - belum disahkan) P 182 - Pensiangan - Dr Richard Gunting (KEADILAN - belum disahkan) P 183 - Beluran - James Miki (KEADILAN - belum disahkan) P 184 - Libaran - Ahmad Thamrin Jaini (KEADILAN - belum disahkan) P 185 - Batu Sapi - (KEADILAN - belum diperolehi) P 186 - Sandakan - Steven Wong Chai You (DAP - belum disahkan) P 187 - Kinabatangan - (KEADILAN - belum diperolehi) P 188 - Silam - (KEADILAN - belum diperolehi) P 189 - Semporna - Dr Zamree Abi (KEADILAN - belum disahkan) P 190 - Tawau - Chan Foong Hin (DAP - belum disahkan) atau Kong Hong Ming (KEADILAN - belum disahkan) P 191 - Kalabakan - Aminuddin Aling (PAS - belum disahkan)

Sarawak Bumi Kenyalang (31 kerusi)

P 192 - Mas Gading - (KEADILAN - belum diperolehi) P 193 - Santubong - (KEADILAN - belum diperolehi) P 194 - Petra Jaya - (KEADILAN - belum diperolehi) P 195 - Bandar Kuching - Chong Chein Jen (DAP - penyandang, juga penyandang DUN Kota Sentosa) P 196 - Stampin - Dr Tang Sie Hing (DAP) P 197 - Kota Samarahan - Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS) P 198 - Mambong - Willie Monggin (KEADILAN) P 199 - Serian - Edward Andrew Luak (DAP - belum disahkan) P 200 - Batang Sadong - Dr (H) Mohd Jolhi (PAS) P 201 - Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh (KEADILAN) P 202 - Sri Aman - Nicholas Mujah (KEADILAN) P 203 - Lubok Antu - Nicholas Bawing Anggat (KEADILAN) P 204 - Betong - Edison Tinggi (KEADILAN - belum diumumkan) P 205 - Saratok - Ali Biju (KEADILAN - juga penyandang DUN Krian) P 206 - Tanjong Manis - Jurina Mut (PAS) P 207 - Igan - Ajiji Fauzan (PAS) P 208 - Sarikei - Andrew Wong Lin Biu (DAP) P 209 - Julau - Andy Wong Hong Yu (KEADILAN) atau Ambrose Jabang Lamba (PAS) P 210 - Kanowit - Thomas Laja (KEADILAN) P 211 - Lanang - Alice Lau Kiong Yieng (DAP) P 212 - Sibu - Oscar Ling Chai Yew (DAP) P 213 - Mukah - atau Nani Sahari (PAS) P 214 - Selangau - Joshua Jabeng (KEADILAN) P 215 - Kapit - Ramli Malaka (DAP - belum disahkan) P 216 - Hulu Rajang - Abun Sui Anyit (KEADILAN) P 217 - Bintulu - John Brian Anthony (DAP - belum disahkan) P 218 - Sibuti - Mohamad Zaid @ Robby Tandang (PAS) P 219 - Miri - Lim Su Kien (DAP) P 220 - Baram - Ronald Engan (KEADILAN) P 221 - Limbang - Baru Bian (KEADILAN - juga penyandang DUN Ba'kelalan) P 222 - Lawas - Dr Bob Langup (DAP).

Sumber

Tuesday, 9 April 2013

#GE13 : Aku Janji BN - Relevenkah Tuduhan PR, BN Plagiat ??? #PRU13 #tolakPR #ManifestoBN


Respons awal pihak Pakatan Rakyat terhadap pembentangan komitmen Aku Janji Barisan Nasional, manifesto mendepani PRU-13 adalah menuduh komitmen BN menciplak dan meniru Manifesto mereka. Malahan, Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah menyatakan BN telah melakukan satu tindakan plagiarisme.

1) Tawaran Aku Janji BN adalah berdasarkan isu kepentingan rakyat. Persoalannya, siapa kata isu-isu rakyat ini adalah hak eksklusif, hak milik terpelihara dan hak cipta Pakatan Rakyat? BN menjalankan kajian terperinci terutama sepanjang Jelajah Janji Ditepati untuk mendasari isu-isu rakyat. Tidak semena-mena, apabila Aku Janji BN mengutarakan isu yang hampir serupa, dituduh plagiat.

Fundamental demokrasi pilihanraya adalah memperjuangkan isu rakyat. Tiada istilah plagiarisme dalam perjuangan mendahulukan rakyat.

2) Kita akui ada beberapa isu yang serupa terkandung dalam dokumen ini. Namun, untuk dituduh plagiat adalah tidak berasas kerana isu kepentingan rakyat ada yang serupa tetapi mekanisme serta kapisiti pelaksanaan tentunya tidak sama. Malahan, jika diamati dan dibuat perbandingan, Aku Janji BN lebih berfokus terhadap kemampuan untuk melaksanakan apa-apa yang dijanjikan.

Method mekanisme dan kapasiti yang nyata berbeza ini, di mana relevannya PR menuduh satu penciplakan?

3) Aku Janji BN ditelaah dan diteliti oleh sekelompok pemikir pakar mengikut pengkhususan skop. Disebabkan itu, dalam setiap skop yakni 17 komitmen induk disertakan tawaran janji yang akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun mendatang. Turut disertakan adalah 'status quo' dan mekanisme sedia ada yang membolehkan unjuran janji-janji tersebut ditawarkan.

Berbeza dengan PR, dokumen mereka hanya melambakkan 'janji-janji' tanpa menyatakan unjuran semasa membolehkan tawaran tersebut dicadangkan. Malahan, kebanyakan mekanisme adalah tidak jelas seperti melaksanakan pendidikan percuma kerana ada peruntukan RM80billion untuk Projek MRT?

‘Status quo’, kapasiti dan mekanisme yang dijelaskan dalam Aku Janji BN semestinya menjauhkan jurang keyakinan rakyat kepada dokumen Manifesto PR. Di sini, apakah yang ditiru oleh Aku Janji BN? Sebaliknya, PR yang 'tiru', ambil bajet projek BN untuk dijadikan modal melaksana 'janji khayalan' mereka.

4) Awal-awal lagi YAB Pengerusi BN sudah memaklumkan bahawa BN hanya akan memaklumkan tawaran janji PRU-13 BN selepas Dewan Rakyat dibubar. Logiknya, apakah asasnya apabila ada pihak lebih awal mengumumkan janji mereka kepada khalayak boleh menuduh satu pihak yang memilih masa sesuai dan tepat untuk mengutarakan janji mereka sebagai telah menciplak, meniru dan memplagiat mereka?

5) Tentang isu turun harga kereta, BN komited ini boleh dilaksana kerana kejayaan rundingan di peringkat AFTA dan FTA. Hakikatnya, harga kereta sudah mulai turun 3%-5% sejak awal 2012. Duti import kereta dari Jepun dan Australia diturunkan dari 15% dan 13.6% sehingga 0% pada tahun 2016.

Malahan, harga kereta RM25,000 sebaimana yang dijanjikan PR, sebenarnya sudah ada dalam pasaran. Rakyat boleh mendapatkan Perodua Viva pada harga tersebut. Andai digunakan method PR, penghapusan cukai eksais dan lelongan AP lebih membawa mudarat kepada ekonomi.

6) Seperkara lagi, Aku Janji BN menawarkan komitmen menyemak Dasar Automatif Nasional untuk menurunkan harga kereta dan meningkatkan daya saing kereta nasional. Aspek peningkatan daya saing kereta nasional langsung tidak dinyatakan dalam dokumen Manifesto PR.

Kerajaan BN insaf terhadap bebanan hutang ditanggung rakyat jika harga kereta tinggi, namun dalam masa yang sama, kita wajar mempertimbangkan survival kereta nasional. Pemfokusan serampang dua mata ini tidak pun dibuat PR, apakah kewajaran dituduhnya BN meniru?

7) Isu Rumah Mampu Milik- BN janjikan sebanyak 1 juta Rumah Mampu Milik boleh dibina atas kerjasama sektor awam dan swasta serta PR1MA. Malah memastikan harga PR1MA 20% murah dari harga pasaran. Ini boleh dicapai kerana pelaksanaan PR1MA sudah pun bermula. PR sekadar menjanjikan 150,000 buah rumah sahaja tanpa penghuraian lanjut berkenaan mekanismenya.

8) Laporan Audit Negara merekodkan tiada Rumah Mampu Milik dibina di Kedah, kondomium mewah mencecah RM700ribu banyak dibina di P.Pinang dan isu kondomium mewah yg dikatakan bakal mengutamakan warga luar di Datum Jelatek, Selangor. Jika itu 'track record'nya, secara jujur, Aku Janji BN lebih meyakinkan dan tiada unsur penciplakan.

Analoginya, nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Restoran PR lebih awal memperkenal menu ‘Nasi Rakyat’ dan Restoran BN turut memperkenal menu ‘Nasi Impian Rakyat’. Dalam konteks ini, wajarkah dituduh ada peniruan mahupun plagiarisme? Kerana rujinya memang serupa, membezakan adalah kemahiran memasak dan kepelbagaian perisa dan resipinya berjaya diadun sebati.

Mudahnya, pimpinan PR sudah kekeringan modal dan berada dalam situasi panik kerana ramai pihak mengangkat dokumen Aku Janji, Manifesto BN PRU-13 sebagai holistik dan realistik terutama dalam mendahulukan rakyat.

Benar, kita tidak mengangkat roh reformasi sebaliknya BN tekad menjunjung jiwa transformasi demi rakyat 1Malaysia. Saf BN percaya harapan rakyat bukan suatu mimpi tetapi jalan menjadikan impian suatu realiti.

Rakyat Didahulukan- Menepati Janji,Membawa Harapan

BN Pilihan Rakyat 1Malaysia

#PRU13 : Hancuss Sokongan Di Sabah, Anwar Beralih Johor & Perak !!! #tolakPR #vote4BN

Usaha Anwar untuk ke Putrajaya dengan memenangi lebih 18 kerusi di Sabah musnah apabila satu pertemuan perpaduan yang dikenali sebagai TATABA oleh beberapa para pemimpin besar Kadazan-Dusun-Murut telah diadakan baru-baru ini. Tataba boleh ditafsir sebagai sesuatu yang penting yang harus dan akan diwarisi turun-temurun oleh kaum keluarga sebagai tanda pelindung,wasiat penting ataupun perkara yang akan memberi semangat atau kuasa sakti kepada pemegangnya.

Oleh sebab itu,pertemuan yang turut dihadiri “Huguon Siou” (pemimpin agung) Kadazan,Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan,Tan Sri Benard Dompok, dan Tan Sri Joseph Kurup telah meresahkan Anwar yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurut sumber dalaman,mereka telah bersepakat untuk menyokong Barisan Nasional dan Datuk Seri Najib dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.Usaha yang dibuat oleh pimpinan parti Kadazan-Dusun-Murut (KDM) mengadakan pertemuan PERPADUAN (TATABA) baru-baru ini telah membuatkan PKR di Sabah hampir lumpuh kini kerana ketiga-tiga pemimpin ini sangat berpengaruh dan sering kali menjadi panduan kaum kadazan-dusun dan murut dalam membuat keputusan memilih parti.

Anwar dapat merasakan harapan PR menakluk Sabah semakin kabur apabila 3 parti (PBS,PBRS dan UPKO) bergerak di atas Gelombang TATABA.Walaupun Anwar yang kononnya sudah mendapat gelaran Huguan Siou yang dianugerahkan oleh ahli parti PKR sendiri, beliau masih gagal untuk menawan Sabah. 

Tapi seperti biasa Anwar dengan muka tak malu dengan bangga dipentas-pentas ceramah beliau mengatakan PR akan rampas Sabah.Dalam keghairahan pembangkang mahu menawan Putrajaya, mereka telah tersilap langkah apabila pemimpin mereka tanpa rasa belas kasihan menghina pasukan keselamatan yang berkawal di Lahad Datu. Insiden Lahad Datu ini telah menyebabkan sokongan penduduk Sabah makin berkurangan.1 Malaysia sudah tahu Anwar Ibrahim adalah petualang Lahad Datu.

Anwar ingat apabila dia berpakat dengan Misuari dan Kiram untuk “attack”Sabah,orang akan marah kerajaan.Tapi malangnya apa yang telah dirancang tidak seperti yang dharapkan,malah strategi untuk menghancurkan Sabah terbongkar.Anwar selalu menyatakan “ini kali tukarlah” apabila berada di Sabah.Beliau begitu yakin untuk menawan Sabah.Jawapan kita untuk Anwar – #Lainkalilah.Sekarang sudah terbongkar konspirasi ini.“mahu sokong ini Anwar lagi, bah ???” #Lainkalilah.

Tak hairanlah Anwar sekarang tumpukan pada Johor dan Perak pulak! Tapi apa guna Anwar lari ke Perak jika gagal mengukuhkan semula imej kepimpinan PKR di Perak yang selama ini lemah, bercelaru dan tidak menonjol. 

Menyedari beliau tidak akan mampu untuk menangkis gejala lompat parti yang serius di negeri tersebut sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR pada awal 2009,beliau telah menarik handbreak dengan mengumumkan akan terus kekal bertanding di Permatang Pauh.

Anwar sedar,selain daripada isu tersebut,terdapat pelbagai perkara lagi yang akan meletakkan dirinya berada dalam keadaan berisiko untuk mempertaruhkan nasib untuk mengaut undi Melayu di Perak.Kontroversi peribadi,prestasi negeri-negeri PR dan dominasi Cina dalam kerjasama Pakatan Haram akan terus menjadi igauan Anwar yang akan mengikuti sepanjang pilihan raya akan datang.- Sumber

Monday, 8 April 2013

#PRU13 : Turun Harga Kereta, Siapa Tiru Siapa Sebenarnya ??? #GE13 #ManifestoBN #tolakPR


Tika ini heboh di kalangan beberapa kerat pemimpin penyokong PR khususnya dari PKR yang sibuk memperkatakan dakwaan bahawa Manifesto BN bertemakan “Menepati Janji Membawa Harapan” telah meniru idea dari Manifesto PR.

Salah satu inti pati Manifesto BN yang dikatakan ditiru dari Manifesto PR ialah mengenai janji penurunan 20% hingga 30% harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Untuk mengetahui hakikat siapa yang meniru siapa, kita perlu mengimbas kembali tahun-tahun sebelumnya kerana ia kaedah terbaik untuk mencari kebenaran.

Pada 22 Mac 2006, Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memperkenalkan Dasar Automatif Negara (DAN) selepas rangka pelan mengenainya diumumkan seawal 19 Oktober 2005.

Antara tujuan utama kewujudan DAN 2006 ialah mengurangkan cukai terhadap kereta-kereta import yang enjinnya di bawah 1,800cc selanjutnya meningkatkan daya saing pasaran bagi syarikat tempatan dan antarabangsa.

Kesan awal perlaksanaan dasar itu menurut analisis oleh OSK Research tika itu menyaksikan harga kereta buatan nasional telah mengalami penurunan antara RM353 hingga RM385.

Sementara kereta import jenama luar yang dipasang di negara ASEAN seperti Honda City, Nissan Sentra dan Toyota Altis pula penjimatan yang diperolehi ialah sekitar RM1,900 hingga RM4,000.

Untuk menghindari kesan buruk dasar ini kepada syarikat penjual kereta terpakai (secondhand), maka melalui DAN 2009 yang diumumkan pada 28 Oktober 2009 pula diperkenalkan Pewartaan Harga Kereta Import Terpakai bagi menangani pengisytiharan bawah harga.

Dengan langkah penambahbaikan itu, para pengusaha kereta terpakai boleh bernafas lega dan risiko perniagaan mereka rosak atau muflis dapat dikurangkan.

Contoh mudah untuk mengetahui impak positif dari DAN 2006 diikuti DAN 2009 ialah bila saat ini kita sudah dapat membeli kereta baru (VIVA 660) pada harga RM24,912.15 yang mana pada tahun 2009 harganya adalah RM28,800.00.

Pada tahun 2004, kita hanya mampu bergaya dengan kereta Kancil 660 yang harganya tika itu ialah RM25,846.00 namun dengan harga yang hampir sama pada tahun 2011 hingga sekarang kita boleh memiliki model kereta yang sedikit besar dan selesa.

Sedangkan PKR melalui Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli hanya mula bercakap mahu menurunkan harga kereta pada pertengahan 2012, lewat 6 tahun dari DAN 2006 yang diperkenalkan oleh Kerajaan BN.

Malah janji PR melalui manifestonya untuk meliberalisasikan harga kereta supaya sebuah kereta dapat dijual pada harga serendah RM25,000 sebenarnya sudah lama dicapai semenjak tahun 2004 lagi, tapi baru sekarang PR sibuk memperkatakannya.

Berdasarkan beberapa ringkasan fakta di atas, patutnya kita dah tahu siapa yang meniru siapa.

Apa pun tak usahlah pelik dengan sikap lembik dan lembap Rafizi Ramli dan PKR, tak berapa lama dulu pun mereka sibuk mendakwa BN mencedok idea mereka dalam hal pemberian permit individu untuk pemandu teksi, padahal sebenarnya BN sudah mula membincangkan isu permit teksi individu semenjak 1999 lagi.

Yang penting, dalam hal menikmati harga yang lebih rendah untuk apa sahaja model kereta, ia tidak semudah diperkatakan. Banyak perkara perlu dihalusi supaya ia tidak memberi impak negatif pada ekonomi negara.

BN telah berusaha semenjak 2005 lagi ke arah itu. Semua penjimatan ini tidak berlaku secara mendadak, ia berdikit-dikit yang pentingnya setiap dasar dan penambahbaikan yang dilakukan oleh Kerajaan BN mengambil kira kepentingan semua pihak.

Petikan: MyKMU.Net

#GE13 : Taktik PR Guna Dakwat Kekal Dibongkar !!! #tolakPR #vote4BN #ManifestoBN


Malaysia bukanlah negara yang sempurna,tetapi tidak keterlaluan dikatakan bahawa tidak ada apa yang terlalu signifikan yang perlu diperjuangkan di negara ini melainkan perjuangan untuk memperkasakan jati diri rakyatnya.Secara dasarnya,negara ini sudah cukup lengkap bagi membolehkan ia berfungsi dengan aman,stabil,makmur dan sejahtera.

Apa yang perlu hanyalah penambahbaikan sahaja dan bukannya perubahan drastik.Kedudukan negara yang ‘lengkap’ inilah yang menyukarkan pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan iaitu dari segi mencari isu yang cukup penting untuk dijuarai.

Justeru,mahu tidak mahu mereka terpaksa memfitnah,mencipta isu atau menimbulkan isu daripada sesuatu yang bukan isu,untuk diperjuangkan.Oleh kerana isu yang ditimbulkan bukanlah isu yang ‘genuine’,maka ia selalunya membawa akibat yang buruk atau merugikan sahaja. Contohnya, isu ISA dan isu dakwat kekal dalam pilihanraya.

Sedangkan,kedua-dua isu ini bukanlah satu isu,buktinya ia tidak pernah menjadi masalah kepada negara dan rakyat selama ini.Malah negara terus tumbuh dan berkembang maju dengan amalan demokrasi yang cemerlang,serta sentiasa aman dan stabil sama ada dengan kewujudan ISA mahupun tanpa penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya.Oleh itu,sejak dari awal lagi kita meragui desakan pembangkang yang ingin sangat menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya.

Sedangkan sistem itu adalah ‘primitif’,terdedah kepada berbagai cara manipulasi dan tidak effisien.Hairan sekali kita apabila pembangkang bermati-matian memperjuangkannya sambil menolak sistem biometrik yang lebih canggih dan ‘reliable’.Malang sekali apabila desakan pembangkang ini telah tidak dikekang dengan hujah yang tegas.

Bagaikan tidak mampu menahan asakan maka akhirnya sistem dakwat kekal pun diluluskan walaupun semua pihak cukup sedar akan kelemahan sistem tersebut.Kini,apabila pilihanraya menjelang tiba,muncullah beberapa pihak yang mendedahkan taktik kotor pembangkang berkaitan dakwat kekal.Sedangkan semua taktik itu telah pun dijangka sedari mula lagi dan boleh dielakkan. 

Bekas orang kuat Anwar,iaitu Datuk Zulkifli Noordin telah menyebarkan maklumat tentang bagaimana dakwat kekal akan dimanipulasi pembangkang ketika pengundian berjalan.Menurut beliau,antara cara manipulasinya adalah dengan terlebih dahulu mewarnakan tangan pengundi yang terpilih sebelum ke pusat pengundian.

Apabila disekat,pengundi tersebut akan memberitahu bahawa ‘ada pihak UMNO yang memaksa mereka mewarnakan tangan jari terlebih dahulu sebelum tiba,bagi menghalang mereka mengundi’. Dari situ,‘orang-orang mereka’ yang telah bersedia di situ akan mencetuskan kekecohan dan menuduh SPR tidak telus.

Sekiranya,pengundi tersebut tidak disekat dan pihak pemantau mengesahkan yang dakwat tersebut bukan dakwat yang digunakan oleh SPR, dan nama mereka masih belum dipotong, maka ‘orang-orang mereka’ yang telah bersedia di situ, tetap akan memulakan kekecohan dan menuduh SPR tidak telus juga.Objektifnya satu sahaja iaitu menuduh SPR tidak telus serta menimbulkan huru-hara sehingga keputusan pilihanraya tidak ditolak. 

Apa yang PR terlepas pandang ialah,tidak logik jika menuduh SPR atau UMNO/BN/Kerajaan yang memanipulasi dakwat kekal kerana terbukti sejak dari mula lagi SPR,UMNO,BN atau Kerajaan begitu keberatan untuk menggunakan sistem itu.Tentulah lebih logik jika pihak yang mendesak penggunaan sistem itu,iaitu PR sendiri,yang sebenarnya mempunyai perancangan awal untuk memanipulasinya. 

Rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh seperti penyokong PR yang sanggup menelan apa saja yang disumbat ke minda mereka.Majoriti rakyat Malaysia mampu menggunakan logik akal dalam menilai sesuatu isu atau kejadian. Buktinya, Malaysia kekal aman di bawah pemerintahan BN selama lebih separuh abad. 

Lagipun,bukan sekali PR berbuat silap sebegini.Sebelum insiden Lahad Datu,PR juga yang begitu sibuk sekali membangkitkan soal ‘Sabah nak hilang’.Begitu juga sebelum demo BERSIH bertukar ganas,PR juga yang sibuk membangkitkan soal keganasan polis.Taktik yang sama digunakan dalam isu dakwat kekal ini,iaitu menuduh ia bakal dimanipulasi BN,di mana PR sendiri yang akan memanipulasinya.Untuk pengetahuan PR,taktik itu sudah tidak laku kerana rakyat sudah kenal siapa mereka.

Sebuah perjuangan tanpa asas,tanpa isu yang ‘solid’,‘valid’ atau ‘genuine’ memanglah sukar untuk diteruskan.Fitnah dan penipuan perlu sering diperbaharui di mana akhirnya pasti memakan diri.Walaupun taktik ini telah terbongkar,jangan kita sekali-kali menyangka yang PR tidak akan meneruskannya.Percayalah yang mereka tetap akan mencubanya kerana mereka tahu ada di kalangan penyokong mereka dan rakyat Malaysia yang tidak mendapat maklumat mengenainya serta bakal percaya kepada apa saja pembohongan mereka.

Kesimpulannya,PR benar-benar bergantung kepada undi dari golongan yang buta tuli dan yang tidak mendapat maklumat untuk menang dalam PRU kali ini.Justeru,andainya BN dapat memastikan semua rakyat mendapat maklumat yang tepat, maka yang tinggal menyokong PR tentulah di kalangan buta tuli sahaja.Apapun,semua pihak harus berjaga-jaga bagi memastikan taktik kotor PR tidak menjadi pada hari pengundian nanti.Kamera,CCTV,pemerhati dan pemantau wajar diletakkan sebanyak mungkin bagi memastikan PRU-13 berjalan lancar,bersih dan adil sepertimana biasa.

Sunday, 7 April 2013

#GE13 : Kepada Yang Belum Ketahui , Jumlah Kerusi Parlinen Dan DUN #PRU13 #Vote4BN # ManifestoBN


Mari Mengundi...

Jumlah kerusi Parlimen dan DUN yang akan dipertandingkan pada Pilihanraya umum tahun 2013 (PRU 13) di Malaysia.

Dibawah adalah gambaran dan fakta sebenar mengenai jumlah kerusi Parlimen (P) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan pada PRU 13 mengikut negeri.

Jumlah Parlimen Dan DUN PRU 13

Perlis, 3 (P) 15 (DUN)

Kedah, 15 (P) 36 (DUN)

Pulau Pinang, 13 (P) 40 (DUN)

Perak, 24 (P) 59 (DUN)

Selangor, 22 (P) 56 (DUN)

Kuala Lumpur, 11 (P)

Putrajaya, 1 (P)

Labuan, 1 (P)

Negeri Sembilan, 8 (P) 36 (DUN)

Melaka, 6 (P) 28 (DUN)

Johor, 26 (P) 56 (DUN)

Pahang, 14 (P) 42 (DUN)

Terengganu, 8 (P) 32 (DUN)

Kelantan, 14 (P) 45 (DUN)

Sarawak, 31 (P) 71 (DUN)

Sabah, 25 (P) 60 (DUN)

Jumlah: 222 kerusi Parlimen, 576 DUN

Saturday, 6 April 2013

#ManifestoBukanJanji : Rumusan Dan Dapatan Keseluruhan 'Kosong' Pakatan Pembangkang #tolakPR #GE13



1. Setelah dikaji dan diteliti Manifesto 'karut' ini, telah didapati beberapa perkara menarik yang boleh dikupas dan dijelaskan.

2. Salah satu daripadanya adalah manifesto ini tidak mempunyai data yang kukuh. Ini adalah kerana mereka yang merangka manifesto ini tidak mempunyai pengalaman berkhidmat dengan kerajaan.

3. Maka mereka sebenarnya tidak ada akses kepada agensi-agensi Kerajaan yang senantiasa mendapatkan maklum balas daripada rakyat tentang kemahuan rakyat itu sendiri.

4. Dengan mengeluarkan satu manifesto yang meletakkan perkataan rakyat retorik semata-mata kerana bukanlah ini sebenarnya keperluan rakyat.

5. Kerajaan dari satu segi boleh menimbangkan antara keperluan rakyat dan kehendak rakyat. Ini adalah satu dilema yang perlu kerajaan tanggung. Apa tidaknya, keperluan itu tidak semestinya kehendak, tetapi keperluan itulah yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

6. Dengan megeluarkan manifesto yang menjanjikan perkara-perkara karut, maka mereka sendiri telah memper'bodoh'kan beribu-ribu kakitangan awam yang sentiasa bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

7. Manifesto ini juga memper'bodoh'kan ratusan pakar-pakar ekonomi, sosial dan pembangunan yang juga berusaha bersama-sama kakitangan kerajaan untuk menghasilkan suatu pelan pembangunan negara dengan menyatakan hasil daripada 13 orang ini sahaja lebih baik daripada ratusan pakar yang lain.

8. Gunakan Hak Untuk berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

9. Baca, fahami dan teliti Rumusan daripada Manifesto Karut Pakatan Pembangkang ini.






















































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive