Wednesday 24 April 2013

#GE13 : Blogger Sebar 'Mengundi Awal' Diburu Polis Malaysia,#tolakPR #Vote4BN

Kuala Lumpur, 24 April - Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak diarah mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) semalam seperti yang didakwa beberapa blogger, kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yoosuf hari ini.

Justeru, katanya polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebar dakwaan itu mengikut Seksyen 233 (1(a)) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Menggambarkan bahawa polis diarah untuk mengundi awal pada semalam (23 April) adalah sesuatu yang mengelirukan dan salah fakta," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang membuat spekulasi mengenai undi pos yang telah disalah tafsir sebagai undi awal boleh dikategori sebagai memberi maklumat salah.

Dalam pada itu, Ramli berkata Bukit Aman telah menerima 245 laporan polis berhubung PRU13 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 632.

Beliau juga memberitahu bahawa 1,430 aktiviti membabitkan PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu ceramah (680), perjumpaan dan mesyuarat (219), kunjungan rumah ke rumah (44), kempen (199) dan lain-lain sebanyak 288.

"Jumlah tangkapan terkumpul sejak hari penamaan calon ialah 22 dengan tujuh tangkapan dibuat semalam termasuk dua di Perak dan lima di Negeri Sembilan melibatkan kesalahan pilihan raya," katanya.

Beliau turut mengingatkan calon supaya tidak berkempen di balai-balai polis seperti yang berlaku semalam.

"Balai polis bukanlah tempat untuk memperkenalkan diri kerana kami mempunyai banyak lagi urusan lain terutama untuk menguruskan hal-hal laporan mangsa-mangsa sesuatu kejadian," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive