Saturday 13 April 2013

#GE13 : Fitnahlah Apapun Penyokong Pas Tetap Sokong - Stopa Spender #tolakPR #Vote4BN

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.

Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam ini, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.  

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya.  

Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.  

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan video seks terbaru yang didakwa melibatkan pemimpin kanan parti itu.  

"Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai setiausaha agung kerana isu video ini.  

"Saya hidup lagi ni, (masih) setiausaha agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya.  

Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen. "

Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive