Friday 5 April 2013

#GE13 : Hancur !!! 2 Calon Di Jempol ,Mat Sabun Mahukan 'Janji Manismu' #tolakPR #Vote4BN



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aishah akan menjadi calon mewakili parti itu di Parlimen Jempol. Dipetik dari portal berita Antarapos pada Khamis, beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ mengumumkan perkara tersebut pada ceramah anjuran PAS Bukit Bintang di Gombak. 

Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin yang dipetik sebagai berkata, beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali ini. “Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding),” katanya kepada Antarapos.

Mat Sabu di Markas PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur macam comfirm, tapi kini muncul cerita lain, apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa telah diumumkan sebagai calon PAS di Parlimen tersebut.

Tapi ini lain pulak ceritanya...


Mat Sabun mahukan penyanyi Janji Manismu tetapi pesuruhjaya pas mengumunkan Mohd fairuz . Kah, kah, kah, terdapat dua calon yang telah diumumkan oleh kepimpinan parti itu, hanya dalam tempoh selang beberapa hari.

Ini kerana nama Mohd. Fairuz diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas II Negeri Sembilan, Abd. Rahman Ramli kepada media dalam satu program di Felda Raja Alias Empat Ahad lalu.

Mat Sabu juga hadir dalam majlis tersebut.

Bagaimanapun, malam tadi pula, nama Aisyah penyanyi lagu Janji Manismu pula diumumkan sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen yang sama.

Sementara itu, Mohd. Fairuz, iaitu calon pertama yang diumumkan oleh PAS sebagai calon kerusi Parlimen Jempol, ketika diminta mengulas perkembangan itu hanya menjawab "no comment" dan "tidak tahu apa-apa".

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive