Datuk Dali beramah mesra sambil menjamu selera bersama pengunjung pasar
Bangunan Pasar Cabang Tiga di Pengkalan Chepa akan dinaik taraf kepada dua tingkat bagi memberi keselesaan kepada hampir 100 peniaga di situ sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Calon Barisan Nasional kerusi Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin berkata, pasar tersebut telah dibuat pembaikan oleh Kerajaan Pusat pada tahun 2000, namun selepas itu tiada sebarang perubahan dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan Pas.
Calon Parlimen Pas juga hadir di Pasar Cabang 3 pada waktu yang sama
"Masalah longkang serta tempat yang kurang selesa akan dapat diatasi dan kami akan berikan yang terbaik untuk keselesaan peniaga dan pembeli di pasar ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Datuk Dali beramah mesra bersama peniaga
Kunjungan bagi mengeratkan hubungan antara rakyat dengan bakal pemimpin itu turut disertai oleh calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Wan Razman Wan Razak.
Calon Dun Chempaka Tok Gawa Man hadir sama
Nampak sangat kekeringan idea...itulah Pas....cerdik tak boleh nak ikut bodoh tak boleh nak diajar....
ReplyDeletewat gpo calon pas mri? poksdaro ambo tuh tok gawa man segak lg bergaya....teringat lawak2 dio.nakal sguh yo....
ReplyDelete