Friday, 5 April 2013

#GE13 : Terkini !!! Raja Drama Pertahan Permatang Pauh, Alasan Kak Wan Tak Izin #tolakPR #bacul

Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini akhirnya membuat keputusan akan kekal bertanding kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang.

Siang tadi, Anwar berkata, sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, dia akan memilih Permatang Pauh.

Beliau kini mengecilkan pilihannya kepada hanya dua kerusi.

Sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, beliau akan meletakkan Siti Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail di situ, kata Anwar.

Anwar berkata, jika bertanding di Perak, beliau harus menumpukan sepenuhnya di negeri itu dan tidak boleh lagi pusing seluruh negara pada waktu berkempen.

Katanya, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR juga tidak begitu setuju beliau bertanding di Perak dan lebih gemar beliau tetap tinggal di Permatang Pauh.


Terdahulu Raja Drama ingin beralih ke negeri lain....tetapi siapa yang tidak kenal dengan Raja Drama ni.....

Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat supaya memberikan beberapa jam lagi kepada beliau untuk menentukan sama ada kekal di Permatang Pauh di sini atau bertanding di Tambun, Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Terdapat pelbagai spekulasi mengenai kawasan yang akan ditandingi Anwar selepas beliau mengumumkan pada Rabu merancang akan beralih arah ke Perak.


PT
Ini semua lakonan Anwar untuk tarik simpati penjilatnya di Permatang Pauh . Sebelum ini penjilat-penjilat PKR sudah serahkan memorandum rayuan kepada anaknya agar pemimpin paling suci ni terus bertanding di parlimen ini. Ha ha ha paling suci dalam sejarah 
pemimpin negara sehingga sekarang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive