Wednesday 24 April 2013

#PRU13 : Jurukamera Meninggal Selepas Gaduh Di Gua Musang #tolakPR #BetterNation

Akibat pertengkaran berhubung isu politik yang berlarutan kepada pergaduhan kecil, seorang pemberita sambilan RTM Kelantan meninggal dunia akibat serangan jantung awal pagi tadi.

Mohamed Yaakob, 62 tahun meninggal dunia di rumahnya berhampiran markaz PAS di Bandar Gua Musang jam 2 pagi tadi.

Kejadian dipercayai bermula tengah malam tadi apabila Allahyarham Mohamed atau lebih mesra dipanggil Pok Mat bertengkar dipercayai dengan penyokong PAS.



Selepas pergaduhan berlaku, Allahyarham diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Kerinting, Gua Musang.

Al-Fatihah. Pergaduhan demi pergaduhan kerap kali berlaku di Kelantan khususnya menjelang pilihanraya. Baru-baru ini kes pukul dan tetak penyokong UMNO di Tanah Merah dan Bachok, kemudian kes imam muda PAS pukul penggawa UMNO di Pasir Puteh dan banyak lagi kes-kes lain.

Politik tidak matang seperti ini perlu ditolak, terutamanya bagi parti yang mengaku memperjuangkan Islam. Semoga kejadian seperti ini tidak lagi berlaku di negara kita yang mengalamkan politik matang.



Kalau dah berumur lepastu ada masalah jantung lepastu kena pukul. Fikir sendiri lah orang yang terlibat Orang yang mnyokong kejadian pukul...orang yang menafikn sebab dipukul...orang yang tak peduli sebab bukan dia sebagai anak,adik,kakak,bukan Melayu dan bukan muslim yang menyayangi saudara seagama...Allah sja yang tahu perasaan seorang isteri dan anak yang kehilangan....Al fatihah

MAKIN LAMA MAKIN TERUK AKU TENGOK PUAK-PUAK PEMBANGKANG NI MAKIN LAMA MAKIN KURANG HAJAR PERANGAI PUAK-PUAK NI MAKIN MELAMPAU !!!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive