Showing posts with label RTM. Show all posts
Showing posts with label RTM. Show all posts

Thursday, 12 September 2013

Betulkah RTM Mahu Jatuhkan Kredibiliti PDRM???

Aku pernah tanya seorang penjawat awam, kenapa sokong pembangkang, katanya, dia adalah badan perlaksana, polisi telah dibuat maka akhirnya penjawat awam yang akan melaksanakannya... Kalau kerajaan lemah bererti perlaksananya yang lemah...

Kalau kerajaan bagus, bererti perlaksananya juga bagus...Simple jawapannya! Bila aku ajukan kepada Penjawat Awam berstatus 'pembangkang', katanya kerajaan lain, UMNO lain tak sama... Perdana Menteri Lain, Presiden UMNO lain... Tapi, bila subsidi dikurangkan jawapannya, 'INI SEMUA KERJA UMNO'... Alahai!!! Tadi kata lain, sekarang kata lain...

Terkini!!! Berlaku di RTM, klip video dalam Berita Nasional RTM yang memaparkan isu OPS CANTAS telah menggunakan Logo PDRM yang SALAH... kelihatan jelas tertulis pada logo tersebut, 'POLIS RAJA DI MALAYSIA...

"Walhalnya yang benar adalah "POLIS DIRAJA MALAYSIA" Apa sudah jadi sama RTM???

Persoalan yang timbul, adakah MEDIA Kerajaan kini dimasuki oleh 'penjawat awam' pembangkang yang cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan kerajaan dari dalam melalui cara yang cukup memualkan ini...?

Apa pula Ketua Pengarah RTM buat?

Diakui, wujudnya orang-orang pembangkang di Institusi kerajaan, namun, dengan mensabotaj laporan aktiviti kerajaanseperti Ops Cantas atau mana-mana berita sekalipun apatah lagi isu menghapuskan Jenayah adalah sesuatu yang tak boleh diterima...

Pihak PDRM telah bekerja keras untuk hapuskan jenayah dan menjamin keselamatan rakyat dipermainkan sedemikian rupa...

Kita minta pihak RTM menjawab isu ini secara terbuka... Kalau betul ada cubaan mensabotaj, tindakan mesti diambil terhadap kakitangan berkenaan...

Dahlah gaji kerajaan bayar, tapi, buat kerja entah apa-apa. Orang macam nilah yang boleh memberi contoh buruk kepada Rakyat secara amnya...

Ingat!!! Duit yang dibayar kepada kita ada amanah dan tanggungjawab yang kita pikul!!! Dapat gaji buat cincai-cincai bagus berhenti kerja!!! 

Dicadangkan jika perkara ini adalah benar, siaasatan perlu dilakukan... Pihak RTM juga boleh membuat permohonan Maaf kepada PDRM diatas kesilapan ini... Betul atau Salah, Siasat tetap Siasat!!!

Sumber

PT
Tapi, yang hairan video Anwar dan Stopa Spender yang betul pun orang kata edit orang kata edit.... Jangan kita dibutakan mata dan hati oleh puak-puak Pakatan ini....Fikir-fikir dan renung-renungkanlah!!!

Wednesday, 24 April 2013

#PRU13 : Jurukamera Meninggal Selepas Gaduh Di Gua Musang #tolakPR #BetterNation

Akibat pertengkaran berhubung isu politik yang berlarutan kepada pergaduhan kecil, seorang pemberita sambilan RTM Kelantan meninggal dunia akibat serangan jantung awal pagi tadi.

Mohamed Yaakob, 62 tahun meninggal dunia di rumahnya berhampiran markaz PAS di Bandar Gua Musang jam 2 pagi tadi.

Kejadian dipercayai bermula tengah malam tadi apabila Allahyarham Mohamed atau lebih mesra dipanggil Pok Mat bertengkar dipercayai dengan penyokong PAS.



Selepas pergaduhan berlaku, Allahyarham diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Kerinting, Gua Musang.

Al-Fatihah. Pergaduhan demi pergaduhan kerap kali berlaku di Kelantan khususnya menjelang pilihanraya. Baru-baru ini kes pukul dan tetak penyokong UMNO di Tanah Merah dan Bachok, kemudian kes imam muda PAS pukul penggawa UMNO di Pasir Puteh dan banyak lagi kes-kes lain.

Politik tidak matang seperti ini perlu ditolak, terutamanya bagi parti yang mengaku memperjuangkan Islam. Semoga kejadian seperti ini tidak lagi berlaku di negara kita yang mengalamkan politik matang.



Kalau dah berumur lepastu ada masalah jantung lepastu kena pukul. Fikir sendiri lah orang yang terlibat Orang yang mnyokong kejadian pukul...orang yang menafikn sebab dipukul...orang yang tak peduli sebab bukan dia sebagai anak,adik,kakak,bukan Melayu dan bukan muslim yang menyayangi saudara seagama...Allah sja yang tahu perasaan seorang isteri dan anak yang kehilangan....Al fatihah

MAKIN LAMA MAKIN TERUK AKU TENGOK PUAK-PUAK PEMBANGKANG NI MAKIN LAMA MAKIN KURANG HAJAR PERANGAI PUAK-PUAK NI MAKIN MELAMPAU !!!


Thursday, 26 July 2012

VIDEO !!! SAYA TIADA KAITAN DENGAN ROSMAH MANSOR - FARID ISMETH


Akhirnya pembaca berita RTM, Farith Ismeth membuat pengakuan terbuka mengenai Datin Seri Rosmah Mansor.

Nampaknya akan adalah manusia-manusia di luar sana yang akan ‘menitiskan’ airmata bila mendengar pengakuan BERANI MATI si Farith ni.

Nak cerita banyak tak guna, layan jelah klip video di bawah….





Wednesday, 4 July 2012

BIAR BETUL !!! RTM DAN TV3 SABOTAJ ROSMAH MANSOR??


Oleh : ZZ

Apa sudah jadi dengan stesen tv di Malaysia??

Benarkah RTM dan TV3 cuba mensabotaj DS Rosmah Mansor??

Hari ini heboh diperkatakan tentang RTM Sahkan Rosmah PM Malaysia.. berdasarkan gambar di bawah.. ZZ tampil menulis disini untuk menerangkan keadaan sebenar..

Apa yang anda faham tentang gambar ini?

ZZ sendiri menonton Selamat Pagi 1Malaysia (SP1M) semalam.. TIADA ADA YANG SILAPNYA DENGAN STESEN TV MAJIKAN ZZ NI!!

Apa yang dipaparkan oleh RTM adalah SUPER nama program yang sedang diperkatakan oleh DS Rosmah iaitu:

EKSPRESI REMAJA BERSAMA PERDANA MENTERI
PADA 7 JULAI 2012
DI STADIUM NEGARA, KUALA LUMPUR

DS Rosmah bercakap selaku YDP Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang merupakan PENGANJUR program tersebut..

RTM tidak melakukan kesilapan sebaliknya.. Kesilapan berlaku di pihak orang yang cuba memutarbelitkan fakta atau sebenarnya dia melihat tetapi tidak mendengar..


Lihat pada bunting dlm gambar di atas..

Hari ini dikhabarkan TV3 juga telah menjemput DS Rosmah untuk bercakap topik yang sama.. lihat gambar di bawah..




Adakah gambar di atas juga bermaksud TV3 juga melakukan kesilapan sama iaitu TV3 Sahkan Rosmah PM??

Tentu sekali tidak..!!

ZZ ~ setia dengan RTM.. dulu, kini dan selamanya...
Sumber : RM22

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive