Wednesday 3 April 2013

#PRU13 : Bukan Islam Boleh Guna Kalimah Allah - OmeGay #TolakPR #Vote4BN # ManifestoBukanJanji

PETALING JAYA 3 April - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibenarkan, seperti dipersetujui parti-parti pembangkang pada 8 Januari lepas.

Malah beliau berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyiapkan draf berhubung perkara itu pada Januari lepas yang antara lain menyatakan orang Islam tidak boleh mempertikai kalimah Allah daripada digunakan orang bukan Islam dan mereka tidak boleh menghina kalimah itu.

"Seperti contoh apabila saya memaklumkan kepada Naib Presiden Parti, Tian Chua mengenai mesyuarat esok dan dijawab Tian Chua

"insya-Allah". Ini bukanlah satu yang menghina," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Ketetapan pakatan pembangkang itu bertentangan dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, yang memutuskan pada 2008 bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci bagi agama dan umat Islam.

Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lepas juga memutuskan keputusan yang sama. Isu itu timbul apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah itu dalam Bible versi Bahasa Melayu dalam perutusan Krismas tahun lepas.

Ekoran keputusan Majlis Syura Ulama Pas, ditambah dengan kecaman daripada mufti-mufti dan cendekiawan Islam, Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz, yang sebelum itu bersetuju dengan DAP akhirnya akur dan menarik balik kenyataan mereka.

Malah Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sebelum ini berkata, haram bagi umat Islam membuka ruang untuk orang bukan Islam mempersenda kebesaran Allah.

Mohamad Shukri berkata, Kelantan menguatkuasakan Seksyen 9 Bahagian 1 dan 2 Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) 1981 melarang perkataan dikaitkan dengan agama bukan Islam.

Katanya, kalimah Allahuakbar antara 10 kalimah yang dinyatakan dalam Seksyen 9 Bahagian 2 iaitu perbahasan (bahasa) yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Enakmen sama turut dikuatkuasakan di sembilan negeri iaitu Terengganu sejak 1980, manakala Kedah, Melaka, Perak dan Selangor sejak 1988, diikuti Pahang (1989), Negeri Sembilan dan Johor pada 1991. - BERNAMA

P/s
Tuan Guru Pak Sheikh Anuwar Al Juburi wal Pandikutti membenarkan di ulang tayang sekali lagi...

Membenarkan kalimah Allah diguna pakai oleh penganut agama lain tanpa ragu2!!! Hebat Bapak Omegay ni kelentong rakyat Malaysia.

1 comment:

  1. dalam AlQuran Allah menegaskan dalam surah Al-Ikhlas; "KATAKANLAH bahawa Allah itu Satu, Allah tempat bergantung. Tidak beranak dan diperanakkan...".

    Pada saya, jika saya mendengar kawan bukan Islam saya menyebut "InsyaAllah" atau "MasyaAllah" saya tak ada masaalah atau tidak kisah kerana saya yakin 'Allah' yang dia sebut adalah dimaksudkan kepada tuhan saya sebagai seorang Islam. Allah yang satu! sepertimana dalam surah AlIkhlas.

    Tapi jika dibenarkan bukan islam terutama orang kristian menggunakan kalimah Allah dalam kitab Injil mereka secara lazim, maka Allah yang mereka dimaksudkan adalah terjurus kepada Jesus, (Trinity;-'Anak,Bapa dan Roh Kudus')! yang mana bertentangan dengan surah AlIkhlas yang menyuruh kita mengatakan bawaha Allah itu ESA.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive