Saturday, 20 April 2013

#GE13 : [FOTO] Kecoh !!! Laporan Terkini Sekitar Penamaan Calon BN Di Kelantan #vote4BN #tolakPR


Pertandingan untuk merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula hari ini dengan penamaan calon-calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dijangka paling sengit dalam sejarah negara.



Selain Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat - yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP - akan mengisi calon di kebanyakan kawasan, namun jumlah luar biasa calon Bebas dijangka menyertai pertandingan dalam pilihan raya umum kali ini.

Pertandingan kerusi parlimen akan diadakan di semua 13 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, manakala pilihan raya bagi kerusi DUN akan diadakan di semua negeri kecuali Sarawak, yang telah menyaksikan pilihan raya negeri pada tahun 2011.

Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi 140 kerusi Parlimen dan Pakatan Rakyat, 82 kerusi. 
Tarikh mengundi telah ditetapkan pada 5 Mei.

Berikut beberapa foto perarakan penyokong BN sebelum proses penamaan calon di Kelantan .









Perarakan Calon Di Kota Bharu



Suasana di Parlimen P.022 Pasir Mas. Hampir 3000 
penyokong BN berkumpul di perkarangan Pejabat 
UMNO Bahagian Pasir Mas sebelum calon berarak 
ke Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas bagi proses 
penamaan calon berjalan.


Penyokong BN di Parlimen Pengkalan Chepa. Lebih 7,000 
penyokong iringi Datuk Dali & Calon-Calon DUN BN yang lain.


10,000 rakyat Jeli iringi Tok Pa & calon-calon 
DUN BN yang lain dalam Parlimen Jeli.



Suasana Kem BN di Gua Musang pagi ini, 
mengirigi 
YBM Ku Li dan calon-calon DUN mewakili BN.


Ketua Bahagian Kubang Kerian, Datuk Fauzi bersama 
lebih 5,000 penyokong BN mengiringi Calon BN 
Parlimen Kubang Kerian, Tn Hj Anuar Safian & Calon-Calon 
DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian ke Pusat Penamaan Calon.



4000 rakyat Ketereh iringi Tan Sri Annuar Musa & calon-calon 
DUN BN yang lain dalam Parlimen Ketereh.

3 comments:

  1. Gomo BN gomo....idup BN..jom pakat ngundi BN blako deh sek kito..TUKAR....:-)

    ReplyDelete
  2. Tukar Nik Aziz ..uzur sangat2 pun masih lagi nak jadi calon....nampok sangat lapar kuasa nik aziz nih!!!

    ReplyDelete
  3. Ramai jgk pnyokong bn pc hadir dis....suh dok atah tikar sjadoh la.org pn xbnci

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive