Showing posts with label dali husin. Show all posts
Showing posts with label dali husin. Show all posts

Thursday, 25 April 2013

#PRU13 : Pelik !!! Calon Parlimen Pas Ikut Walkabout Datuk Dali Di Pasar Cabang 3 #TukarKelantan #BetterNation

Datuk Dali beramah mesra sambil menjamu selera bersama pengunjung pasar

Bangunan Pasar Cabang Tiga di Pengkalan Chepa akan dinaik taraf kepada dua tingkat bagi memberi keselesaan kepada hampir 100 peniaga di situ sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Calon Barisan Nasional kerusi Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin berkata, pasar tersebut telah dibuat pembaikan oleh Kerajaan Pusat pada tahun 2000, namun selepas itu tiada sebarang perubahan dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan Pas.

Calon Parlimen Pas juga hadir di Pasar Cabang 3 pada waktu yang sama 

Menurut beliau, rakyat akan melihat keadaan pasar ini dalam konteks yang lebih baik selepas ini sekiranya BN diberi mandat untuk memerintah negeri ini.

"Masalah longkang serta tempat yang kurang selesa akan dapat diatasi dan kami akan berikan yang terbaik untuk keselesaan peniaga dan pembeli di pasar ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Datuk Dali beramah mesra bersama peniaga

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat dan meninjau keadaan pasar tersebut, selain bertemu peniaga di situ.

Kunjungan bagi mengeratkan hubungan antara rakyat dengan bakal pemimpin itu turut disertai oleh calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Wan Razman Wan Razak.



Calon Dun Chempaka Tok Gawa Man hadir sama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive