Tuesday, 15 May 2012

AWANG ADEK TAK TUNAI JANJI 2004 TAPI PAS 22 TAHUN TUNAI KE TIDAK JANJI???

KOTA BHARU: Janji 2004 belum ditunai dan sekarang membuat janji lagi. Inilah gaya politik Datuk Dr Awang Adek Hussin yang pernah menguar-uarkan dirinya sebagai calon Menteri Besar Kelantan pada kempen pilihan raya umum lalu.

Kali ini Ketua Umno Bachok itu mahu memasuhkan yuran pengajian dan mempertingkatkan sekolah agama rakyat (SAR) pula.

“Kalau ikhlas nak bantu rakyat Kelantan, kenapa perlu letak syarat mesti bantu Umno rampas Kelantan dahulu?

“Inilah demokrasi songsang amalan pimpinan Umno Kelantan. Rakyat masih ingat, Umnolah yang memusuhi sekolah agama dan pernah mendakwa tempat melatih pengganas,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi.

Pada kempen pilihan raya umum 2004 Awang menjanjikan Bachok Baru dan pembangunan pesat yang lengkap dengan pelabuhan serta hospital.

Malah pada kempen tersebut juga beliau mahu menjadikan Pantai Irama sebagai tempat persembahan kebudayaan setiap minggu. Selepas menang ketika itu segala manifestonya hilang begitu sahaja.

pT
Sejak memerintah Kelantan pada tahun 1990, pelbagai janji telah dibuat oleh Pas. Semuanya berasaskan Islam. Pelbagai janji yang dibuat oleh Pas sejak mula memerintah. Tapi yang dapat kita lihat janji hanya tiggal janji  langsung tidak dilaksanakan. Tapi kalau pihak lain buat janji boleh pula pihak Pas  ingat apa yang dijanjikan.Fikir-fikirkanlah!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive