Monday, 21 May 2012

BIAR BETUL !!!! HANYA UNTUK TEGAKKAN KEADILAN - MAJLIS PEGUAM


KUALA LUMPUR - Majlis Peguam Malaysia menyambut baik penjelasan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan tidak bercadang menubuhkan sebuah badan alternatif untuk mengambil alih fungsi Majlis Peguam.

Presidennya, Lim Chee Wee berkata, Majlis Peguam bertanggungjawab dalam tugasnya untuk menegakkan keadilan, justeru mereka menyuarakan pandangan mengenai undang-undang dan polisi, selain bekerjasama dengan kerajaan, pembangkang serta masyarakat madani.

"Kami mengkritik kerajaan dan pembangkang jika perlu dan bekerjasama dengan masyarakat madani apabila sesuai. Kami bukan antikerajaan atau propembangkang tetapi sekadar melakukan apa yang harus dan mesti dilakukan, iaitu menegakkan keadilan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pada Khamis, Muhyiddin berkata pemimpin Majlis Peguam mesti lebih bertanggungjawab serta telus dan mereka perlu membuktikan bahawa ia tidak berat sebelah.

Lee berkata Majlis Peguam juga terlibat dalam aktiviti berkaitan tadbir urus negara namun tidak terlibat dalam perebutan kuasa politik. "Oleh itu, sebarang dakwaan bahawa Majlis Peguam terlibat dalam kancah politik adalah tidak berasas," katanya. - Bernama

pT
Majlis Peguam membuat kenyataan yang berbelit2. Dalam kenyataan tidak terlibat dengan kancah politik, tetapi terang2 membela dam meyokong pembakang dalam beberapa hal yang berkaitan dengan BERSIH dan sebagainya. Fikir-fikirkanlah!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive