Thursday 17 May 2012

BIAR BETUL !!! MAK WAN JANJI DENGAN CIKGU RM500 JIKA MENANG?


KUALA LUMPUR 16 Mei: Pakatan Rakyat (Pakatan) bertekad mengotakan janji yang ditawarkan dalam Buku Jingga termasuk menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang sebagai permulaan, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang turut menganggotai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menegaskan, tawaran itu sebagai menghargai peranan guru yang konsisten meneruskan tugas dan tanggungjawab membina anak bangsa Madani.

“Dalam kita berdepan dengan gelombang globalisasi, kebajikan guru mestilah dipelihara, termasuk memantap skim pengajian dan elaun guru meliputi kesihatan, keselamatan, keluarga dan persaraan mereka.

“Inilah yang KEADILAN perjuangkan agar kedudukan pendidik ini terbela seterusnya memperkukuh sistem pendidikan negara,” katanya dalam perutusan sempena Sambutan Hari Guru, hari ini.

Wan Azizah berkata, KEADILAN melihat kerjaya pendidik pekerjaan mulia dan mesti dipergiat untuk golongan muda agar minat kepada tenaga pengajar lebih mendalam di samping membantu ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan negara.

“Guru adalah pencorak minda dan nilai kemanusian sepertimana dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 269 bermaksud ‘Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNYA (menurut aturan yang ditentukanNYA).

Oleh itu, katanya, KEADILAN bersama Pakatan bertekad memastikan apa yang ditawarkan dalam Buku Jingga dikota dan laksana dengan formula pentadbiran telus dan mantap.

“Tahniah buat guru-guru yang telah menjadi teras pembangunan negara dan persaudaraan rakyat. Selamat Hari Guru, jasamu tetap dikenang,” katanya lagi.

Imbuhan RM500 sebulan kepada setiap guru itu merupakan satu dari 10 tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia untuk dilaksana dalam masa 100 hari selepas diberi mandat sebagai Kerajaan Persekutuan baru pada pilihan raya umum akan datang. Tawaran itu turut diisytihar dan dicatat dalam Buku Jingga sempena Konvensyen Pakatan Rakyat pada November 2010.

1 comment:

  1. keje2 lain pun nak jugak... asyik guru je ...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive