Thursday, 24 May 2012

Sekadar Renungan - Mesut Ozil "membaca Al-Quran setiap sebelum kick-off,"


Ada ramai pemain bola sepak Muslim yang bermain di liga utama Eropah. Namun boleh dikira dengan jari mereka yang boleh meraih prestasi hebat di kelab dan memperkuatkan kelab besar. Satu di antara pemain bola sepak Muslim yang beruntung adalah pemain tengah kreatif Real Madrid, Mesut Ozil.

Pemain berdarah Turki yang memperkuat pasukan kebangsaan Jerman itu dikenali sebagai kreator kejayaan Los Blancos merebut juara La Liga Sepanyol musim ini. Pencapaian itu semakin menaikkan nama Ozil di kancah bolasepak dunia.

Ternyata ada sedikit rahsia di sebalik paparan gemilang permainan Ozil sepanjang musim 2011/2012. "membaca Al-Quran setiap sebelum kick-off," ungkap Ozil menceritakan kunci kejayaan meraih prestasi bersama Madrid.

Waktu ini, terdapat enam pemain Muslim yang membela Madrid. Lima pemain lain adalah Karim Benzema, Sami Khedira, Hamit Altintop, Nuri Sahrin, dan Lassana Diarra. Namun hanya Ozil dan Khedira yang rutin turun sebagai starter di bawah pengendalian Mourinho.

Menurut Ozil, membaca beberapa ayat kitab suci umat Islam itu boleh memberinya ketenangan selama dalam permainan. Tak hairan, Ozil dikenali sebagai pemain tenang di padang, meskipun perlawanan berlangsung dalam suasana yang rumit. "Al-Quran suci memberi saya kekuatan lebih untuk bermain dalam pertandingan dengan baik," ujar bekas pemain Werder Bremen itu.

sumber dari republika.co.id

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive