Friday, 11 May 2012

Kerana Wang PERKASA PP kalung bunga gambar LGE - KMPP


Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menyifatkan tindakan Perkasa mengalungkan bunga di gambar Ketua Menteri Pulau Pinang "disebabkan kerana budak- budak ini telah diperdagangkan dengan nilai wang ringgit oleh pihak tertentu."

Presiden KMPP, Rahmad Ishak dalam kenyataannya berkata, "tindakan budak-budak Perkasa berkenaan satu perbuatan terkeji serta terkutuk seterusnya menjatuhkan akidah sebagai anak melayu yang beragama Islam."

Bagi beliau, agenda mereka tidak ikhlas serta bukan keutamaan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda orang- orang Melayu di negeri ini.

Rahmad mengulas tindakan budak-budak Perkasa yang mengalungkan bunga pada gambar Lim Guan Eng di pintu pagar rumah Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Bagi Rahmad, "semenjak di peringkat permulaan lagi tindak tanduk samseng jalanan ini dengan sendirinya telah melemahkan semangat orang Melayu terutamanya Kerajaan Negeri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pentadbir negeri apabila Perkasa telah bertindak dengan menggunakan fizikal sebaliknya mengenepikan minda dalam mencapai propaganda politik."

"KMPP sebagai sebuah NGO melayu di Pulau Pinang mengutuk sekeras- kerasnya perbuatan pemuda- pemuda Perkasa tersebut yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa mereka sendiri," kata Rahmad.

Katanya, tidak dapat dinafikan, tindak tanduk mereka ini telah mendapat imuniti daripada pihak- pihak tertentu.

"Mereka perlu ingat negeri Pulau Pinang bukanlah hak mereka seorang dan jangan sekali- kali mempertaruhkan masa hadapan Perkasa di Pulau Pinang ini semata- mata bermodalkan imej orang- orang Melayu, tetapi pada waktu yang sama mereka mempermain- mainkan maruah serta akidah orang Melayu di sini," katanya.

Bagaimanakah sebuah Kerajaan Negeri dapat melayan kehendak ataupun cadangan Perkasa Pulau Pinang sedangkan perbuatan mereka lebih menjurus kepada sifat kurang ajar, katanya.

pT
Lim Guang Eng faham ke tidak apa itu kurang ajar? Pelik2 semasa  kumpulan mahasiasia meletak kalungan bunga pada gambar Melayu senyap pula KMPP di Dataran Merdeka dulu. Bila melibatkan bangsa lain, bising pula.Fikir-fikirkanlah!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive