Anwar sedia jawab isu masuk Umno jika RTM beri '5 minit'


MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menegaskan semula permuafakatan yang kukuh dan kata sepakat di antara mereka dalam polisi umum sebelum atau selepas PRU13 dan apa-apa perubahan dalam polisi PR mestilah melalui satu proses konsensus terlebih dahulu.

Majlis Pimpinan PR hari ini menegaskan semula permuafakatan yang kukuh dan kata sepakat dalam perjanjian oleh tiga komponen parti utama iaitu PKR, Pas dan DAP sama ada sebelum atau selepas PRU13, yang termaktub Kerangka Dasar Bersama PR pada 19 Disember 2009, pengenalan Buku Jingga pada 20 Disember 2010 dan Kenyataan Majlis Pimpinan PR pada 28 September 2011.

Sepertimana yang termaktub dalam Kerangka Dasar Bersama PR yang telah diserap sebulat suara dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam dalam Disember 2009, Pakatan Rakyat komited untuk mendukung semangat dan peruntukan akta dalam Perlembagaan Persekutuan, terutamanya dalam:

1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, agama Islam sebagai agama Perlembagaan di samping kebebasan untuk agama yang lain diamalkan mana-mana di negara ini dan melindungi hak-hak istimewa kaum Melayu dan orang asal di mana-mana termasuklah negeri Sabah dan negeri Sarawak, dan kepentingan sah kaum-kaum yang lain berdasarkan peruntukan Artikel 153.

2. Mempertahankan peranan dan kebertanggungjawaban institusi Raja-Raja Berperlembagaan.

3. Mendukung penggunaan Bahasa Melayu berdasarkan Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempromosikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) disamping mempertahankan dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda untuk semua kaum.

4. Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang lain yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan pada masa yang sama mencadangkan pembatalan semua deklarasi darurat yang sedia ada.

5. Memansuhkan atau meminda semua undang-undang yang menindas dan menyalahi hak asasi manusia.

6. Menjamin semangat federalisme dan perhubungan yang saksama di antara negeri-negeri Persekutuan dan negeri-negeri lain seperti Sabah dan Sarawak.

Majlis Pimpinan PR hari ini juga menegaskan bahawa apa-apa perubahan kepada polisi-polisi PR yang telah dipersetujui secara muafakat mestilah melalui satu proses konsensus di antara ketiga-tiga parti komponen PR.

Hukum hudud bukanlah sebahagian daripada Kerangka Dasar Bersama PR di mana parti DAP mempunyai pandangan bahawa pengimplementasian hukum tersebut bercanggah dengan semangat Perlembagaan. Walau bagaimanapun, parti DAP menghormati pandangan parti Pas di atas isu tersebut.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib bahawa pengimplementasian hudud dan pindaan pada Perlembagaan Persekutuan adalah keutamaan parti Pas walaupun ia akan membawa kepada pertukaran “rakan kongsi” dalam Pakatan Rakyat telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PR pagi tadi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua-ketua Pas yang lain memberi jaminan kepada Majlis Pimpinan PR bahawa kepimpinan parti Pas menolak pandangan Harun kerana ia tidak mencerminkan kedudukan Pas tetapi adalah pandangan peribadi Harun.

pT