Monday 21 May 2012

PR : Calon PRU 13 Bulan Depan, Pengumuman Kabinet Bayangan Bulan ......???



Azmin (tengah) bersama wakil PKR Selangor selepas pelancaran SISMEP3.0

PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjangkakan Pakatan Rakyat (PR) bakal mengumumkan pengagihan kerusi dan calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) awal bulan depan.

Menurutnya, PR akan menampilkan ramai muka baru dalam kalangan anak muda, namun calon yang mempunyai pimpinan akar umbi tidak diketepikan.

“(Pengumuman akan dibuat) minggu pertama Jun, saya kira kita boleh membuat satu ketetapan tentang pengagihan kerusi dalam PR, saya cukup optimistik. Pengumuman calon kita tengok suasana sesuai. Parti akan menonjolkan muka baru dalam kalangan anak muda, profesional dan wanita muda untuk mewakili parti.

“Ini dalam proses akhir, yang penting kita mahu anak muda hari ini diberikan tempat dan ruang untuk mewakili rakyat dalam menggubal dasar sama ada di peringkat Parlimen atau negeri. Ini satu penghormatan dan pengiktirafan kita kepada anak muda untuk menentukan negara dan negeri,” katanya pada sidang media selepas pelancaran SISMEP3.0 & Penyerahan Bahan Kempen PRU13 Peringkat Negeri Selangor, semalam.

pT
Nama-nama calon PRU13 tidak penting tetapi yang kita semua tunggu adalah nama-nama kabinet bayangan PR. Dari 2008 hingga sekarang tidak muncul-muncul pun senarai sebenar kabinet PR. Fikir-fikirkanlah !!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive