Sunday, 27 May 2012

ZED ZAIDI DILANTIK PRESIDEN SENIMAN



alt

Pelakon Zed Zaidi telah dilantik menggantikan Harun Salim Bachik bagi jawatan Presiden Seniman Malaysia (SENIMAN) hari ini. Persetujuan ini dicapai dalam mesyuarat agung Seniman yang diadakan untuk memilih ahli jawatankuasa baru di FINAS.

Beliau yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Presiden organisasi tersebut pernah membangkitkan oleh Zed Zaidi isu penggunaan cermin kereta gelap untuk golongan artis atas faktor keselamatan.

Zed Zaidi juga pernah menggemparkan Industri Seni tanah air setelah bertindak secara terbuka mengkritik kelayakan pelakon terkenal Aaron Aziz yang dinobatkan pemegang trofi Bintang Paling Popular ABP 2011 yang lalu menerusi laman Twitter atas faktor kewarganegaraan.

Tindakan beliau telah dikritik beberapa artis terkenal termasuklah Bintang No. 1 Malaysia Datuk Siti Nurhaliza yang menyifatkan Zed Zaidi tidak profesional dalam membangkitkan isu tersebut. 

2 comments:

  1. Tahnih Zed....u adalah pejuang bangsa.Soal profesional pun perlu ada had nya.Ini negara kita.Anugerah adalah untuk rakyat kita.kenapa orang luar terhegeh-hegeh dtng ke negara kita?Ua sokong lu Zed.Hidup Zed Zaidi.Halaukan saja pendatang......Wasalam.

    ReplyDelete
  2. Rakyat mesia memang terlalu baik..giler tak bertempat dok sokong artis negara luar...artis sendiri di anaktirikan...bengong....aku sokong hang zed zaidi...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive