Thursday 17 May 2012

PERANG !!! S.MANIKAVASAGAM VS KHIR TOYO


S.Manikavasagam - Khir Toyo tawar RM10 juta
Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menafikan bahawa beliau pernah meminta RM10 juta daripada bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo pada 2008 untuk keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas, seperti dakwaan sebuah blog, semalam.

Sebaliknya, Manikavasagam mendakwa, beliau yang sebenarnya dipelawa oleh bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu secara gurauan di sebuah hotel, di sini, hujung 2008.

“Memang saya akui ada bertemu dengannya (Dr Khir), tetapi secara kebetulan. Ketika itu, saya mempunyai urusan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di bangunan bersebelahan hotel berkenaan. Saya kebetulan berjumpa dengan Dr Khir ketika minum kopi bersama rakan di situ.

“Beliau tawar saya (wang) untuk keluar parti, tetapi secara bergurau sebab masa itu isu (penyelewengan) pasir sedang hangat diperkatakan. Bukan saya yang minta. Ramai yang ingat saya akan keluar PKR masa itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah blog yang mendakwanya memerlukan RM10 juta untuk keluar PKR..

Manikavasagam mengingatkan pihak terlibat supaya tidak membuang masa ‘membelinya’ kerana beliau akan terus setia bersama PKR.

Dr Khir - MP Kapar pernah minta RM10 juta 



SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pernah meminta sejumlah wang - RM10 juta seperti yang didakwa sebuah blog untuk keluar PKR.

“Memang ada (Manikavasagam jumpa saya minta wang untuk keluar PKR). Dia bersama dengan tiga rakannya ketika itu. Dia minta wang, tetapi saya cakap saya tidak boleh beri kalau dia hendak keluar PKR.

“Saya beritahunya, BN (Barisan Nasional) tidak amalkan cara begitu. Dia hanya akan dapat peruntukan khas kawasan sama dengan Ahli Parlimen
BN jika dia bebas,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang.

Dr Khir turut mendakwa, beliau pernah berjumpa dengan Manikavasagam sebelum pertemuan itu, namun tiada rundingan.

Semalam, blog http://sel13.com/ menyiarkan artikel mendakwa Manikavasagam bertemu Dr Khir selepas satu ceramah di Kuala Selangor, hujung 2008, meminta sejumlah wang untuk keluar parti.

Dalam pertemuan itu, Manikavasagam dikatakan turut menceritakan masalah beliau dengan beberapa kepimpinan PKR lain yang didakwa terlibat mengutip duit peniaga di Sungai Buloh.

Manikavasagam menafikan bahawa beliau pernah meminta RM10 juta daripada Dr Khir pada 2008 untuk keluar PKR dan menjadi ahli Parlimen Bebas.

pT 
Mainan politik.Sudah menjadi kebiasaan mempertahankan parti politik masing2, kerana masing2 mengaku mereka di pihak yang benar. Sebaliknya yang menjadi mangsa adalah kita, rakyat biasa. Bukan semua ahli politik boleh di beli dengan wang ringgit, hanya pemimpin yang tiada pegangan prinsip perjuangan yang kukuh saja yang menjual maruah diri. Fikir- fikirkanlah!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive