Thursday, 24 May 2012

BIAR BETUL !!! ARTIS SUAM2 KUKU MARAH TOK PA



Sekumpulan artis hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.

Salah seorang artis, Haire Othman mempersoalkan kenyataan Tok Pa itu mengapa jika para artis apabila berbeza pendapat dianggap pembangkang. Menulis di facebooknya, beliau menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu.

Haire melahirkan rasa kehairanannya mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan dan mesti ikut mereka seperti lembu.

Banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil keputusan untuk menyertai pembakang.

"saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja?" - hairie othman

4 comments:

  1. mcm bagus je arti x laku nih

    ReplyDelete
  2. Betul kata Dato'..Berdakwah lain..ianya MILLATIRASULILLAH, manakala Masuk parti hanya untuk berpolitik..Artis masuk parti politik tak salah..tetapi Dia kena terima sepak terajang politik..jika tidak..dia orang yang bodoh lagi dibodohkan kerana masuk tanpa ilmu. Apa dia ilmu? Ilmu adalah kebenaran sesuatu benda atau keadaan atau keterangan. Cubalah jadi cerdik dahulu Hairie..Saya sendiri apabila jadi SU UMNO telah difitnah oleh AJK PAS buat lari duit Masjid RM80 ribu sampai SPRM datang siasat..itu lah PAS sampai SPRM pun tertipu oleh Report mereka. Jahatnya AJK PAS ni sampai Tuhan patahkan kaki dia,,lepas tu kecing manis dan sekarang kena strok sebelah tubuh..tapi tak juga insaf..masih lagi buat jahat.

    ReplyDelete
  3. Betul kata Tok Pa tu, nak berdakwah biar ditmpt yg betul. Takut nanti Ibarat 'Berak didapur, Makan ditandas'. Hairi nak berdakwah aper nye? Dia sendiri bergelumbang dgn maksiat bila berlakon lagi ckp nak berdakwah ke? Dakwah kat ahli keluarga dulu, lepas tu sudara mara, lepas tu yg terdekat....dan seterusnya. Tapi apakah Hairi ni mempunyai ilmu yg cukup utk berdakwah?..emm..fikir2 la dulu yer..

    ReplyDelete
  4. Ala bukannyer susah kalau nak jadi ustad...join je pas..tak sampai sebulan terus diangkat jadi ustad...contoh terdekat Bob Lokman...dimana2 pun sama, orang2pas ni busuk hati...dengki dan segala macam perangai yang tak baik di dalam diri mereka.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive