Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Showing posts with label BERSIH. Show all posts

Wednesday, 25 June 2014

Anak Didik Bang Non Bakal Hadapi Hukuman Penjara???

Bekas pelajar UPSI yang propembangkang/pro Anwar Ibrahim, Adam Adli Abd. Halim diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan di Dewan Perhimpunan Cina, tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah memutuskan demikian setelah berpuas hati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. "Setelah meneliti pertuduhan secara maksimum, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati pertuduhan dan wujud kes prima facie," katanya.

Mahkamah menetapkan 22 Julai ini untuk tertuduh membela diri. Berdasarkan pertuduhan Adam Adli, 24, yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) didakwa menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan membangkitkan rakyat negara ini supaya diubah kerajaan yang memerintah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu ketika berceramah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di No. 1, Jalan Maharajalela, di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei tahun lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas mengemukakan empat saksi terdiri daripada anggota polis termasuk Ketua Polis Balai Dang Wangi sepanjang perbicaraan.

Sementara itu, peguam Eric Paulsen yang mewakili Adam Adli berkata, beliau akan mengemukakan seorang saksi iaitu tertuduh sendiri pada prosiding pembelaan. - Sumber

Wednesday, 14 November 2012

APA PENDIRIAN PAS ??? NGO MAHU HAPUS ARTIKEL 89 DAN 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA ...


Terbaru, dua NGO, satu asing dan satu lagi Malaysia, keluarkan satu laporan yang konon dakwa dua artikel dalam Perlembagaan Persekutuan menyebabkan diskriminasi terhadap kaum-kaum lain di negara ini.

Equal Rights Trust (ERT) NGO yang berpengkalan di London bersama Tenaganita, NGO yang mana bosnya orang Malaysia dan pemimpin PKR Irene Fernandez, berkerjasama menyiapkan laporan tersebut.

Dengan dibiayai oleh tabung Kesatuan Eropah (EU) laporan setebal 406 (Versi PDF) itu boleh dimuat turun di laman web ERT.

Apa yang menarik, punya pembohongan mereka ini adalah menjadikan gambar perhimpunan Bersih sebagai gambar utama, memberi bayangan seolah-olah perhimpunan tersebut juga berkaitan dengan diskriminasi kaum.

Laporan tersebut antara lain mendesak kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda dua peruntukan Perlembagaan yang melindungi hak istimewa dan tanah orang Melayu untuk mengelakkan diskriminasi berdasarkan kaum atau etnik.

Terbahagi kepada empat bahagian, yang dijalankan bersama ERT dan Tenaganita, berkata kewujudan Artikel 89 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah antara sebab-sebab yang kuat di sebalik diskriminasi kaum di Malaysia kerana kedua-duanya gagal memenuhi niat asal untuk tindakan positif.

Sebaliknya, peruntukan “melanggar piawaian undang-undang antarabangsa”, kata kajian tersebut dalam ringkasan eksekutif “Washing the Tigers: Addressing Discrimination and Inequality in Malaysia” kajian yang diterbitkan di laman web ERT pada Isnin.

“Langkah-langkah tindakan positif di bawah peruntukan ini tidak terhad kepada masa atau mempunyai fungsi terhad.

“Keistimewaan kekal dinikmati oleh orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak itu mengekalkan piawaian tidak sama rata dan berasingan, atas alasan bangsa, bercanggah dengan larangan diskriminasi dalam perlembagaan,” kata kajian tersebut.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa ‘Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan kaum-kaum lain’. Peruntukan ini juga menentukan cara untuk melakukan ini, seperti mewujudkan kuota bagi kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa awam dan pendidikan awam.

Seterusnya klik di sini

Thursday, 26 July 2012

VIDEO !!! NASRUDIN KANTOI LAGI TENTANG BERSIH 3.0 ??


Sebelum ini kita melihat bagaimana Nasrudin Tantawi, Ketua Pemuda PAS telah kantoi di dalam memperjelaskan isu penerimaan Karpal Singh terhadap hukum Hudud PAS dalam PR setelah di bidas Karpal Singh dalam sebuah surat khabar.

Kali ini kita lihat pulak bagaimana Nasrudin Tantawi kantoi di dalam mengulas isu BERSIH 3.0 di dalam perdebatnya dengan Ustaz Fathul Bari.



Di harap Nasrudin Tantawi jangan menegakan benang yang basah kerana telah ternyata di dalam demonstrasi BERSIH 3.0 yang mencetuskan keganasan adalah penyokong Pakatan Haram.

Di sebalik ulasan Nasrudin Tantawi ternyata ulasan yang mengatakan Unit Amal yang menyelamatkan pemadu polis yang terbabas ketika di serang pendemonstrasi adalah tidak benar sekali. Sebaliknya jurukamera TV Hijrah yang yang datang menyelamatkan pemandu kereta polis itu dan selepas itu di belasah oleh pendemonstrasi kemudiannya polis berkenaan tersedar dari pitam dan baru datang Unit Amal.

Satu lagi penipuan Nasrudin apabila mengatakan polis yang terbabas melangar beberapa orang pendemonstrasi sehingga cedera parah. Sedangkan pada hakikatnya hanya seorang sahaja yang cedera di langar. Malahan pendemonstrasi yang cedera terbabit tidak di pedulikan langsung pendemonstrasi yang lain ketika membelasah jurukamera tersebut.

Selain itu, ulasan Nasrudin tentang polis melangar pendemonstrasi hanyalah ulasan berat sebelah.

Kenapa fakta sebenar polis terbabit terbabas melangar pendemonstrasi tidak di ulaskan Nasrudin di dalam perdebatan dengan Ustaz Fathul Bari.

Dalam ulasan perdebatan tersebut Nasrudin seolah-olah menyalahkan polis di dalam melangar pendemonstrasi tanpa mengulas bagaimana polis tersebut boleh terbabas melangar pendemonstrasi.

Dari bukti yang dapat kita lihat di dalam video di atas ternyata sebelum polis tersebut terbabas melangar pendemonstrasi, polis tersebut telah diserang oleh pendemonstrasi dan akibat di serang pendemonstrasi, kenderaan polis terbabit terbabas setelah satu objek keras di baling mengenai kepala polis tersebut sehingga menyebabkan pitam seketika.

Jika di lihat dari segi janji penganjur BERSIH 3.0 yang di sertai PAS menyatakan

demonstrasi akan di adakan dengan aman. Tapi mengapa kenderaan polis tersebut 
di serang ?

Sedangkan hakikatnya polis terbabit melaksanakan tanggungjawapnya sebagai anggota keselamatan. Sebagai anggota keselamatan tidak salah rasanya melalui kawasan tersebut kerana mengawal keselamatan adalah di bawah tanggungjawap mereka.

Nasrudin tak perlulah menegakan benang yang basah lagi di dalam berdebat tentang demonstrasi BERSIH 3.0 yang nyata ganas.

Sumber : 
unitmediakedah 

Wednesday, 23 May 2012

BIAR BETUL !!! RUMAH AMBIGA AKAN 'DISERANG' ESOK - MP PAKATAN


Ambiga

KUALA LUMPUR - Sekumpulan ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mahu membuat laporan bagi meminta polis menyiasat dakwaan usaha pihak tertentu yang cuba mencetuskan kekecohan di rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa pihaknya mendapat maklumat ada pihak yang cuba mencetuskan kekecohan di rumah Ambiga esok.

"Kita minta polis siasat perkara itu. Pada maklumat kita, selain daripada peniaga-peniaga yang akan membuka pasar malam di sini, ada pihak lain yang akan turut serta untuk membuat kacau,” katanya kepada pemberita selepas hadir untuk menyatakan sokongan moral kepada Ambiga di rumahnya di Bukit Damansara pagi tadi.

pT
Apa la hang ni Nurul Izzah,  lepas hang kutuk macam2 polis, belasah polis, maki polis..lepas tu senang2 hang nak pi buat report. Tapi jangan bimbang sebab Ambiga pernah dianugerahkan sebagai “Wanita Berani Antarabangsa Tahun 2010” dari Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton. Sudah tentu Ambiga bukan jenis penakut menghadapi apa jua bentuk serangan. Kalau dia jenis penakut sudah tentu dia tidak berani mengepalai BERSIH memburuk-burukkan kerajaan bagi pihak parti-parti pembangkang.

Tuesday, 22 May 2012

DAKWA ANWAR UNTUK HALANG PR KE PUTRAJAYA - PKR



Datuk Seri Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - PKR menyifatkan tindakan kerajaan mendakwa tiga pemimpin parti itu termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara pagi ini sebagai satu tindakan terdesak yang bermotifkan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Peguam Negara sekali lagi bertindak atas perintah Barisan Nasional. Selepas gagal dalam usaha menghalang Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan liwat, mereka cuba sekali lagi," kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, R. Sivarasa dalam satu kenyataan.

Ketiga-tiga pemimpin itu menerima notis saman agar hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur berhubung perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Mereka akan dikenakan tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

Malah kata beliau, tindakan terbaru ini juga usaha pihak kerajaan untuk menghalang misi Pakatan Rakyat untuk menuju ke Putarajaya dalam PRU13.

"PKR memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pendakwaan ini sekali lagi memperlekehkan dakwaan beliau bahawa mahu menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik di dunia (dengan mengadakan Akta Perhimpunan Aman).

pT
Terpulanglah kepada fahaman masing2, apapun yang bersalah harus didakwa,dibicara dan kalau didapati bersalah akan dijatuhi hukuman yang setimpal. Tunggu dan lihat apa yang akan terjadi kepada nasib tiga Abdul PKR ni. Betulke kerajaan hendak menghalang PR untuk ke Putrajaya? Fikir-fikirkanlah!!!

Monday, 21 May 2012

BIAR BETUL !!! Salah laku BN Perlu Tolak, Salah Laku PR Apa Cerita??

Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Har, yang ditegur Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 di Melaka pada 28 April lalu, bertegas bahawa parti itu mesti bangun menentang sebarang salah laku BN.
NONE"Parti mungkin ada pendiriannya sendiri, tetapi kita mesti memihak kepada keadilan. Kita tidak boleh mengikut secara membuta tuli jika BN atau MCA melakukan sesuatu yang salah.

"Jika anda berfikir ada sesuatu yang tidak kena, maka kita mesti menyuarakannya. Betul tetap betul, salah tetap salah, dan kita tidak perlu takut (untuk bersuara)," katanya dalam satu temubual dengan dipejabatnya di Melaka minggu lalu.

Sebagai contoh, kata senator yang berusia 73 tahun itu, ialah pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mengetuai panel bebas untuk menyiasat keganasan di perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur.

Dalam nada kecewa, Kian berkata: "Sudah pasti pembangkang akan menuduh kita tidak adil. Bagi saya pun, Hanif tidak sesuai.

pT
Perjuangan Kian Sit Har untuk kebenaran  pasti akan menerima kritikan dan tindakan daripada pimpinan mereka yang terang-terangan enggan menerima kebenaran dan keadilan. Jika keadaan ini berterusan, pasti kerajaan akan tumbang di tangan rakyat. Jika difikirkan, mengapa kerajaan enggan menerima sebarang kritikan berkenaan keadilan dan kebenaran? Sudah pasti di sebalik penafian ini ada sesuatu yang tidak kena dalam pemerintahan. 

Tapi kepada YB di pihak pembangkang dan juga kerajaan  yang ada scandal sex dan bermacam2 lagi itu tidak mengundurkan diri, seperti pemimpin2 kanan negara lain yang sanggup melepaskan jawatan jika di sabit dengan kesalahan. Adakah kita nampak sebelah  pemerintah saja atau keseluruhan nya? Fikir-fikirkanlah!!!

Thursday, 17 May 2012

BETUL KE BUDAK SENOQ NI KENA PUKUL ATAU SAJA PEMBAKANG NAK SPIN???


KUALA LUMPUR: Seorang peserta Bersih 3.0 yang menyerah diri untuk membantu siasatan didakwa dipukul ketika berada di dalam tahanan polis.

Mohd Safwan Mamat, yang berasal dari Terengganu didakwa dipukul dengan getah paip oleh pihak polis, selain ditampar empat kali oleh seorang tahanan lain.

Beliau yang menyerah diri di IPD Dang Wangi pada 14 Mei lalu, dibawa ke lokap polis setelah diambil keterangan berkenaan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 3.0 lalu.

Dakwa peguam Lawyers for Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Safwan dipukul oleh dua anggota polis, di samping dipaksa mengaku melakukan keganasan pada perhimpunan, 28 April lalu.

Malah, katanya ketika Safwan dibawa ke lokap, seorang anggota polis menunjukkan Safwan ke arah tahanan dan mengeluarkan kata-kata seperti 'ini dari Bersih, dia samseng'.

Safwan, kemudiannya di bawa ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 15 Mei lalu, dan didakwa di bawah Seksyen 440 dan 174 Kanun Keseksaan. Kes beliau akan disebut pada 5 Jun akan datang.


Tuesday, 15 May 2012

AMBIGA - Plan sudah ada BERSIH 4.0



Ambiga
Ambig
SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) belum ada sebarang rancangan untuk mengadakan perhimpunan Bersih 4.0, kata Pengerusi Bersamanya, Datuk S. Ambiga.

“Pihak saya tidak terfikir lagi mengenai sebarang agenda untuk mengadakan perhimpunan Bersih 4.0,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Katanya, pihaknya tidak mempunyai perancangan rapi atau pelan yang khusus mengenai isu tersebut walaupun telah disarankan oleh banyak pihak bagi menuntut sistem pilihan raya bersih dan adil.

“Saya menyedari yang Bersih 4.0 disokong ramai pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pihak PKR dan badan bukan kerajaan (NGO) lain, tetapi buat masa ini tiada lagi rancangan mengenainya,” katanya lagi.

Justeru tambah beliau, satu sidang media khas akan diadakan bagi mengumumkan "rancangan segera" itu esok.

Selain Nik Abdul Aziz, pendirian keperluan Bersih 4.0 turut dilahirkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu.

Kelmarin, Mohamad menggesa agar lebih sejuta peserta hadir dalam Himpunan Bersih 4.0, sekiranya masih wujud kepincangan sistem pilihan raya.

Menurutnya, rakyat perlu bangkit bagi memastikan sistem negara ini kembali stabil dan bebas daripada penyelewengan dan rasuah.

Beliau turut mengambil contoh, pelajar yang ramai hadir dalam Himpunan Bersih 3.0, 28 April lalu kerana mahu sistem pinjaman pendidikan dihapuskan.

“Pelajar turun dalam perhimpunan Bersih 3.0, telah tunjukkan rasa marah terhadap pemerintah yang biarkan mereka tanggung hutang sebelum mendapatkan pekerjaan.

“Jika kepincangan ini tidak diperbaiki, perlukah kita turun Bersih 4.0? Jika perlu saya gesa lebih sejuta hadir dalam himpunan tersebut,” katanya.

pT
Bersih 4.0 wajib kena buat sebab itu adalah tuntutan agama. Nik Aziz kata. pT tak kata.Satu lagi .anjurkan perhimpuna LGBT pulak... LGBT  telanjang atas jalanraya... baru betul mempertahankan hak asasi... pasti ulamak Pas sokong punya. Fikir-fikirkanlah!!!

Thursday, 10 May 2012

BIAR BETUL !!! Ambiga Jual Burger Depan Rumah???

Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk S Ambiga menganggap tindakan sekumpulan peniaga yang mengadakan protes dengan membuka gerai burger di hadapan rumahnya petang ini sebagai perbuatan tidak matang.
NONESekumpulan peniaga sekitar bandar Kuala Lumpur itu 'menerjah' rumah Ambiga di Bukit Damansara dengan membuka gerai burger tersebut mulai jam 2 petang dan beredar kira-kira sejam kemudiannya.

Dikenali sebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), kumpulan peniaga itu mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu.

IKHLAS adalah kumpulan peniaga yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama di ibu negara pada 5 Mei lalu bagi menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata, gerai burger tersebut juga didirikan sebagai tanda membela nasib peniaga kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman yang kerugian akibat perhimpunan BERSIH 3.0 28 April lalu, dan memberi masa selama dua minggu untuk respons Ambiga.

Selepas masak, mereka 'menghadiahkan' satu burger kepada Ambiga yang diterima oleh seorang wakilnya.
NONEMereka juga turut mengedarkan burger itu kepada mereka yang berada di situ termasuk, termasuk petugas media.

Turut kelihatan bersama Ambiga ialah anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah dan setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan.

Pada satu ketika, keadaan menjadi agak tegang sedikit apabila salah seorang wanita yang berada bersama Ambiga, meluahkan rasa tidak puashatinya dengan perbuatan kumpulan seramai 10 orang itu membuka gerai burger di situ.

Berikutan itu berlaku sedikit perang mulut antara mereka, tetapi keadaan itu dapat ditenang oleh rakan-rakan lain wanita tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di depan rumahnya, Ambiga berkata perbuatan tersebut telah mengganggu ketenteraman peribadi dan kawasan kejiranannya.

Malah, Ambiga turut kesal dengan tindakan mereka yang dilihat seolah-olah tidak mencerminkan keperibadian rakyat Malaysia.

"Tindakan ini adalah perbuatan yang tidak matang. Adakah patut duduk di luar rumah orang seperti ini?

"Sesiapa sahaja boleh membuat tuntutan tetapi bukan dengan cara datang ke rumah saya seperti ini.

"Perkara begini tidak pernah lagi terjadi di Malaysia kecuali pada (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dan saya," katanya kepada media.

Wednesday, 9 May 2012

BERSIH !!! 7 Hari Saja - Mohd Bakri Zinin



Datuk Seri Mohd Bakri Zinin
Datuk Seri Mohd Bakri Zinin
KUALA LUMPUR - Polis memberi amaran terakhir kepada 129 individu yang disyaki terlibat dalam rusuhan ketika perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka 28 April lalu supaya tampil menyerah diri dalam tempoh seminggu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, jika tidak, polis akan melakukan tangkapan selepas berakhirnya tempoh amaran tersebut.
"Kita memerlukan kerjasama daripada individu yang sudah disenaraikan. Sehingga hari ini, hanya 12 individu yang ditahan dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis.
"Ini amaran terakhir saya. Jika dalam tempoh seminggu tidak serah diri, kita akan melakukan tangkapan di rumah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.
Katanya, dalam pada itu, polis mengenal pasti 25 lagi individu yang disyaki melakukan kesalahan antaranya melanggar perintah mahkamah dan merusuh.
"Tampil serah diri. Bantu siasatan polis dan mereka boleh bawa peguam sendiri," katanya.

Monday, 7 May 2012

Lawak MahFuz - Serta Bersih Baik Punya Niat



Datuk Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan bahawa perhimpunan Bersih 3.0 bulan lalu disertai dengan naik yang baik, bukannya untuk menggulingkan kerajaan seperti didakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dia (Majlis Fatwa Kebangsaan) kata haram untuk menyertai demonstrasi yang bertujuan dengan niat yang tidak baik, kami pergi dengan niat yang baik untuk masa depan negara kita.

“Niat kita ialah untuk duduk dan bantah dan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

“Ini niat baik, saya tidak tahulah kalau tuntut pilihan raya yang bersih dan adil pun Majlis Fatwa Kebangsaan kata niat jahat," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, tengah hari tadi.

“Kami tidak membawa senjata, kalau kami berniat mahu menghuru-harakan negara, menimbulkan kekecohan sudah tentu bawa senjata. Tetapi kami hanya membawa botol air mineral dan garam.

“Masyarakat keluar kerana ada masalah, kerana pilihan raya tidak bersih dan adil, ada unsur penyelewengan terhadap daftar pemilih umpamanya dan saya tidak kata tidak bersetuju dengan fatwa itu, tetapi itu hak mereka untuk membuat fatwa, terpulanglah,” katanya.

Katanya, pengamatan beliau menunjukkan pihak polis yang telah melanggar fatwa tersebut apabila mereka memukul perusuh dan mencetuskan keganasan.

Malah beliau turut melahirkan rasa kecewa apabila polis bertindak hanya berasaskan kepada blog penyokong Umno dan gambar disiar blog itu.



Saturday, 5 May 2012

Kumpulan Mahasiasia Pertahan Tindakan Khalid Ismath


KUALA LUMPUR: Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami) mempertahan tindakan seorang rakan mereka Khalid Ismath yang didakwa membuat kecaman kepada anggota polis melalui laman Facebook.

Bagi setiausahanya Khairul Naim Rafidi, tindakan Khalid tidak lebih dari hanya satu bentuk ekspresi selepas layanan keras polis sewaktu himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu terhadap ibunya.

"Ibunya terpaksa bermalam lima hari di hospital kerana cedera parah. Sudah tentu sebagai manusia Khalid juga punyai rasa amarah apabila berdepan dengan perkara seperti ini.

"Status yang dianggap mengecam polis itu kami kira sebagai satu bentuk ekspresi yang dilakukan bila mana dirinya berada dalam keadaan tertekan dan hiba melihat ibu kesayangan Faridah Abdul yang dizalimi ketika himpunan Bersih 3.0," katanya dalam satu kenyataan.

Lebih-lebih lagi menurut Khairul Naim ibu khalid merupakan warga emas yang hadir ke perhimpunan tersebut hanya untuk melihat kebangkitan anak muda.

Malangnya, ia berakhir dengan satu tragedi malang apabila pihak polis mula membuat tembakan gas pemedih mata dan meriam air, kata Khairul Naim.

Beberapa hari lalu, Khalid, 22, bertindak menulis di laman sosial facebook bagi mengekspresikan rasa amarah kepada pihak yang bertanggungjawab.

Beliau menulis; "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan."

Rentetan itu, empat orang anggota Polis dari Unit Cawangan Khas IPK Klang telah hadir ke rumah Khalid pagi tadi dan memintanya hadir ke IPK Kuala Lumpur.

Bagaimanapun beliau ditahan ketika tiba di sana bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkaitan status laman sosial Facebooknya itu.

"Bagi kami, ia bukanlah satu kesalahan yang besar memandangkan banyak lagi unsur menghasut dalam laman sosial yang masyarakat secara umum ketahui.




PRU13: Jangan Bubar Dun - Pas Kuala Kedah



 Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi
Datuk Ir Phahrolrazi Zawaw
ALOR SETAR - Pas kawasan Kuala Kedah mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah serentakjika Parlimen dibubarkan, selagi kerajaan tidak menunaikan tuntutan Bersih 3.0 terutama membabitkan daftar pemilih.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, Pas kawasan Kuala Kedah menyatakan pendirian itu setelah mendapat undian majoriti yang bersetuju dengan usul itu kerana berlaku pertambahan yang mendadak dalam senarai daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2012yang dibentangkan Rabu lalu.

“Jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, kita mahu Kedah tidak bubarkan Dun serentak kerana kita mempunyai alasan yang kukuh menolak pilihan raya diadakan serentak dengan kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya, selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kuala Kedah ke-38, yang dirasmikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Menurutnya, pihaknya meragui kewujudan lebih 900 pengundi baru yang didaftarkan dalam kawasan Dun Kubang Rotan bawah Parlimen Kuala Kedah, kerana ianya melebihi peningkatan sebanyak 12 peratus.

Phahrolrazi yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, pihaknya masih belum berpuas hati dengan daftar pemilih sedia ada kerana masih banyak timbul keraguan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui telah membuat pembersihan daftar pemilih.

“Usul ini yang juga pendirian Pas kawasan akan dikemukakan kepada Pesuruhjaya Pas Kedah yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat. Kita serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Pas Kedah untuk membuat pertimbangan,” katanya, yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah.

BERSIH 3.0 !!! Ambiga Sila Bayar Kerugian Kami - Peniaga


KUALA LUMPUR: Sekumpulan peniaga di beberapa kawasan perniagaan di ibu negara hari ini menuntut penganjur perhimpunan Datuk S. Ambiga membayar ganti rugi susulan perhimpunan itu Sabtu lepas.

Peniaga tersebut antaranya dari Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India, Kompleks Pertama dan Kampung Baru menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan sederhana.

"Perniagaan kami ini kalau tak kerja sehari susah nak makan, walaupun perhimpunan itu sehari tetapi pelanggan kadang-kadang takut nak datang untuk hari esoknya," katanya kepada pemberita selepas menyertai sekumpulan peniaga membantah perhimpunan Bersih 3.0 di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.

Katanya kerugian dan kerosakan yang dialaminya, di mana bekas-bekas airnya pecah ditendang oleh peserta perhimpunan, ketika perhimpunan tersebut diadakantahun lepas masih belum mendapat ganti rugi.

Rashid Fazzil, peniaga pakaian dari Kampung Baru berkata hampir 80 peratus peniaga di kawasan itu terpaksa menutup kedai mereka kerana bimbang perhimpunan itu akan bertukar menjadi rusuhan.

"Ambiga harus fikir perkara-perkara ini walaupun ia kecil sebelum bertindakmenganjurkan perhimpunan yang saya lihat akhirnya hura-hara," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah berkata sehingga semalam, beliau menerima anggaran kerugian lebih RM200,000 daripada peniaga.

Katanya jumlah sebenar kerugian akan diketahui selepas seminggu.

Beliau berkata laporan polis akan dibuat selepas semua kerugian itu dikenal pasti.

"Sekiranya tiada tindakan dibuat mengenai tuntutan tersebut, kami (peniaga) akan buat bantahan 'aman' di hadapan rumah Ambiga...tunggulah," katanya.- BERNAMA

BERSIH 3.0 !!! 'Abdi Ambiga' Khalid Ismath di tahan polis??

KUALA LUMPUR – Seorang aktivis mahasiswa, Khalid Ismath, 22, yang hadir untuk memberi keterangan pagi ini ditahan polis sebaik tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Difahamkan, Khalid, Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), hadir untuk direkodkan percakapan berhubung tulisannya pada laman sosial Facebook miliknya, yang dikatakan menyokong tindakan supaya semua anggota polis dibunuh.

Khalid didakwa antara lain menulis: “Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan.”

Khalid, yang juga pelajar tahun dua jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), bersama keluarga serta peguamnya tiba di IPK kira-kira jam 10 pagi.

Khalid kemudian dibawa keluar dari IPK dengan menaiki sebuah kereta pegawai penyiasat untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kira-kira jam 11.30 pagi.

Sementara itu, bapa Khalid, Ismath Habib Mohd, 59, yang ditemui berkata, kira-kira empat anggota polis datang ke rumahnya di Bandar Puteri, Klang pada jam 10 pagi semalam.

Menurutnya, mereka mengarahkan Khalid untuk hadir segera ke IPK Kuala Lumpur untuk diambil keterangan berkaitan kenyataannya di Facebook baru-baru ini.

“Saya dan keluarga sangat terkejut kerana sebaik tiba di sini (IPK) anak saya tiba-tiba ditahan sedangkan maklumat awal menyuruh dia hadir untuk dirakamkan percakapan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan penahanan tiga individu termasuk Khalid, yang menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis trafik ketika perhimpunan Bersih 3.0.

Difahamkan penahanan Khalid dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 440 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat ketika rusuhan serta memusnahkan harta benda awam.

Setiausaha Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, maklumat diterima mereka menunjukkan Khalid ditahan di bawah Akta Hasutan.

Difahamkan SMM akan meneruskan protes dengan menyala lilin di pekarangan Balai Polis Pudu sebagai tanda protes penahanan Khalid.

“Khalid dibawa ke Balai Polis Pudu untuk ditahan reman selepas memberi keterangan di IPK. SMM protes tindakan menahan Khalid,” katanya lagi. -Bernama

Wednesday, 2 May 2012

BERSIH 4.0 - Lagi Ganas + Gila !!!


HULU TERENGGANU : PAS tidak menolak kemungkinan dan bersedia menghadapi himpunan Bersih 4.0 jika kerajaan gagal membuat perubahan daripada kejayaan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan jika kerajaan tidak membuat perubahan sebagaimana tuntutan Bersih 3.0, tidak mustahil Bersih 4.0 akan diadakan lagi.

Menurutnya, tuntutan Bersih 3.0 agar kerajaan membuat perubahan dengan kebebasan media dilaksanakan, tidak ada penipuan dalam pilihan raya, bersihkan daftar pemilih dan sebagainya.

“Celup dakwat pun belum tentu lagi, dakwat jenis mana kita tidak tahu lagi. Ketua-ketua pengarang yang cuba hendak bebas akan dipecat dan dilantik yang ikut arahan sahaja,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) kali ke-43, di Dewan Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (Kudqi), Kubang Lembek, Manir, hari ini.

Katanya, demonstrasi di negara ini cuba dibendung, disekat dan dikawal dengan kawalan-kawalan yang boleh mengongkong bukan kawalan yang boleh meluahkan rasa dengan bebas.

“Kerajaan kena siasat siapa bertanggungjawab. Minta siasatan itu secara adil dan hakim juga kena adil. Kebebasan kuasa itu kena ada antara badan kehakiman dengan eksekutif. Ini penting dalam sistem demokrasi,” tegasnya. -Hrkh

BERSIH !!! Yang Ganas Sahaja Ditangkap


Polis akan menangkap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu lepas dalam masa terdekat, dengan bantuan gambar-gambar pihak berkenaan yang diperoleh pasukan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata gambar-gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak lama lagi.

"Kami ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan orang ramai dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.

Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh pengadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Larangan itu dikeluarkan berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang.

Beberapa lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka ditawarkan namun ditolak oleh penganjur perhimpunan itu.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa perhimpunan itu.- Bernama

Tuesday, 1 May 2012

CEMAR 3.0 !!! Wajib Baca , Kisah Benar Anak Polis


Sebagai salah sorang anak kepada anggota polis saya ingin bersuara bagi pihak rakan2 saya..

Memang negara ini negara demokrasi tapi tak bermakna sikap puak pembangkang especially Bersih berhak memaki hamun sehingga menjatohkn maruah serta harga diri pihak polis...anda menggelarkan anggota polis sebg ANJING kerajaan...jadi siapakah kami anak2 POLIS ini...adakah kami anak2 ANJING?

Tuduhan cacian yangg tak trbatas seolah2 semua anggota Polis kaki rasuah, tak bole di percayai dan sehingga tak sanggupp saya menulis disini...

Berlinangan airmata saya bila melihat ada diantara anggota polis di pukul , di terajang seolah mereka tak punya sanak saudara dan anak2 yg menanti kepulangan mereka dari bertugas...

Saban hari bila2 waktu yang kritikal seperti Bersih ini, saya sering terfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah utk kali terakhir kerana ayah akan berhadapan dengan makhlok2 yag begitu bencikan tugas ayah...
Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina dimata puak Pembangkang? Apakah selama ini rezeki yang ayah dan anggota polis dapat selama ini utk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yang tidak halal semata2 mereka bekerja untuk kerajaan yang dipilih oleh rakyat?

Apa yang saya tahu setiap kali sebelum ayah pergi bekerja ayah kami adik beradik bersama ibu akan bersalam dan mencium tangan ayah, dan setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi...JANGAN LAWAN IBU, DENGAR CAKAP IBU, JANGAN BIADAP DENGAN ORANG LAIN, HORMATI HAK ORANG LAIN DAN YANG PALING2 TERGURIS DIHATI SAYA IALAH AYAH AKAN BRRKATA JANGAN SESEKALI TINGGAL SOLAT KERANA ITU ADALAH TIANG AGAMA KITA...

Sedangkn di luar sana , ayah dan rakan2 dicerca , dimaki , di ludah dan di pukul semata2 untuk menjaga keamanan negara...anda yang berkelakuan demikian fikirla,

Dengan penghinaan yang sedemikian tak kan kami anak2 anggota polis akan berdiam , membiarkan orang tersayang dalam hidup kami di perlakukn seperti haiwan, sedang tingkah laku saudara2 pendemo itu lah yg kelihatan AMAT KEJI, seolah2 negara kita tiada undang2....

Seolah2 anda semua tiada AGAMA, sehingga sangggup menghina, memukul, menerajang dengan niat kalaupolis itu mati adalah kejayaan anda...

Inikah yang di kataksn perjuangan menegakkan keadilan sedangkan keadilan dipihak kami, pihak ayah dan rakan2 nya , pihak orang2 yangg cintakn keamanan anda ketepikan?

Maaf...!Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakkan kami terhadap perjuangan puak anda kerana kami telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan pendemo2 itu...negara akan hancur seandainya jatoh ketangan puak YANG TAK PUNYA PERI KEMANUSIAAN ini...

Kepada ayah dan rakan2 polis ayah, saya amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dlm melaksanakn tugas menjaga keamanan negara...

InsyaAllah ayah, saya akan belajar rajin2 supaya menjadi insan yang berguna terhadap agama, bangsa dan negara , menyara hidup keluarga agar ayah tak perlu mengharungi lagi episod duka dan hina ini....

Saya tetap berbangga dengan tugas ayah sebagai anggota polis, yang sangggup menggadai nyawa demi keselamatan negara. AYAH KAU LA WIRA KU....!!

Amin...

Luahan Hati Seorang Anak Polis Yang Boleh Membuatkan Kita Menitis Air Mata 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive