Saturday, 5 May 2012

BERSIH 3.0 !!! 'Abdi Ambiga' Khalid Ismath di tahan polis??

KUALA LUMPUR – Seorang aktivis mahasiswa, Khalid Ismath, 22, yang hadir untuk memberi keterangan pagi ini ditahan polis sebaik tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Difahamkan, Khalid, Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), hadir untuk direkodkan percakapan berhubung tulisannya pada laman sosial Facebook miliknya, yang dikatakan menyokong tindakan supaya semua anggota polis dibunuh.

Khalid didakwa antara lain menulis: “Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan.”

Khalid, yang juga pelajar tahun dua jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), bersama keluarga serta peguamnya tiba di IPK kira-kira jam 10 pagi.

Khalid kemudian dibawa keluar dari IPK dengan menaiki sebuah kereta pegawai penyiasat untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kira-kira jam 11.30 pagi.

Sementara itu, bapa Khalid, Ismath Habib Mohd, 59, yang ditemui berkata, kira-kira empat anggota polis datang ke rumahnya di Bandar Puteri, Klang pada jam 10 pagi semalam.

Menurutnya, mereka mengarahkan Khalid untuk hadir segera ke IPK Kuala Lumpur untuk diambil keterangan berkaitan kenyataannya di Facebook baru-baru ini.

“Saya dan keluarga sangat terkejut kerana sebaik tiba di sini (IPK) anak saya tiba-tiba ditahan sedangkan maklumat awal menyuruh dia hadir untuk dirakamkan percakapan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan penahanan tiga individu termasuk Khalid, yang menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis trafik ketika perhimpunan Bersih 3.0.

Difahamkan penahanan Khalid dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 440 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat ketika rusuhan serta memusnahkan harta benda awam.

Setiausaha Media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, maklumat diterima mereka menunjukkan Khalid ditahan di bawah Akta Hasutan.

Difahamkan SMM akan meneruskan protes dengan menyala lilin di pekarangan Balai Polis Pudu sebagai tanda protes penahanan Khalid.

“Khalid dibawa ke Balai Polis Pudu untuk ditahan reman selepas memberi keterangan di IPK. SMM protes tindakan menahan Khalid,” katanya lagi. -Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive