Tuesday, 24 July 2012

BIAR BETUL !!! NASA TANTAWI BUAT PERMOHONAN MAAF HARI INI ??


Bukan sebab apa. Sebab dia secara terang - terangan telah menipu seluruh umat Islam dengan mengatakan yang Si Karpal Sink bersetuju untuk melaksanakan Hudud.

Hakikatnya, semua orang tahu yang Si Karpal Sink tak akan bersetuju dengan perkara tersebut. Sampai mati pun dia takkan bersetuju.

Jadi, untuk apa sebenarnya Si Nasa Tantawi membuat penipuan secara terbuka dalam sesi perdebatan dia baru - baru ini? 

Nampak sangat la PAS dah terdesak nak mendapat sokongan ahli yang semakin hilang kepercayaan kepada mereka!!! Kalau dia mampu menipu secara terang - terangan macam tu, takkan dia tak mampu nak mintak maaf secara terbuka kot!!!
KUALA LUMPUR 22 Julai - Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan diselar atas tindakannya berbohong ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya Khamis lalu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Mohd. Rafii berkata, tindakan Nasrudin memutarbelit fakta, terutama berhubung kompromi Pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap hukum hudud adalah serius dan menuntut penjelasan sewajarnya.

"Nasrudin membuat penipuan terbuka, kononnya pakatan pembangkang menerima hukum hudud padahal pendirian Karpal diketahui umum sebagai pembantah utama hukum tersebut, dia sememangnya tidak akan berganjak.

"Kata Nasrudin, itu pendirian Karpal dua puluh tahun lalu, sekarang sudah berubah. Ini merupakan pembohongan sangat besar kepada rakyat negara ini," ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Debat anjuran sebuah akhbar tempatan itu mengupas topik bertajuk Pilihan Raya Umum Ke-13: Orang Muda Pilih Siapa? di sebuah stesen televisyen tempatan.

Jelas Mohd. Razlan, pembohongan kedua terbesar yang dilakukan oleh Nasrudin pula adalah ketika mendabik dada mengatakan Pas sebagai parti dominan dalam pakatan pembangkang meskipun hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Kata beliau, secara jelas Pas merupakan parti tidak dominan dalam pakatan yang dilihat lebih dikepalai oleh DAP berbanding parti-parti komponen yang lain.

Beliau berkata, tindakan Ketua Pemuda Pas itu cuba memesong fakta sudah cukup menjawab tajuk topik perdebatan berkenaan, iaitu orang muda akan tetap memilih pemimpin yang tidak berbohong.

"UMNO kekal pendaulat utama orang Melayu di negara ini. Sekiranya mereka kalah pada pilihan raya akan datang, nescaya kaum itu akan turut mengikut merundum bersama parti berkenaan," katanya.
Sumber  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive