Thursday, 12 July 2012

TAKSUB TERLAMPAU ISTERI DICERAI HADIR CERAMAH HASAN ALI



KOTA BHARU – Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam.

Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah.

Menceritakan kisah yang menyedihkan itu , Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.

Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.

“Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.

“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.

Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama.

Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.

Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak.

Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas.

Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.

Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman
mereka.

Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.

“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.

“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya. - sH

2 comments:

  1. Salam, mohon pautkan blog kami disini
    http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. wslm.blog tuan dah dilink kat blog saya...tq

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive