Showing posts with label ceramah politik. Show all posts
Showing posts with label ceramah politik. Show all posts

Sunday, 27 January 2013

SHAHIDAN KASIM DIPAKSA MASUK PAS ???


Kerana banner Wacana Perdana di atas, beberapa blog menyatakan bahawa bekas MB Perlis, Shahidan Kassim nak masuk PAS kerana dia akan hadir berceramah bersama pemimpin Pas di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut. Ia dinafikan Shahidan.

“Saya tak pernah kata nak lompat parti, orang lain mungkin. Buat apa saya nak lompat?. Parti tidak pernah buat salah pada saya, yang buat begitu orang lain. Saya tak sertai Pas seperti heboh diperkatakan, itu sekadar dua tiga orang bercakap di blog,” katanya kepada Sinar Harian.”

Pada majlis Wacana Perdana, PRU13: Ke mana arah tuju Islam dan Melayu, Shahidan akan bergandingan dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malek.

Shahidan pada mulanya bersetuju untuk menghadiri program tersebut tetapi membatalkannya dan hanya berkongsi pandangan melalui telefon selama 10 minit, kata Ketua Penerangan Pas Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar.

“Perkara itu dalam pengetahuan Setiausaha Agung Umno dan Menteri Besar Perlis dan menyifatkan ianya tidak sesuai ekoran pilihan raya semakin hampir,” katanya lagi. 

PT
Kalau ya pun nak kenakan shahidan bukan itu caranya, takkanlah pemimpin pas tak kenal siapa shahidan kasim. Seorang yang licik dan penuh muslihat.

Wednesday, 16 January 2013

MATI SEMASA DENGAR CERAMAH PAS ???


Alfatihah! di Ceramah PAS pengkalan Pegoh disini, salah seorang hadiran meninggal dunia kira-kira jam 11 malam tadi, Mohammad Puaad bin Ariffin yang menghadiri ceramah PAS meyinggah kesalah sebuah kedai makan untuk minum, beliau rebah dengan sendiri secara tina-tiba. teman yang kebetulan lalu untuk order air di kedai yang sama medapati dia di pangku oleh beberapa petugas sambil dikibarkan kain agar arwah dapat udara segar untuk salah satu usaha yang mampu membantu beliau.

CERITA PENUH [KLIK]


Dekat pukul 1 pagi kelihatan anak dan menantunya hadir selepas dihubungi dengan merujuk nombor talipon yang tercatat dalam dompet beliau...

Bertambah sakit hati teman bila ada ler ostad sorang nie yang kata ' Tak Pa... dia matipun JIHAD sebab hadir dengar ceramah kita' panas benor teman bila tuan punya kedai makan tersebut cerita pada teman, udahlah komer buat nohing ( baut tak tau) banyak pulak bunyinya! kalau tauler anak-anak dia dah tentu pakat meyumpah ler dema. getek dan meluat betoi teman dengan komer!

Thursday, 12 July 2012

TAKSUB TERLAMPAU ISTERI DICERAI HADIR CERAMAH HASAN ALI



KOTA BHARU – Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam.

Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah.

Menceritakan kisah yang menyedihkan itu , Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.

Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.

“Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.

“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.

Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama.

Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.

Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak.

Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas.

Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.

Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman
mereka.

Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.

“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.

“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya. - sH

Wednesday, 23 May 2012

KALAU NAK MENIPU PUN AGAK2 LAH !!!!

Dipetik dari blogger 'sebelah sana' berkaitan Ummi Hafilda berceramah pada masa yang sama di tempat yang berbeza. Tapi kalian fikir-fikirkanlah dengan lawak para pejuang 'sebelah sana' ni..Semacam sudah kekeringan idea sampaikan banner pun jadi mangsa pemalsuan. 

Persoalan: Apakah ilmu yang digunakan oleh Umi Hafilda untuk bergerak secara kelajuan cahaya dari P.Pinang ke Johor setelah berceramah jam 8.30pm.

Jika ceramah Umi Hafilda berakhir selepas 25 minit, maka Umi Hafilda hanya memerlukan 5 minit untuk bergerak 700 km meter. dengan kelajuan 140km/minit.

Poster untuk program 25hb Mei 8.30pm di Nibong Tebal, Penang

Ini pula banner tarikh yang sama jam 9.00pm di Masai Johor, berdekatan dengan program Merdeka Rakyat Johor ( Hasil tulisan budak tadika PASTI ) Sendiri buat banner lepas tu sendiri ambik gambar. Taktik lama la ..zaman dulu2.. !!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive