Showing posts with label ummi hafilda. Show all posts
Showing posts with label ummi hafilda. Show all posts

Wednesday, 23 January 2013

'BAPOK TUA' MAKI UMIE HAFILDA TANPA SEBAB......

Susulan dari cerita yang dikeluarkan oleh portal Murai.com mengenai kisah ibu kepada ahli politik, Azmin Ali, ahli perniagaan, Ummi Hafilda dan artis lelaki, Azwan Ali, yang dikatakan jatuh di bilik air pada malam persandingan Ummi Hafilda, hanya Azwan Ali sahaja yang mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut.

Seperti biasa, Azwan hanya mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial Twitternya sahaja malam semalam. Baru-baru ini, Ummi Hafilda telah pun melangsungkan perkahwinannya di rumah ibunya, di Kg. Klang Gate, Hulu Klang. Pada malam persandingan Ummi Hafilda, dikhabarkan ibu mereka, Mak Tom telah jatuh dalam bilik air.



CERITA SETERUSNYA  [KLIK]

Tuesday, 25 December 2012

MELANGIT PUJIAN KEPADA BAKAL PUCUK MUDA UMMI HAFILDA ???


Bukan main seronok lagi Ummi Hafilda yang akan mendapat laki , muda pula… Mereka akan menikah lagi dua minggu dan yang pastinya Azmin Ali, abangnya tak akan dijemput malah tetap dikutuknya, tak ada guna!! Agak-agaknya siapa walinya nanti!! 


“Saya faham bahawa dia adalah abang saya tetapi apakah gunanya menjemput Azmin Ali kerana dia tidak peduli untuk melawat ibu saya Che Tom (Che Tom Yahaya) selama lebih setahun.

“Baru-baru ini, kami mempunyai majlis perkahwinan sepupu lain tetapi dia tidak juga hadir untuk pertemuan keluarga itu. Saya faham jika dia tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya,” katanya kepada mStar Online.

Selepas itu sakan dia puji bakal laki. Yelah, masa bercinta air kosong terasa macam sirap, batu jalan terasa macam sedap, arang nampak warna-warna enak, garam terasa manis pulak dan bunga tahi ayam pun berbau semerbak. 
Itulah adab bercinta.Semua nampak indah belaka. Nasib baik bukan si penjual karpet.

“Saya membawanya bertemu dengan ibu saya dan dia melayan ibu dengan penuh hormat. Dia menjaga ibu seolah-olah Che Tom adalah ibunya sendiri. Satu ketika, dia menerima restu daripada ibu saya, saya tahu bahawa dia adalah lelaki yang tepat. Itu adalah bagaimana dia memenangi hati saya,” katanya, tentunya menyindir Azmin Ali.

Mudah-mudah begitulah, enaknya biar sampai ke akhir hayat…

Dia rahsiakan lokasi majlis perkahwinannya kerana takut di’bom’ musuhnya. Sedikit angkuh, kerja nak burukkan orang. Nak kahwin, kahwinlah, insyaallah tak ada siapa yang nak mengacau!!

“Kita tidak mahu sesetengah pihak yang tidak diingini menjejaskan hari istimewa saya,” katanya yang akan berbulan madu di Eropah. -Sumber

Sunday, 26 August 2012

BIAR BETUL !!! SURAT BAPA UMI HAFILDA TAK MENGAKU ANAK ???




KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga.

Beliau yang terkenal dengan ungkapan ‘Amboi, Amboi, Amboi’ enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda.
“Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak.

Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.

Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri.



Azwan percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kemelut fitnah itu kerana kemarahannnya terhadap Umni Hafilda sudah dipaparkannya melalui akaun twitternya.
“Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti,” katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno.
Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.

Enggan menyatakan parti mana yang diundinya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.
“Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’ (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN,” katanya.

Sumber  

Saturday, 25 August 2012

SEMUANYA KERANA ANWAR -' BAPOK TUA' SANGGUP BUANG SEGALANYA ???




Selebriti yang penuh dengan kontroversi, Azwan Ali sanggup membuang keluarganya demi menyokong perjuangan Anwar Ibrahim yang menjadi idolanya serta adiknya Azmin Ali.

Azwan Ali yang pernah gempar sanggup untuk membunuh dan membakar adiknya Umi Hafilda pernah bertaubat tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang menjijikkan itu.


“Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda, pasa keluarga… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi didunia ini. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Anwar sahaja.

Kini Azwan Ali buat hal lagi demi mempertahankan politik Azmin Ali dan Anwar Ibrahim Azwan sanggup buat apa sahaja.

Sebelum ini Azwan Ali dikatakan pernah berjaya mempengaruhi Ali Omar iaitu arwah ayah mereka untuk melucutkan warisan zuriat Umi kerana kononnya sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tetapi pada dasarnya Azwan lebih sukakan Anwar sehingga sanggup membuang keluargannya demi menyokong politik Anwar Ibrahim.

Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan bertapa sedihnya ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, menunggu Azmin dan Azwan balik ke rumah tetapi kesedihan itu berjaya di fitnah oleh Azwan Ali dengan memburuk-burukkan Ibunya kononnya telah dipergunakan oleh TV3 sedangkan ibunya sendiri memberi kenyataan bahawa beliau benar-benar rindukan anak-anaknya.

Walau apa pun terjadi Azwan tetap percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa walaupun Azmin tidak pernah pulang ke rumah ibunya.

Menurut Azwan Ali, “Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’ (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin dan Anwar Ibrahim untuk KEADILAN,” katanya.

Sebelum ini Azwan pernah bersumpah tidak akan melakukan lagi perbuatan sebegini lagi sejak Ummi membuat laporan polis,  tetapi malangnya demi politik Azmin dan Anwar, Azwan terpaksa melakukannya semula.

Azwan dilihat merupakan penyelamat kepada politik Azmin dan Anwar Ibrahim. Apa sahaja isu yang ditimbulkan oleh Ummi Hafilda Azwanlah yang tukang penyelamatnya. - Sungai Rapat

BIAR BETUL !!! AZWAN ALI MEROYAN HENTAM TV3 DI TWITTER ???



Bukan nak mengutuk, tapi terus terang aku cakap... 
Nak termuntah aku tengok muka Azwan Nok ni... Kenapa jadi macam ni?


LANTARAN tindakan TV3 yang mengheret Mak Tom, ibu kepada pengacara dan pelakon terkenal Azwan Ali ke dalam salah sebuah slot Buletin Utama, Azwan Ali melancarkan kempen anti TV3 di twitter.

Tindakan TV3 itu berpunca daripada Ummi Hafilda yang membawa wanita berusia 79 tahun itu beraya di perantauan iaitu di Melaka sebelum memanggil wartawan TV3 untuk mengheret beliau ke dalam isu politik.

Tindakan TV3 itu begitu jelas sengaja memecahbelahkan keluarga Azwan Ali dan perkara itu langsung tidak dapat diterima olehnya.

Sebagai respon, Azwan Ali melancarkan kempen #JijikTV3 di twitternya. Setiap mesej yang diterimanya daripada peminat akan dibalas dengan respon #JijikTV3 sebagai menunjukkan rasa marahnya yang meluap-luap kepada TV3.

Benarkah Azwan Ali adalah GAY, sampai sekarang masih menjadi misteri, namun tohmahan itu bertalu-talu dilabel kepada selebriti itu sampai ke hari ini.

Namun dunia glamour selebriti Azwan tidak berpanjangan. Dari lelaki lurus, hingga menjadi lelaki bengkok dengan trade marknya, ‘amboi..amboi..amboi’di ASTRO.

UMMI HAFILDA BUKAN ADIKKU LAGI - ENCIK BAPOK ???



Heret ibu ke kancah politik, Umi Hafilda bukan adik saya lagi – Azwan Ali

Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga.

Beliau enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda yang sebelum ini dikatakan pernah memfitnah selebriti yang terkenal dengan ungkapan ‘Amboi, Amboi, Amboi’ melalui catatan surat arwah bapa mereka bertarikh 18 Oktober 1998.

“Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak.



Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.

Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri.

Azwan percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kemelut fitnah itu kerana kemarahannnya terhadap Umni Hafilda sudah dipaparkannya melalui akaun twitternya.

“Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti,” katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno.

Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.

Enggan menyatakan parti mana yang disokongannya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.

“Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’ (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN,” katanya. -KD

Thursday, 23 August 2012

'SIBAPOK TUA' BAGI AMARAN KEPADA PM ???



Tiba-tiba ‘timeline’ laman sosial Twitter penulis penuh dengan ‘tweet’ Azwan Ali.

Rupa-rupanya, selebriti ‘panas’ yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Ramadhan lalu tengah ‘naik angin’ dengan sebuah stesen televisyen.

Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan Azwan menerusi Twitter miliknya, dia mengatakan stesen televisyen tersebut seperti sengaja memporak-perandakan keluarganya.

Bagi penulis, itu hak Azwan untuk memberi sebarang kenyataan kerana itu melibatkan keluarganya.

Selepas beberapa minit kemudian, ‘timeline’ penulis dikejutkan dengan tweet Azwan yang berbau sedikit berunsur politik.

Azwan seperti mempunyai agenda yang tersirat apabila dia dikatakan akan mendedahkan ‘sesuatu’ selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.

Memetik kenyataan menerusi akaun Twitter milik Azwan, dia akan mendedahkan kenyataan adiknya, Ummi Hafilda berkenaan Najib pada petang 4 Mei lalu di rumah ibu mereka, Hajah Che Tom.

Kenapa perkara tersebut perlu di canang selepas parlimen dibubarkan dan bukan sekarang?

Nampaknya, pergeseran dalaman keluarga mereka semakin ‘hangat’.

Namun, ramai yang sedia maklum bahawa Azwan merupakan artis yang penuh dengan pelbagai kontroversi dan tidak menjadi pelik jika isu sebegini timbul.

Penulis sangkakan isu antara Ummi dan Azwan sudah selesai setelah mereka berdamai tempoh hari.

Rupanya tidak!

Sebelum ini, Azwan telah memohon maaf kepada Ummi pada 18 Januari 2012 setelah dia mengugut untuk membunuh dan membakar Ummi menerusi kenyataan twitter miliknya.

Apa-apa pun, penulis akan meminta maklumbalas dari Ummi Hafilda dan Azwan Ali berkenaan isu tersebut.

Jangan pula kali ini Azwan akan membuat kenyataan seperti dahulu yang mengatakan dirinya telah dihasut oleh segelintir pihak yang mempunyai agenda tersirat.




Sumber asal di kutip dari Mynewshub. Aiyoo.. si Pondan Azwan Ali dah mengamuk pulak dah.. Apa kena mengena hubungan Mak Tom dengan Azmin Ali dan politik? Mak Tom cuma menangis kerana anak jantannya tidak pulang ke rumah walaupun raya. Bahkan untuk meminta ampun pun tidak. Soo.. TV3 melaporkan dalam buletin utama. Apa masalah dengan politik pulak?

Azwan ni kadang-kadang dah melampau.. bila kena kecam, terus melutut minta maaf. Dulu dia kutuk Tun Dr Mahathir, lepas tu meraung menangis minta maaf bila kena kutuk. Kali ni dia cuba nak mengugut DS Najib pulak. Apa dia ingat orang heran sangat lelaki lembut macam dia ni? Pergi mampus laa..

Jangan pulak lepas ni ada lagi adegan meraung teresak-esak sebab kena hentam teruk-teruk akibat ugut DS Najib pulak.. nak minta maaf je meraung, balik-balik ulang skrip yang sama.. bosan la Azwan, bosannn..

Sumber

Wednesday, 23 May 2012

KALAU NAK MENIPU PUN AGAK2 LAH !!!!

Dipetik dari blogger 'sebelah sana' berkaitan Ummi Hafilda berceramah pada masa yang sama di tempat yang berbeza. Tapi kalian fikir-fikirkanlah dengan lawak para pejuang 'sebelah sana' ni..Semacam sudah kekeringan idea sampaikan banner pun jadi mangsa pemalsuan. 

Persoalan: Apakah ilmu yang digunakan oleh Umi Hafilda untuk bergerak secara kelajuan cahaya dari P.Pinang ke Johor setelah berceramah jam 8.30pm.

Jika ceramah Umi Hafilda berakhir selepas 25 minit, maka Umi Hafilda hanya memerlukan 5 minit untuk bergerak 700 km meter. dengan kelajuan 140km/minit.

Poster untuk program 25hb Mei 8.30pm di Nibong Tebal, Penang

Ini pula banner tarikh yang sama jam 9.00pm di Masai Johor, berdekatan dengan program Merdeka Rakyat Johor ( Hasil tulisan budak tadika PASTI ) Sendiri buat banner lepas tu sendiri ambik gambar. Taktik lama la ..zaman dulu2.. !!!!

Wednesday, 2 May 2012

99.9% Azmin Alli - Ummi Hafilda

GEORGETOWN - Adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ummi Hafilda hari ini berkata, beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu.
Sehubungan itu, beliau mencabar Azmin membuat laporan polis untuk menafikan gambar yang tersiar di akhbar dan beberapa laman blog tempatan adalah bukan dirinya.

"Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau turut mendesak Azmin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar dan blog terbabit bagi membersihkan nama baik keluarga mereka dalam tempoh tujuh hari.

Katanya, jika Azmin tidak berusaha untuk membersihkan namanya, beliau sendiri akan membuat laporan polis bagi mengetahui perkara sebenarnya dan jika

Azmin didapati memang terbabit dalam skandal seks itu, abangnya haruslah meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Katanya, jika benar Azmin berkelakuan seperti itu, dia telah mencemarkan nama keluarga dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat sebaliknya harus meletak jawatan dan memberi tumpuan kepada keluarga.

Ummi berkata, Azmin telah lama tidak pulang untuk menziarahi ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, yang semakin uzur.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, dipetik oleh akhbar tempatan sebagai berkata, imej lelaki dalam gambar lucah itu bukanlah dirinya dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap beliau menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive