Showing posts with label Azmin. Show all posts
Showing posts with label Azmin. Show all posts

Tuesday, 22 May 2012

2 JULAI BICARA ANWAR, AZMIN DAN CIKGU BARD


Mahkamah Majistret Kuala Kumpur di Jalan Duta sebentar tadi telah menetapkan 2 Julai 2012 tarikh perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard.

Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka dan hakim Mahkamah Sesyen, Mahmud Abdullah bersetuju bahawa ikat jamin sebanyak RM 500 dikenakan kepada tiap-tiap seorang bagi pertuduhan pertama iaitu melanggar perintah majsitret hadir dan berhimpun semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang dikeluarkan pada 26 April 2012.

Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran bekas Timbalan Pendakwaraya semasa Anwar menghadapi perbicaraan Fitnah Liwat 2, Mohd Yusof Zainal Abiden yang bertindak sebagai peguambela Anwar.

Ketiga-tiga mereka merupakan yang pertama didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.


Monday, 21 May 2012

BERSIH 3.0 - Tiga Abdul Diperintah Hadir Di Mahkamah Esok??


Anwar Ibrahim telah diperintahkan hadir ke Mahkamah Jalan Duta esok Selasa,22 Mei 2012, Jam 9.00 pagi. Beliau akan didakwa dibawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3)Akta yang sama kerana menyertai perhimpunan BERSIH 3.0.Perintah tersebut dimohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Selain Anwar, Azmin Ali dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard turut diminta hadir ke mahkamah.

Ketiga-tiga mereka diberi notis atas dua sebab iaitu melanggar arahan mahkamah supaya tidak berada di Dataran Merdeka dan menghasut peserta Bersih supaya berhimpun.

Sebelum itu, ibu pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya dikejutkan dengan kehadiran enam buah kereta peronda polis hanya semata-mata mahu menghantar dua notis saman ke atas pemimpin-pemimpin PKR tersebut.

pT
Kalau nak buat lawak pun agak2 la..Takkan lah sampai enam buah kereta peronda polis datang untuk menyerahkan notis saman. Tapi bagi pemimpin PKR sudah menjadi kebiasaan bagi mereka membuat lawak bodoh. Dari dulu, kini dan mungkin akan terus membuat lawak. Sebagai manusia yang berakal fikir-fikirkanlah!!!

Sunday, 6 May 2012

Azmin Oh Azmin....


Di tv sudah. Di portal online pun sudah.Ibu Azmin Ali akhirnya muncul di television dan media arus perdana memberikan serba sedikit pandangan nya berhubung kes yang menimpa ke atas anak sulungnya baru2 neh.

Luahan Ibu Azmin boleh di ikuti di bawah neh ;

” Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,"
” Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.
” Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.
” Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.
“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,” katanya.
“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” kata Che Tom
Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.

Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.
” Bagi makcik mudah, kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar, saman mereka, bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu,” kata Che Tom.

” Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat,” katanya.
Namun biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin.
” Saya tak akan buang dia, dia tetap anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari. Baliklah ke pangkal jalan dan bertaubatlah,” -MNH-

pT
Jangan sesekali lupa bahawa syurga di bawah tapak kaki ibu. Wajib kita patuh kepada ibu, wajib selagi mana dia tak menyeru kita kepada perkara2 yang berdosa. Masyarakat kita memandang orang yang derhaka pada ibu ialah orang yang jahat.

Friday, 4 May 2012

PKR yakin 99.9 % bukan Azmin!!!

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menetapkan pendirian untuk menerima pengakuan Mohamed Azmin Ali bahawa Timbalan Presiden itu difitnah apabila dikaitkan dengan gambar lelaki melakukan aksi panas dengan seorang wanita yang tersiar dalam beberapa laman blog dan akhbar sejak beberapa hari lalu.

Parti itu juga begitu yakin dengan pengakuan Mohamed Azmin malah menegaskan tidak akan mempercayai siasatan polis sungguhpun dakwaan tersebut dapat dibuktikan.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata parti itu begitu pasti bahawa Mohamad Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Kita percaya Azmin tidak terlibat dan beliau difitnah dalam kes ini.

"Kami sangat mengenali Azmin. Jadi tidak kira apa pun, kami akan tetap mempercayai beliau tidak terlibat," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.

Terdahulu pada sidang media sebelum itu, Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata, PKR tidak perlu membuat siasatan dalam berhubung dakwaan berkenaan kerana penjelasan dan penafian Mohamed Azmin dianggap sudah memadai.

Namun katanya, jika pihak yang membuat dakwaan mempunyai bukti kukuh ia perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

"Jika ada kesalahan yang dilakukaan Azmin, serah kepada pihak berkuasa, serahkan kepada majlis agama. Bagi pihak parti tak perlu buat apa-apa siasatan.

"Yang perlu membuktikan ialah orang yang menuduh. Kenapa yang dituduh perlu buktikan. Jadi tak perlu kita jalankan siasatan kerana kita tahu ia satu fitnah.

"Tapi yang paling penting ialah pengakuan Azmin. Beliau memberi penjelasan kepada parti dan parti menerima...itu yang penting," katanya.

Sementara itu ditanya sama ada PKR mempertimbangkan kenyataan Ummi Hafilda Ali bahawa beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki dalam aksi panas itu adalah imej abang kandungnya, Kamarul berkata: "Bagi kami dia tidak mempunyai kredibiliti."

Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas. -mStar-

Wednesday, 2 May 2012

99.9% Azmin Alli - Ummi Hafilda

GEORGETOWN - Adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ummi Hafilda hari ini berkata, beliau yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya itu.
Sehubungan itu, beliau mencabar Azmin membuat laporan polis untuk menafikan gambar yang tersiar di akhbar dan beberapa laman blog tempatan adalah bukan dirinya.

"Sebagai adik, saya kenal benar dengan abang saya. Dari aspek potongan rambut, susuk badan dan cara berpakaian itu memang dia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau turut mendesak Azmin mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar dan blog terbabit bagi membersihkan nama baik keluarga mereka dalam tempoh tujuh hari.

Katanya, jika Azmin tidak berusaha untuk membersihkan namanya, beliau sendiri akan membuat laporan polis bagi mengetahui perkara sebenarnya dan jika

Azmin didapati memang terbabit dalam skandal seks itu, abangnya haruslah meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Katanya, jika benar Azmin berkelakuan seperti itu, dia telah mencemarkan nama keluarga dan tidak layak untuk menjadi pemimpin masyarakat sebaliknya harus meletak jawatan dan memberi tumpuan kepada keluarga.

Ummi berkata, Azmin telah lama tidak pulang untuk menziarahi ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, yang semakin uzur.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, dipetik oleh akhbar tempatan sebagai berkata, imej lelaki dalam gambar lucah itu bukanlah dirinya dan menganggap ia sebagai fitnah terhadap beliau menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. - Bernama

Tuesday, 1 May 2012

Fitnah Semata-mata - Azmin Ali

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan seks membabitkan dirinya dan menyifatkan ia sebagai fitnah menjelang pilihan raya umum ke-13.

Azmin berkata, dakwaan itu berunsurkan fitnah dan mengencamnya sekeras-kerasnya atas tohmahan ke atas dirinya yang bertujuan untuk mengaibkan beliau dan keluarga.

“Fitnah ini memamparkan seorang lelaki yang tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas. Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut.

“Ia adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap (Ketua Umum PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Beliau mengulas mengenai beberapa keping gambar yang disebarkan di blog-blog yang menunjukkan seorang lelaki yang didakwa miripnya bersama seorang wanita yang melakukan seks oral dalam tandas.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak kesal berikutan dakwaan itu adalah fitnah bersiri terhadapnya dan keluarga selepas dakwaan pemilikan saham, menghina Raja-Raja Melayu dan baru-baru ini mencetuskan provokasi dalam perhimpunan Bersih 3.0.

“Sebelum ini saya dan isteri serta anak telah melakukan ujian DNA sebanyak dua kali pada Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga.

“Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan ibu bapa kandung kepada kami. Ujian DNA tersebut sekali gus memelihara maruah saya dan keluarga,” katanya.

Menurut Azmin, setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangatnya.

“Fitnah jahat seperti ini diulang-ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive