Showing posts with label Azwan Ali. Show all posts
Showing posts with label Azwan Ali. Show all posts

Saturday, 15 February 2014

Azmin Lebih Layak Jadi MB Selangor - Azwan Barpok

Pengacara Azwan Ali menganggap abangnya, Azmin Al, Timbalan Presiden PKR individu yang layak memegang jawatan sebagai MB Selangor. Menurut Azwan, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa itu sudah banyak berjasa kepada PKR dan negeri itu.

“Isu Menteri Besar ini bukan kerana dia abang saya, namun sudah tiba masanya kerusi MB Selangor itu diserahkan kepada orang bernama Azmin Ali. Orang nak cakap apa pun, memang dia layak.

“Pertama, dia antara yang menang majoriti besar di Selangor dan saya jumpa ramai orang dan mereka suka Azmin. Kepada haters Azmin, apa masalah mereka?

Yang mereka sakit hati Azmin Ali naik jadi MB apa hal,”? katanya dalam laporan media Azwan juga menyatakan Azmin orang kanan dan setia kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding sesetengah pegawai-pegawai peribadi (PA).

“Satu lagi, kenapa Azmin layak kerana dialah orang kanan Anwar Ibrahim yang paling setia. Kalau ikut PA lain, semua dah lingkup. Mereka tak kuasa dah dengan Anwar.

“Saya cabar Anwar Ibrahim jawab soalan ini. Lainlah kalau Azmin tak layak, sebaliknya dia memang layak pun. Ramai orang yang nak lihat dia jadi MB,” soalnya.

“Saya menyokong Azmin kerana semangat tinggi dia sebagai seorang abang yang menerima macam-macam cabaran dan cemuhan untuk bertahan dalam politik.

“Hanya sokongan moral sebagai seorang adik kepada abangnya. Tetapi, insha Allah saya tidak menjurus kepada perjuangan partinya”, kata Azwan lagi dipetik Rakyatnews.

Wednesday, 23 January 2013

'BAPOK TUA' MAKI UMIE HAFILDA TANPA SEBAB......

Susulan dari cerita yang dikeluarkan oleh portal Murai.com mengenai kisah ibu kepada ahli politik, Azmin Ali, ahli perniagaan, Ummi Hafilda dan artis lelaki, Azwan Ali, yang dikatakan jatuh di bilik air pada malam persandingan Ummi Hafilda, hanya Azwan Ali sahaja yang mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut.

Seperti biasa, Azwan hanya mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial Twitternya sahaja malam semalam. Baru-baru ini, Ummi Hafilda telah pun melangsungkan perkahwinannya di rumah ibunya, di Kg. Klang Gate, Hulu Klang. Pada malam persandingan Ummi Hafilda, dikhabarkan ibu mereka, Mak Tom telah jatuh dalam bilik air.



CERITA SETERUSNYA  [KLIK]

Wednesday, 26 December 2012

'BAPOK TUA' PENYOKONG PR DIHENTAM ARASH MOHD ???


Berikutan dengan rancangan berkenaan berita dan gosip artis terbaru iaitu Propaganza, seorang artis senior Arash Mohd (gambar) telah meluahkan perasaan tidak puas hati di laman sosial facebook. Beliau mengatakan bahawa rancangan itu adalah rancangan 'sampah' dan memalukan.

Arash Mohd Mengamuk Di FB Lihat Azwan Ali Di Propaganza? -hfzkhazali.blogspot.com
Screenshot yang diambil salah seorang forumer forum cari ini adalah kenyataan Arash berkenaan ketidak puas hati beliau terhadap rancangan Propaganza dan Azwan Ali yang kelihatan sangat menjengkelkan.






Sunday, 26 August 2012

BIAR BETUL !!! SURAT BAPA UMI HAFILDA TAK MENGAKU ANAK ???




KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga.

Beliau yang terkenal dengan ungkapan ‘Amboi, Amboi, Amboi’ enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda.
“Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak.

Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.

Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri.



Azwan percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kemelut fitnah itu kerana kemarahannnya terhadap Umni Hafilda sudah dipaparkannya melalui akaun twitternya.
“Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti,” katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno.
Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.

Enggan menyatakan parti mana yang diundinya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.
“Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’ (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN,” katanya.

Sumber  

Saturday, 25 August 2012

SEMUANYA KERANA ANWAR -' BAPOK TUA' SANGGUP BUANG SEGALANYA ???




Selebriti yang penuh dengan kontroversi, Azwan Ali sanggup membuang keluarganya demi menyokong perjuangan Anwar Ibrahim yang menjadi idolanya serta adiknya Azmin Ali.

Azwan Ali yang pernah gempar sanggup untuk membunuh dan membakar adiknya Umi Hafilda pernah bertaubat tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang menjijikkan itu.


“Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda, pasa keluarga… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi didunia ini. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Anwar sahaja.

Kini Azwan Ali buat hal lagi demi mempertahankan politik Azmin Ali dan Anwar Ibrahim Azwan sanggup buat apa sahaja.

Sebelum ini Azwan Ali dikatakan pernah berjaya mempengaruhi Ali Omar iaitu arwah ayah mereka untuk melucutkan warisan zuriat Umi kerana kononnya sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tetapi pada dasarnya Azwan lebih sukakan Anwar sehingga sanggup membuang keluargannya demi menyokong politik Anwar Ibrahim.

Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan bertapa sedihnya ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, menunggu Azmin dan Azwan balik ke rumah tetapi kesedihan itu berjaya di fitnah oleh Azwan Ali dengan memburuk-burukkan Ibunya kononnya telah dipergunakan oleh TV3 sedangkan ibunya sendiri memberi kenyataan bahawa beliau benar-benar rindukan anak-anaknya.

Walau apa pun terjadi Azwan tetap percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa walaupun Azmin tidak pernah pulang ke rumah ibunya.

Menurut Azwan Ali, “Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’ (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin dan Anwar Ibrahim untuk KEADILAN,” katanya.

Sebelum ini Azwan pernah bersumpah tidak akan melakukan lagi perbuatan sebegini lagi sejak Ummi membuat laporan polis,  tetapi malangnya demi politik Azmin dan Anwar, Azwan terpaksa melakukannya semula.

Azwan dilihat merupakan penyelamat kepada politik Azmin dan Anwar Ibrahim. Apa sahaja isu yang ditimbulkan oleh Ummi Hafilda Azwanlah yang tukang penyelamatnya. - Sungai Rapat

UMMI HAFILDA BUKAN ADIKKU LAGI - ENCIK BAPOK ???



Heret ibu ke kancah politik, Umi Hafilda bukan adik saya lagi – Azwan Ali

Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga.

Beliau enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda yang sebelum ini dikatakan pernah memfitnah selebriti yang terkenal dengan ungkapan ‘Amboi, Amboi, Amboi’ melalui catatan surat arwah bapa mereka bertarikh 18 Oktober 1998.

“Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak.



Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.

Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri.

Azwan percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kemelut fitnah itu kerana kemarahannnya terhadap Umni Hafilda sudah dipaparkannya melalui akaun twitternya.

“Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti,” katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno.

Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.

Enggan menyatakan parti mana yang disokongannya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.

“Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’ (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN,” katanya. -KD

Thursday, 17 May 2012

BIAR BETUL !!! BAPAK SOTONG MEROYAN???

Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa bas yang terlibat dengan kemalangan di KM 258.8 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala selatan berhampiran Plaza Tol Rasah di Seremban, awal pagi semalam, dalam perjalanan pulang dari menghadiri Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Bukit Jalil.

Seorang wanita maut, manakala 77 yang lain cederadalam kemalangan yang membabitkan dua buah bas dan sebuah treler dalam kejadian kira-kira 2.58 pagi semalam.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa.

Apa yang mendukacitakan Azwan Ali dengan lantang telah mempersendakan kejadian ini, malah mereka yang menjadi mangsa turut dihina!

Sumber : Nadirakyat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive