“Saya tak pernah kata nak lompat parti, orang lain mungkin. Buat apa saya nak lompat?. Parti tidak pernah buat salah pada saya, yang buat begitu orang lain. Saya tak sertai Pas seperti heboh diperkatakan, itu sekadar dua tiga orang bercakap di blog,” katanya kepada Sinar Harian.”
Pada majlis Wacana Perdana, PRU13: Ke mana arah tuju Islam dan Melayu, Shahidan akan bergandingan dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malek.
Shahidan pada mulanya bersetuju untuk menghadiri program tersebut tetapi membatalkannya dan hanya berkongsi pandangan melalui telefon selama 10 minit, kata Ketua Penerangan Pas Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar.
“Perkara itu dalam pengetahuan Setiausaha Agung Umno dan Menteri Besar Perlis dan menyifatkan ianya tidak sesuai ekoran pilihan raya semakin hampir,” katanya lagi.
PT
Kalau ya pun nak kenakan shahidan bukan itu caranya, takkanlah pemimpin pas tak kenal siapa shahidan kasim. Seorang yang licik dan penuh muslihat.
No comments:
Post a Comment